Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, October 30, 2012

Raya Aidiladha + Sofea 13 months

Assalamualaikum..

Sekarang entry dah campur cerita terus sebab tukang tulis ni pemalas!!haha..

Raya Aidiladha this year sambut kat Kelate sebab raya aidilfitri dah balik Sabah. Kami guna system gilir2. 

Tahun ni raya tak berapa nak meriah sebab semua tak balik kecuali me ngan adik bongsu. Kalau arwah adik sorang lagi ada, mesti meriah sikit huhu.

Gambar raya..malas nak upload..upload mana sempat je ni...

sofea with youngest cousin..nampakla sofea besar haha..

beraya umah abg sulong

shopping kat wakaf che yeh

tempat mama & papa amik gamba kawen dulu..haha

air sejuk gilosss..mandi pakai baju tido..haha
Balik 3 hari tapi macam2 aktiviti. Malas nak citer pasal jam time nak balik penang sebab orang nak balik KL pon ikut Gerik...

Okay citer pasal cek mek Sofea yg dah 13 bulan lebih2 sikit. Baru start bertatih sikit2..tok aboh dia cakap "lembek lutut" hehe. Kena puji banyak2 baru dia rajin jalan, kalau tak dia macam lupa hehe.

Dah start campur fm. Beginila nasib Sofea dapat mak pemalas...hehe. Tapi kalau ada ngan Sofea still direct bf. Tapi macam makin kurang je susu..ni la akibat tak pump kannnn..Tak tercapai niat suciku nak fully bf sampai 2 years..papepun sampai 1 yr pon syukur alhamdullilah.

Makanan fav dia sekarang ni nasi ayam. Terpaksala mak pak dia makan nasi ayam jugak every weekend. Sekarang saya dah terer masak nasi ayam tau!!!haha. Spagetti pon dia suka. Nasi putih...asyik no no no je sambil geleng kepala. Kalau nasi putih wajib ada sup ayam. Memang anak papa. epal pon dia suka. Nak bagi makan sayur punyala susah...ermmm camno???

Dah bole main2 ngan papa jerk. Kalau dulu nak mama dok depan mata je. Sekarang dah okey. Bole memasak dengan tenang tanpa dengar raungan Sofea lagik. Kalau dulu, terpaksa biar dia nangis or papa angkat dia dok dapur sekali. Kalau Sofea leh tolong mama masak takpela jugak kan haha.

Makin terserlah suka dia kat kucing. Meow2 kalo jumpa kucing. Risau kena cekau je. Ngan bell dah kena cekau 2 kali, tapi dia tetap tak takut.

Selalu panggil papa "dada" haha...

Pantang orang order air kat kedai..dia yang nak capai dulu. Baby seat tu kat kedai, dok 5 saat je bolela. Nanti mulala berdiri nak turun..lol

Tidur malam still awal. Paling lewat pon pukul 10. Bangun subuh tetap sama.

Lagu fav..gangnam style. tengah lalok2 nak tidur tu pon kalo ada lagu gangnam style terus bangun menari..haha..

Gelak dah macam menurun je..adoiii..suke senyum n gelak tp kalo orang tak kenal, seriyesnya muka.

Dah pandai tunjuk mana gigi, mata n hidung bila kita tanya.

Dah pandai salam cium tangan n cium pipi bila kita cakap "amin"

Perkataan paling expert sekarang nak...geleng kepala sampai pejam mata kalo tak nak(yg ni lucu)

Okaylaaa..setakat ni je la update..Nanti I citer lagi....

daaaaaaaaa



Monday, October 22, 2012

Resepi Begedil ayam untuk cek Mek

Assalamualaikum...

Anak sy sudah masuk 13 months. Berjaya melangkah 3,4 langkah. Nak kena senyum2 tepuk tangan bagi dorongan baru dia nak jalan. Kalau tak dia macam lupa jerk..Ermmm. (minta puji lebih).

last weekend saya cuba buat makanan baru for sofea. Bahan adalah suka hati tengok apa ada dalam fridge. Resepi saya:

potato (rebus sampai lembut lepastu lenyekkan)
onion (cincang)
carrot (potong dadu)
chicken breast (potong dadu)
salt
pepper

.....gaul2 sume bahan2 di atas sampai sebati. Pastu buatla bentuk apa sahaja yang kamu suka. Saya buat bulat2 kecik jerk (sesuai untuk tangan anak pegang). Celup dalam telur putih, goreng with olive oil. Tadaaaa..siap

