Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 11, 2013

2 months old baby MIKA!!

Alhamdullilah. 23/11 lepas genapla 2 bulan baby paling kecik dalam rumah(buat masa sekarang). Time lahir kecik2 je lagi kecik dari kakak. 2.6kg je. Iyala lahir pon 37weeks nak besar mana sangat kan :). 2 months aritu 5.1kg.

Baju akak 1 tahun, 2 bulan dia pakai..hehe

Hi nama saya Mika..

Hello hellooo

Checkup 2 months semuanya alhamdullilah ok. Kena jab cam biasa meraung satu klinik dengar pastu senyap. Alhamdullilah sihat budak tu. Asal jab je risau anak demam kan..Itu biasa...

Budak ni alhamdullilah tak banyak ragam(tak macam kakak..syhhh nak jgk sebut haha)..Jenis pentido malam. Bangun for nenenenen 2,3 kali jek pastu tido..tido tido sampai subuh. Jadi alarm sembahyang subuh dah budak tu..hehe..

Lagik satu sangatla senang ajar minum guna bottle. Takde drama2 air mata meraung macam kakaknya dulu. Betul la org ckp, lain budak..lain ragamnya. Bukan semua sama. Time pantang ada try bagi feed thru bottle nyotnyot je dia pandai.. :) . Jadi takdela risau sangat bila antar nursery..

Tapi budak ini mabuk kereta ku berjalan2 jauh!!!! Nanti sampai destinasi mulala dia tak senang duduk..sampai la dia muntah..barula senang hati & bole tido..Aiii baby lagi dah mabuk ehh..Baruku tau...tapi takat amik anta pergi nursery dia ok lagik. Ada jugak ikot tok ming mabuk kereta..hehe..Kla..berjumpa d lain cotcet..




Medela Freestyle Review

Assalamualaikum..

Breastfeeding journey bermula balik. Kali ni mental lebih kuat & lebih bersedia sebab dah ada pengalaman. Apa guna pengalaman kalo tak digunakan ye dokkk.

Anak pertama puteri buah hati, saya hanya mampu bf selama 1 tahun 3 bulan. Ini gara2 papa!!haha...Takdela. Saya berhenti sebab pregnant dan tak larat nak bf dengan alahan lagik sakit pinggang segala(okey alasan)..huhu.. Tapi seriyes tak larat. Tabik pada mak2 yang pregnant tapi masih bf anak.

Apakah membebel ni tak padan dengan post title haha. Okayla meh nak citer sikit..(setelah membebel kat atas tu), Untuk anak pertama saya pakai spectra 3. Hajat memang nak freestyle tapi time tu hajat tak tersampai dengan duit. Takde rezeki lagi..So amik spectra 3. Sangat berjasa dan sangat serasi. Tapi memang berat nak usung ke hulu ke hilir..haha.Papepon memang redho je la usung demi anak tercenta.

Untuk anak ke 2 ni memangla bertekad nak beli freestyle. Alhamdullilah tercapai jugak hajat. Saya beli thru mudah.my...Berusaha kan cari yang paling murah..kalo kat luar mahal. Akhirnya husband jumpa rm1399..Dapat hadiah digital thermometer bean...From Swiz warranty 1 year. Tapi masalahnya handsfree kit ndak ado!!Ler..Hujung bulan ni baru berhajat nak beli handsfree kit tu...dah jumpa kat PumpOnTheGo facebook.

Taraaaaaaaaaa..

bermulala kerja harian..Jangan malas2 n culas...

Memang sangat2 beshhh..

1. Takyah plug power supply. Sebab leh charge siap2 macam charge hp. Bat kalo full tahan mao 3-4 hari jugak!!

2. Of coz double pump jimat masa. 

3. Bole buat keje lain. Tapi sekarang takleh la sebab takdok handsfree kit sobsob.

4. Ringan!! Yeeee..sebagai pengguna spectra 3 selama 1 tahun 3 bulan memangla terasa perbezaan beratnya.

5. Part senang cuci. Takde tempat2 tersembunyi nak tenyeh. Bestt!!

Tapi diingatkan bukan semua bottle storage leh muat. Takat ni bumble bee ngan jingle jungle leh muat Autumz takleh yerkk. Sebab selalunya saya akan pump terus ke bottle storage. Malas nak buat keje membasuh mencuci banyak kali kan..hehe.

Setakat ni hasilnya alhamdullilah. Takdela meriah gila2 tapi cukupla untuk anakanda tercinta. Macam biasa kita bertarget stage by stage. Kita bertarget 6 months dulu kay. Insyaallah. Selagi ada susu, selagi tu la saya bagi sebab tu memang hak anak2...

Friday, December 6, 2013

Bersalin at 37 Weeks!!

Assalamualaikum...

Bersarang labah segala dah blog ni. Selama berpantang selama tu la tak jenguk blog. Tetiba je baby nak keluar awal. Lagik awal dari akak dia 38 weeks. Memang tak jangka pong tapi takdela jugak terkejuzzz sebab dah prepare mental sejak 36 weeks. Meh nak citer sikit pengalaman bersalin kali ni(tak kisah la ada orang nak tau ke dok haha)..

22/09/2013
Bangun pagi gosok gigi..ehhhh...ada bleeding sikit. Takdok rasa sakit pong. Cam biasa call ming dulu ngn MIL (bukannya nak call doc kan haha!!). Mak mestila soh pergi hospital kan cepat2. Before pergi hospital call my gynae dulu tanya pendapat. Dia soh datang hospital check. Check2 segala..belum masanya lagik..foc suruh datang balik malam or esoknya... Balik rumah dulu..

23/09/2013
Tengahari baru pergi hospital. Lepas check segala gynae soh admit. Masa dah nak time katanya. Lol..tak ready pong...1cm baru..Tapi gynae risau soh jugak admit..Ikut je la..Kul 12 tghari gitu admit. Dokla terus kat dalam LR tu..hoho. Busan...Zzzz..Masih tak rasa sakit..Kul 330pm gitu gynae datang check..3 cam..Terus dipecahkan air ketuban. Start dari tu mulala rasa sakit. Tapi masih bole tahan lagik. Tarik..tahan..hembus nafas. Kali ni takde drama marahkan suami macam dolu haha. Doc actually nak drip induce tapi aku dengan sopannya menolak. Sebab dah rasa dulu induce SANGAT sakit!! Doc agak bengang di situ. Maybe dia nak balik awal sebab nak dating. Sebab gwe, dia kena dok kat sepital tu..apa2 la doc yang penting yang rasa sakitnya aku..huhu
 
Menunggu..menungguu...Sampaila pukul 1130pm..rasa nak bersalin sangat2. Terus panggil nurse & doc..Check bukaan 9cm. Dan bermulala proses peneranan yang menyeksakan. Seriyes masih lagi tak pandai camana kaedah meneran yg betul sebenarnya..kul 11.49pm(ye kot)..Lahirlah budak lelaki yang comel.. 2.6kg..Sihat Alhamdullilah. Bersyukur pada Allah S.W.T..
1 day old
Baru lepas makan makan pertama Saya!!!!

My bf journey begin..again..saya suka..saya suka :)






Kak long datang melawat..

Now my baby dah 2 months + ..Dah masuk keje pong mama dia ni..

Hyeee..Saya dah 2 bulan..hensem tak..hensem tak..hehe :)