Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Friday, July 19, 2013

Used Spectra 3 Electric Breast Pump For SALE

Assalamualaikum.

Saya nak letgo my spectra 3 double pumping.

PRICE: RM230 (Exclude postage)
FREE BAGPACK!!!

Call/sms/whatsapp: 0134573180 (zati)



Wednesday, July 17, 2013

Salam Ramadhan + Balik Kg

Assalamualaikum.

Harini dah 8 ramadhan baru nak ucap selamat yerk. Agak terlambat disitu tapi tak kisah la..Nak wish jugak salam ramadhan. Buat ibu2 yang mengandung macam saya di bulan ramadhan ni semoga kita bertabah & dapat tunaikan puasa. Kalau tak dapat pon takpe jangan down nanti kita ganti balik okey :) . Bagi ibu2 yang menyusukan anak time ramadhan ni selamat bertabah jugak. Saya pon penah rasa pump susu time ramadhan. Letihnya alahai sama je letih or lagi letih dari time pregnant. Rasa haus sangat tapi alhamdullilah berjaya tempuhi dengan izin Allah S.W.T.

8 ramadhan tapi saya berpuasa 7 hari. 1 hari ponteng time balik dari Kelate. Tak larat. Time balik dari Penang ke Kelate leh la pulok puasa kan. Hehe. Takpela syukur juga dapat tunaikan puasa :). Last weekend balik kg. Kalau bole hari2 nak balik kg buka puasa kat rumah. Masakan ming la paling best. Balik buka kat kg selera bertambah2.

Sofea demam pulak hari Jumaat. Sabtu pagi dah bertolak balik Kelantan.

Berhenti rehat kat titiwangsa. Budok ni demam
Akak, abang ipar, adik, abang sulung & family semua buka puasa kat rumah ari Sabtu. Menu adalah kerabu jantung, ikan bawal masak merah, lala goreng kunyit, ikan sebelah goreng, ikan tatau nama masak pedas gulai tempoyak. Aduhai pandai gambar tak amik gelojoh nak makan. Yang pasti memang paling best la. Ming siap buat air soya lagik!!

Ahad kami buka kat KB sebab anta my sister balik KL naik flight.

Isnin dah bertolak balik Penang. Waaa..Sekali je merasa buka puasa ming masak. Takpe nanti balik raya ni kitorang balik awal. 5 hari leh puasa kat rumah yahooo :).

Budok ni jakun jumpa tanah lepas sahur ajak keluar rumah..Lol
Salam ramadhan sekali lagi..Kurangkan kontroversi...

Monday, July 1, 2013

Tips Berpuasa Untuk Perempuan Hamil

Assalamualaikum.

Memandangkan time mengandungkan Sofea dulu, saya dah ada experience berpuasa, so nak kongsi2 jugak kat sini untuk ibu2 hamil lain. Dulu time mengandungkan Sofea dah 8 months. Kali ni mengandung, 6mth + dah nak masuk ramadhan. Alhamdullilah kena time dah abih fasa alahan. Kalau tak, mungkin saya tak puasa sebulan!!! (Mungkin..huhu). Dulu saya berjaya puasa, tinggal 1 hari sebab kena urine infection. Terpaksala tak puasa sehari. Tapi syukur la dapat puasa hari yang selebihnya. Mehla saya kongsi tips. Tapi tips ni sesuai dengan badan saya, tak tahu pulak dengan mommies lain camana tapi leh je jadikan panduan(kalau nak :p) :

1. BERSAHUR
  - Sahur adalah WAJIB!! Kalau boleh jangan tak bersahur ye. Menu sahur pula jangan yang ringan2.  Kalau saya wajib makan nasi (banyak macam makan lunch) , kurma 3,4,5 biji, susu/milo, air mineral 1.5 liter ke atas. Memang kena bangun awal sikit. Kalau dulu2 bangun 15 min sebelum subuh pon sempat sahur lagi. Sekarang ni kena bangun sekurang2nya 40 min sebelum subuh. Pernah sekali saya sahur roti je, akibatnya perut berkeriuk2 & rasa macam nak buka puasa je. Seriyus!!

2. KURANGKAN KERJA FIZIKAL
   - Kalo kerja dok opis ngadap komputer tu memang bertuah la kan!!

3. PARAM?? Berpada la
    - Pasar ramadhan tu kan kengkadang panas, pastu ramai orang. Bole bikin kita pitam tau. Saya pernah rasa nak pitam time kat pasar ramadhan. Sebelum jatuh sempat pergi duduk kat kerusi penjual kat situ dengan tak malunya. Kalau dah terpengsan kat situ lagi haru kan!! Lepas kejadian, saya soh husband je belikan kalo teringin nak gi param.

4. NIAT
   - Berniat baikla & bersangka baikla dengan Allah S.W.T. Niat kita nak tunaikan ibadah. Insyaallah Allah S.W.T akan tolong kita. Minta dipermudahkan.

5. JANGAN PAKSA DIRI
   - Kalau rasa tak boleh puasa jangan pulak paksa diri nak puasa juga. Kita diberi kelebihan untuk tidak berpuasa kalo tak mampu. Jangn pula rasa down or sebagainya. Kesihatan kita & baby paling penting. Tapi jangan pulak lupa ganti yerk lepas tu :)

Okeyla. Saya ras tu je la tips. Insyaallah moga Allah permudahkan niat baik kita yerkkk.. :) ..

25 weeks checkup

Assalamualaikum.. 

Rutin checkup baby every month. Sabtu lepas masuk 25 weeks. Scan estimate dah 26 weeks. Alhamdullilah, baby sihat & active. Berat baby 900gram. Berat mommy dia naik 6kg..hoho. Naik dengan jayanya nampaknya. Okeyla tu kan sebulan 1kg :p .

Mommy dia pon dah rasa okey sikit. Sebab sebelum tu rasa cam nak cepat pitam je. solution dia makan makan makan. Ermm patutla berat naik 3 kg dalam masa sebulan..lol. Jom saya kongsi video baby.



3D/4D baby boy. Mulut cam sofea = papa..hehe

Alhamdullilah..semoga baby membesar dengan baik dalam perut ni & dipermudahkan semuanya :).

p/s: Lepas ni cabaran berpuasa pulok kan :)