Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, November 10, 2011

Pengalaman Bersalin Saya :)

Assalamualaikum..

Lamanyeee tak memblog ni. Fb pon lama tak bukak. Semalam baru sampai Penang. Kat kg takde tenet sebab tu tak bukak.

Sofea sedang nyenyak tidur (omel betul dia tido)
..............................................

Pengalaman bersalin (rasa cam dah tak ingat lak sebab dah lama sangat..try tulih mana yang ingat je ni)

Jumaat (16092011 -Malaysia Day!!!) -39Weeks


Ming ngan Aboh datang Penang kebetulan 17hb ada anak kawan ayah kat Kedah kawen. Ajak my sisters datang jugak sebab ada cuti Malaysia Day. Memang perasaan nak bersalin tu rasa macam arini nak bersalin. Rasa confident betul sampai kemas sume barang kat opis bawak balik.Lagipun Malaysia day arini. Best gak, nanti bday Sofea tiap2 tahun cuti.

Sempat lagik jalan2 kat BJ carik hadiah untuk anak ayah yang nak kawen. Memang rasa cepat letih je. Lagila konpiden akan bersalin bila2 masa je..


Itu baby dalam pewut tak sabar nak kuar sangat tu..nampak kan pewut sangat besar.

Sabtu (17092011)

0230; Rasa cam kuar air tapi sikit je. Dah start rasa lain macam tapi takde rasa sakit so tak kejut hasben lagik.

0430; Air kuar ngan banyaknye. Bagitau hasben. Kejut mak. Ming terus soh cepat2 pi clinic sebab sah2 tu air ketuban. Kena pi cepat ming kata kalo air ketuban pecah. Takut air kering tapi bukaan takde je..Siap2 pi hospital.

0500; kat hospital..Sampai2 nurse check bukaan..1cm baru. Tanya nurse leh ke balik umah dulu. Nurse kata kena tahan dah sebab air ketuban dah pecah. Nurse kasi ubat "uk uk". Terus kuar sume isi perut..Nurse amik bacaan HR baby.

0600; Masuk bilik. Aboh datang kul 630am. Sempat solat subuh.

0830; Nurse check bukaan..Still 1cm. Actually memang tak sabar2 nak soh nurse check bukaan tu..Dia seluk takde lak rasa sakit

1030; doc lak datang..doc seluk lagila langsung tak sakit..1cm jugak..huhu. Nurse bagi ubat induce level 1(tak ingat nama ubat..ngehngeh)

1200; Still 1cm..Nurse induce 2nd dose (pitocin)..Start time ni la contraction tak berenti..Memula 15 min sekali..Pastu 10 min sekali..pastu 5 min sekali..Sakitnya ya Allah takleh nak citer..Sampai tahap takleh tahan sangat nangis n cakap kat hasben "sakitnya abg" . Pastu bertenang jap tarik napas hembus macam nurse ajar. Mulut tak henti baca doa nabi yunus ngan isytifar. Bila tak tahan sangat nangis lagi. Lepas tu cool balik. Pastu nangis..

Hasben tak henti2 tenangkan sampai satu tahap termarahkan hasben sebab rasa takmao ada suara bising kat telinga (Huwaaa...dahla tak sempat mintak maap b4 deliver..lepas tu baru mtk maap..hoho). Paling tak sangka hasben ternangis skali (menitik la air mata takdela menangis macam aku huhu). Maybe dia tatahan tengok penderitaan bakal ibu ni berjuang. Sampai satu tahap mintak nurse kasi ubat tahan sakit. Tapi sia2 je sebab rasa sakit tetap tak kurang. Terketar2 menahan kesakitan. Abih cadar selimut berselerak.

Setiap masa kalau bole nak soh nurse check bukaan. 

1750; Rasa nak terberak!!! Tatahan betul. Masa ni contraction 2 min sekali..Hasben panggil nurse..Nurse check 6cm. Nurse pesan jangan teran dulu, nanti bengkak. Tapi aku tatahan pi layan je rasa nak terberak tu.

0600; Sakitnya memang tatahan lagik. Agaknya seminit sekali contraction datang. Panggil nurse..Check 7cm. Nurse kata leh naik atas LR (yes!!!). Durang amik wheelchair (memang amat perlukan..letih sampai x larat nak jalan). Dalam LR ada dr Rosita, nurse sorang, me n my hasben..Fuhh nasib tak ramai dalam tu rasa tenang sket.

Rupanya dah leh start teran tapi aku tak teran sebab doc tak cakap pon soh teran lol. Mana pandai tak penah kan...

Time ni tak berapa nak gelabah sebab rasa excited nak melepaskan sume sakit tu lagi banyak. Abih segala ilmu yang aku baca..camana cara nak teran..Nak hembus napas tarik napas aku guna. Punggong jangan naikkan.

Tapi time ni tenaga memang dah agak kurang sebab bertarung lawan kesakitan sejak kul 12 tgh. Aku cuba jugak kumpulkan seluruh tenaga.. Teran sekali takleh, teran 2 kali takleh. Doc cakap sy tlg guna vacuum la (baru teran 2 kali trus nak guna vacuum..memang camtu ehhh??). Aku time tu ngan sakitnya tak kira..Buatla apa saje doc asalkan baby keluar dengan selamat. 

0623; Teran n doc help guna vacuum keluarla buah hati pengarang jantung cek mek Sofea ke dunia..Subhanallah. 

Lepas tu tak dapat nak terangkan macamana perasaan yang tersangat lega. Lepas tu doc nak buat apa pon tak kisah. Siap seluk dalam sebab doc terputuskan tali uri..siap cakap "opsss tergunting" bole???Terpaksala doc seluk nak amik uri yang tertinggal. Doc jahit2 sume..Memang dah tak rasa apa time ni..

Lepas tu aku ditinggalkan macam tu je..Sebab ada emergency case kat bawah. Ada orang kat bawah nak bawak naik LR. Terberanakla dia kat dalam bilik..huhu. Aku terus tido2 ayam jap. My hasben azankan Sofea. Setengah jam pastu baru durang bawak turun bawah.

My parents ngan sisters datang betul2 time after deliver. Sempat lagik durang pegi kenduri kat Kedah nun. Tapi balik cepat2 sebab risaukan aku..

Azan lagik sekali ngan tok aboh skali

Hello world!!! Sy Nur SOfea Eiryna. Berat saya 2.7kg. Panjang 45cm..Sy sudah mandi!!

Siap2 mandi sume nurse bagi untuk susukan Sofea. Perasaan berkobar2 nak bagi susu sendiri walaupun letih. Konpiden ada susu sebab susu memang dah mengalir time pegnen lagik. Tapi akibat letih, susukan sofea sambil baring je n mata terpejam.

Pejam celik pejam celik dah 56 hari umur Sofea...
Hyehye..
.......................................................
Actually sakit contraction tu lagi sakit..Time melahirkan alhamdullilah tak sakit sangat (ke sebab dah tak sabor sampai lupa nak sakit)