Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, April 29, 2013

16 weeks checkup

Alhamdullillah lepas trim pertama yang penuh dugaan. Walaupon mulut kelat2 juga kengkadang tapi at least dah bole makan.

Last Saturday pergi checkup. 16 weeks tapi kat monitor estimation dah 17 weeks. Kira 16 weeks je la kan senang.

Berat saya dah naik 2 kg. Alhamdullilah :) . Lega sebab before ni berat dah turun sampai 4kg. Sekarang masa untuk menaikkan berat tapi still terkawal. 2 kg sebulan adalah yang normal patutnya.

Berat baby pon ok. 1.17g..aduhai comel je kan. Alhamdullilah semua nampak okay. Semoga takde pape masalah sampai melahirkan. Amin..

Gender dah nampak tapi still tak confirm sebab tak clear sangat. Setakat ni doc just mention BOY. Maybe next month la kot baru leh kompem betul2. Kalo boy alhamdullilah sepasang. Kalau girl leh jadi geng power puff girl ngan Sofea. So, mana2 pon ok :) .

Jom saya share gambar baby dalam pewut ni..

Baby 16 weeks
Jari jemari dia sume leh nampak dah. Comel je.  :) ..Semoga baby membesar dengan sihat & sempurna dalam tu & dipermudahkan kuar tengok dunia nanti. Tu je la yang saya mtk...amin

Thursday, April 25, 2013

16 weeks :)

Assalamualaikum..

Happy Thursday. Esok Friday yay. Okay happy la sekarang ni dah lepas fasa muntah2, bluek2, takde selera makan, jalan macam siput, duduk rumah tidor sahaja macam takde keje lain dan macam2 lagik!!!. Alhamdullilah....

Berat, timbang kat rumah macam dah tambah. Minta2 la tambah sebab Sabtu ni nak pergi checkup. Baby bump dah ada sikit walaupon orang2 kat opis ni cakap macam tak mengandung. Tengokla nanti after 16 weeks ni mesti pewut akan membesar dengan jayanya & sekelip mata!!

Kali ni selera makan okey sikit.Takdela mengada2 sangat macam dulu nasi is NO. Dulu western sesaja. Kalo nasi pon nak nasi ayam CHICKEN RICE SHOP sahaja okey. Tapi sekarang ni mesti nak makan nasi putih baru rasa okey sikit. Selera orang kampung la sikit. Jimat la sikit kali ni...hehe.

Hope dapatla tengok gender budak ini Sabtu ni..

Okeyla Sabtu ni kita citer lagi..daaa..

Wednesday, April 24, 2013

PRU 13 ..Balik kg..

Hye hye hye.. Fuhh hangat sekarang ni pasal PRU. Kat fb sana sini penuh pasal PRU. Saya pon semangat jugak tapi semangat diam2. Kikikiki...

Sejak layak mengundi, saya dah start mengundi. 2 kali dah mengundi so kalo masuk kali ni dah 3 kali (Tak perlu kira umur I yang remaja berapa). Macam biasa this year pon memang wajib balik mengundi.

Tapi sudah terlupa pula I dah kawen :p . Tapi en hasben kalo nak mengundi jauh nun kat Sabah. Dia tak pernah balik mengundi. Tapi this year lain pulak, tetiba dapat tiket free. Satu keluarga lagi dapat. Jadinya saya adalah berbelah berkerat bahagi enam puluh tujuh. Pikir2 kalau tak balik sekarang, sampai next year la baru balik jawabnya. Kami dah beli tiket untuk bulan 10 tapi burn la kot sebab bulan 10 is my due lerr.

Jadinya saya buat keputusan balik kampung mertua la. Tapi tiket takde dalam tangan. Kalau tak dapat tiket, balik kg je la. Sib my kampung leh guna jalan darat je kan.

p/s: Abihla kalo kalah ngan 1 undi mesti kaum keluargaku akan salahkan diri ini yang tak bersalah..hahaa :p

Monday, April 15, 2013

Sofea vs Water

Assalamualaikum.

Sofea adalah peminat air!! Tak kira la air masak ke, air paip ke, air laut ke, air sungai ke, air kolam ke semua dia excited bila nampak. Perkataan "air" pon antara perkataan awal yang dia tau cakap. Tak caya meh tengok..

Berangan tak kasi orang pegang..Kalo dah pandai swim lehla mama lepas..huhu

Cubaan nak berenang

Kebabus masuk dalam air..hehe
Nampaknya kena awalkan masuk swimming class ni. Next year insyaallah..3 years bole dah kan. Bila dah pandai swim best sket dia nak berenang2 di tengah tak lagi berenang2 di tepian..hehe..

Friday, April 5, 2013

Balik Kg!!!

Today after kerja nak chow balik Kelate..Ohhh nothing special pon but I is rindu ming aboh. Nanti PRU balik lagi..ngee. My sis pon balik jadik sambil2 leh jumpa. Sumenya jauh kan diperantauan cari rezeki halal.. :)

Itu saje nak bagitau..daaaa :)

Monday, April 1, 2013

12 weeks checkup

Assalamualaikum..

Last Saturday baru je pegi checkup 12 weeks. Patutnya appointment nxt week tapi next week plan nak balik kg. Gwe rindukan kampung halaman tercinta haha.

OK berbalik pada checkup tu. Sebelum tu dak bekpes siap2. Beli meehun goreng tapi tekak takmao masuk. Last2 Sofea yang abiskan. Budak ini banyak lak makan sekarang. Beli lak sandwich telur baru leh masuk tekak. Sekeping je pon makan. Jumpa gynae dalam 930am. Memula cam besala kena timbang. Last checkup 8 weeks my berat kan 49 kg. Sekali timbang berat 48kg...Aduyaii. Usaha nak naikkan berat sebelum ni tak berjaya rupanya. Punyala siap breakfast dah sebelum tu lol. Masa pregnant kan Sofea dulu tak pernah pulok berat ni turun. Cincin kawen yang ketat tu pon dah makin longgar oiii. Siap tercabut lagi time mandi nasib tak masuk lubang jamban hukhuk.

Tapi gynae yang sentiasa relax tu tetap relax  je. Dia kata biasa la tu awal2 ni..Pasni awak naik gemokk tau hehe. Lawak je doc.

Citer pasal baby pulak, everything alhamdullilah nampak ok. Baby sangat active hokey sebab baru lepas bekpes. Berguling sana sini. Alhamdullilah bole nampak dah jari jemari  & kaki baby. Semua dah lengkap just kulit dia je la masih lutsinar kan :) . Gynae offer nak buat 3D/4D siap nak bagi CD. Kami iye je la kan walaupon  tahu stage sekarang tak berapa best sangat buat 3D. Tapi ok je la. Tambah rm10 je pon ok la tu :).

GENDER baby dah nampak actually tapi gynae tak berani nak kompem 100%. Seronok bila dah tahu gender adalah sebab leh shopping kan. Tapi now takdela nak menyoping pon kan sebab awal lagi.

Jom kita tengok picca dia. Video kita tak sharing la dulu hehe :p ..

Capture gambo cam tak nampak sangat tapi kalo tengok live memang nampak..Besar kekuasaan Allah :)

Semoga baby sentiasa sihat dan membesar dengan sempurna dalam pewut & dipermudahkan keluar melihat dunia nanti..Amin :)