Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, November 10, 2011

Pengalaman Bersalin Saya :)

Assalamualaikum..

Lamanyeee tak memblog ni. Fb pon lama tak bukak. Semalam baru sampai Penang. Kat kg takde tenet sebab tu tak bukak.

Sofea sedang nyenyak tidur (omel betul dia tido)
..............................................

Pengalaman bersalin (rasa cam dah tak ingat lak sebab dah lama sangat..try tulih mana yang ingat je ni)

Jumaat (16092011 -Malaysia Day!!!) -39Weeks


Ming ngan Aboh datang Penang kebetulan 17hb ada anak kawan ayah kat Kedah kawen. Ajak my sisters datang jugak sebab ada cuti Malaysia Day. Memang perasaan nak bersalin tu rasa macam arini nak bersalin. Rasa confident betul sampai kemas sume barang kat opis bawak balik.Lagipun Malaysia day arini. Best gak, nanti bday Sofea tiap2 tahun cuti.

Sempat lagik jalan2 kat BJ carik hadiah untuk anak ayah yang nak kawen. Memang rasa cepat letih je. Lagila konpiden akan bersalin bila2 masa je..


Itu baby dalam pewut tak sabar nak kuar sangat tu..nampak kan pewut sangat besar.

Sabtu (17092011)

0230; Rasa cam kuar air tapi sikit je. Dah start rasa lain macam tapi takde rasa sakit so tak kejut hasben lagik.

0430; Air kuar ngan banyaknye. Bagitau hasben. Kejut mak. Ming terus soh cepat2 pi clinic sebab sah2 tu air ketuban. Kena pi cepat ming kata kalo air ketuban pecah. Takut air kering tapi bukaan takde je..Siap2 pi hospital.

0500; kat hospital..Sampai2 nurse check bukaan..1cm baru. Tanya nurse leh ke balik umah dulu. Nurse kata kena tahan dah sebab air ketuban dah pecah. Nurse kasi ubat "uk uk". Terus kuar sume isi perut..Nurse amik bacaan HR baby.

0600; Masuk bilik. Aboh datang kul 630am. Sempat solat subuh.

0830; Nurse check bukaan..Still 1cm. Actually memang tak sabar2 nak soh nurse check bukaan tu..Dia seluk takde lak rasa sakit

1030; doc lak datang..doc seluk lagila langsung tak sakit..1cm jugak..huhu. Nurse bagi ubat induce level 1(tak ingat nama ubat..ngehngeh)

1200; Still 1cm..Nurse induce 2nd dose (pitocin)..Start time ni la contraction tak berenti..Memula 15 min sekali..Pastu 10 min sekali..pastu 5 min sekali..Sakitnya ya Allah takleh nak citer..Sampai tahap takleh tahan sangat nangis n cakap kat hasben "sakitnya abg" . Pastu bertenang jap tarik napas hembus macam nurse ajar. Mulut tak henti baca doa nabi yunus ngan isytifar. Bila tak tahan sangat nangis lagi. Lepas tu cool balik. Pastu nangis..

Hasben tak henti2 tenangkan sampai satu tahap termarahkan hasben sebab rasa takmao ada suara bising kat telinga (Huwaaa...dahla tak sempat mintak maap b4 deliver..lepas tu baru mtk maap..hoho). Paling tak sangka hasben ternangis skali (menitik la air mata takdela menangis macam aku huhu). Maybe dia tatahan tengok penderitaan bakal ibu ni berjuang. Sampai satu tahap mintak nurse kasi ubat tahan sakit. Tapi sia2 je sebab rasa sakit tetap tak kurang. Terketar2 menahan kesakitan. Abih cadar selimut berselerak.

Setiap masa kalau bole nak soh nurse check bukaan. 

1750; Rasa nak terberak!!! Tatahan betul. Masa ni contraction 2 min sekali..Hasben panggil nurse..Nurse check 6cm. Nurse pesan jangan teran dulu, nanti bengkak. Tapi aku tatahan pi layan je rasa nak terberak tu.

0600; Sakitnya memang tatahan lagik. Agaknya seminit sekali contraction datang. Panggil nurse..Check 7cm. Nurse kata leh naik atas LR (yes!!!). Durang amik wheelchair (memang amat perlukan..letih sampai x larat nak jalan). Dalam LR ada dr Rosita, nurse sorang, me n my hasben..Fuhh nasib tak ramai dalam tu rasa tenang sket.

Rupanya dah leh start teran tapi aku tak teran sebab doc tak cakap pon soh teran lol. Mana pandai tak penah kan...

Time ni tak berapa nak gelabah sebab rasa excited nak melepaskan sume sakit tu lagi banyak. Abih segala ilmu yang aku baca..camana cara nak teran..Nak hembus napas tarik napas aku guna. Punggong jangan naikkan.

Tapi time ni tenaga memang dah agak kurang sebab bertarung lawan kesakitan sejak kul 12 tgh. Aku cuba jugak kumpulkan seluruh tenaga.. Teran sekali takleh, teran 2 kali takleh. Doc cakap sy tlg guna vacuum la (baru teran 2 kali trus nak guna vacuum..memang camtu ehhh??). Aku time tu ngan sakitnya tak kira..Buatla apa saje doc asalkan baby keluar dengan selamat. 

0623; Teran n doc help guna vacuum keluarla buah hati pengarang jantung cek mek Sofea ke dunia..Subhanallah. 