First time try, Sofea sukaaa...(sib suka kalo tak mama dia jugak yang kena abiskan cam biasa..uhuk)

Okla..selamat mencuba ibu2 semua..

p/s: baru paham perasaan mak bila anak suka makan masakan kita :)


Friday, October 19, 2012

7 weeks

Assalamualaikum.....

opssssssss..jangan tertipu. Tajuk bukan pregnant okey (kalau pregnant lagi alhamdullilah). Itu tajuk 7 wks kerja kat tempat baru ni. Sumenya okay. Yang paling penting kebajikan my family pon terjaga. The benefits I like jugakla sebab everything pon spouse&anak leh guna. Ada specialist clinic lagik. Before ni kalau pi specialist bayor la sendirik yerk!! Plus2 benefit lain..Lagik satu baru rasa "belonging" to the company. Lama dah tak rasa perasaan tu..1 separuh tahun je rasa kat S***.Pastu 4 mths kat A** (yang boss hampeh gilos tu sebab tu dapat bertahan 4 months only!). Pastu masuk company U****. Kena outsource je jadik contractor for almost 3 yrs...3 yrs tu jugakla tak rasa perasaan "belonging" (ada ke perkataan ni..ahhh lantak hehe).

Kerja still sama for me sebab still in the same position pon. Cuma pangkat naik sikit kot. haha. Just lain method itu normal. Different company hv different method. That's what I learn sejak jadi contractor for 4 years dicampak ke sana ke sini. Tu la kebaikannya. Jadi contractor memang kena cepat belajar sikit. Kengkadang kalo dapat company ok, tak kedek ilmu, okla kan. Kalo dapat company/boss yang anggap kita tau segala susah la sikit.

Yang paling best boss sekarang sangat flexible. Apa yang dia tau nak output je. Yang lain2 memang senang nak deal ngan boss. So, me sangat like. Kawan rakan sebaya tak berapa nak ada sangat la. Maybe sebab durang ni tak hire fresh grad. Jadik kira I ni boleh dikatakan kategori paling muda jugakla..haha. Tapi takpela. Tak kisah sangat.

Okla abis membebel pasal kerja. Lama dah tak bebel. Tunggu hasben datang jemput ni.

anak dara makan naget
p/s: cek mek ni memang saya tak berapa nak limit pasal pemakanan. Dia nak makan apa, sila makan. Tapi everything under control. Jangan terlebey suda. Tapi dia ni makan sikit pon dah kenyang kot. Sebab tu kasi dia makan apa yang dia nak makan. Tapi her favvy sekarang nasi ayam. nasi putih tak berapa nak dah sebab plain je kot rasanya..hehe..apa2 sajala asalkan anak sihat :)

Tuesday, October 9, 2012

Update citer basi..hoho

assalamualaikum..

alamak sudah berkarat ini blog. mari kita update pantaszzz..haha..

1. Raya..

Tahun ni raya kat Sabah..happening sungguh sebab anak2 buah hasben ku yg ramai sama2 baya itu sungguh super duper active hehe..siap tubuhkan group korea lagi. cipta lagu sendiri lagi ok.haha..Sofea pon suka la ramai keliling dia..

Family kecik kami ..yellow tahun ni
Gambar family besar tak jumpa..lol.

2. Mama Sofea at new office!!!
- After balik raya, terus start kerja kat company baru. Sekarang ni dah masuk minggu ke 6. Setakat ni ok. Ada peluang nak pegang fullchip sebab layout design ada 2 orang je kat cni..haha citer pasal keje paham ke dak readers? :p ..Tapi tak kisah, yang paling penting boss ok, environment ok. Itu je la kot..dan gaji ok..lol :p

3. Sofea 1 yr old!!
-Alhamdullilah cek mek Sofea kami turn 1 yr old 17/9 lepas. Takde jamuan besar2an pon just kami bertiga kat rumah. Beli jugak cake walaupun tau kami jugak yang kena makan sendiri. Maybe nxt year baru kita sambut besar2an sket..kasi dia paham dulu :)

aiyak hancur ini cake
 Happy bday Nur Sofea Eiryna..Semoga membesar dengan sihat. Jauhkan segala penyakit..Membesar jadi orang berguna dunia akhirat..amin

Sofea now still tak pandai jalan. Just bangun lepas tangan sendiri 10-20 saat gitu. Tapi muka minta puji n bangga gila siap tepuk tangan sendiri hehe.

Okayla..nanti kita update lagi..hehe..pemalas kannnnnn