Lepas tu tak dapat nak terangkan macamana perasaan yang tersangat lega. Lepas tu doc nak buat apa pon tak kisah. Siap seluk dalam sebab doc terputuskan tali uri..siap cakap "opsss tergunting" bole???Terpaksala doc seluk nak amik uri yang tertinggal. Doc jahit2 sume..Memang dah tak rasa apa time ni..

Lepas tu aku ditinggalkan macam tu je..Sebab ada emergency case kat bawah. Ada orang kat bawah nak bawak naik LR. Terberanakla dia kat dalam bilik..huhu. Aku terus tido2 ayam jap. My hasben azankan Sofea. Setengah jam pastu baru durang bawak turun bawah.

My parents ngan sisters datang betul2 time after deliver. Sempat lagik durang pegi kenduri kat Kedah nun. Tapi balik cepat2 sebab risaukan aku..

Azan lagik sekali ngan tok aboh skali

Hello world!!! Sy Nur SOfea Eiryna. Berat saya 2.7kg. Panjang 45cm..Sy sudah mandi!!

Siap2 mandi sume nurse bagi untuk susukan Sofea. Perasaan berkobar2 nak bagi susu sendiri walaupun letih. Konpiden ada susu sebab susu memang dah mengalir time pegnen lagik. Tapi akibat letih, susukan sofea sambil baring je n mata terpejam.

Pejam celik pejam celik dah 56 hari umur Sofea...
Hyehye..
.......................................................
Actually sakit contraction tu lagi sakit..Time melahirkan alhamdullilah tak sakit sangat (ke sebab dah tak sabor sampai lupa nak sakit)

Monday, September 12, 2011

38 Weeks Update

Tetiba je checkup dah bertukar ke hari Isnin gara2 aritu cuti Raya. Mintak nak datang hari Sabtu nurse cakap awal sangat la pulak sebab sekarang dah start checkup every week.

Nasib la sekarang ni takde keje sangat..Errrr sebenarnya takde kerja langsung!!!Boss paham kot soh mak buyung berehat :p

Update terkini lagik sensasi;

1. Berat gwe udah 63kg ( Dah naik 13kg ) . Ni mesti akibat sindrom makan banyak gila lepas pose/time raya. Siyes lepas pose ritu memang banyak wooo makan. Selera memang dah terbalik dari sebelum ni. Suka sangat makan nasik!!!!Suke sangat makan ikan. Before ni kan tak berapa nak gemor. Sekarang ni tengok segala jenis adik beradik mee rasa cam nak muntah pon ada. Samala tengok ayam lagik2 yang belum masak tu rasa meloya. Nasik jugak jadi pilihan. Manala berat ni tak naik yerkkk!!!

2. Berat my princess udah 2.9kg. Alhamdullilah si kecik membesar dengan sihat yerk dalam tu.

3. Baby sudah engaged. My hasben kata kelakor perkataan engaged. Dia baru tau wujudnya perkataan engaged dalam dunia orang nak bersalin ni..Adeihhh..

4. Heart beat baby in normal range. 110 - 120. Kuat betul bunyi heart beat dia buat sy rasa terharu :)

My gynae cakap anytime je leh bersalin ni. Buat sy nebes jerk. Macam2 perasaan pon ada..Nebes memang ada..Excited, tak sabor pon ada. Kami sekarang doa2 our princess lahir 16/9 ..Leh jadi baby 1 Malaysia la kannn..Nanti bday dia mesti cuti :) ..Tapi tak kisah la asal baby selamat lahir (doakan yerk ).

Okla..till next chekup......

p/s: My parents nak datang Jumaat ni..yipeeeee..lagikla sy banyak makan nanti sebab my mom wajibla masak walau di mana saje sebab suaminya aka my ayah ngak suke makan diluar. Kalo makan kat luar pon balik2 carik nasik jugak..aiii sama lak perangan cam my hasben lol..

Thursday, September 8, 2011

Raya 2011

Assalamualaikum...

p/s: Sy lom bersalin lagik yerkkk..
...........................................................

Selamat Hari Raya Aidilfitri Sume...Maaf Zahir dan batin. Walaupun lambat wish tapi sekarang masih syawal kan kan kan????
First raya as husband & wife :) ..ohh baju gini2 je la yang muat dibadan yerkk

Sekarang ni menunggu n menghitung hari je..Sepatutnya lebih kurang 16 hari lagi before my due Insyaallah. Tapi mintak2 our baby keluar awal sikit sebab tok ming n tok aboh ada kebarangkalian nak pegi mekah..Kalo dapat, memang terpaksala kami berdua survivor pantang sendirik..uhukkk..

Wednesday, August 24, 2011

34 Weeks update+Shopping Raya!!!

Assalamualaikum..

Arini dah ramadhan ke 24. Alhamdullilah mak budak ni sihat walafiat n dapat tunaikan ibadat puasa 23 hari. 1 hari terpaksa tak puasa sebab kena urine infection..huhu..Pasal tu lom citer lagik yerkkk..Lama tak update sebab kemalasan+sibuk siapkan keje. Sampai terlebih awal lak siapkan keje sebab semangat gila nak raya. Tinggal arini n esok je. Jumaat sy dak amik cuti yipeee. Tapi schedule keje sampai esok. Boss pon sonyap je bila sy kata keje dah siap. Bagusla tu sebab memang malas nak pikir kerja baru dah ni. Dalam kepala adalah ketupat dan rendang jerk!!!

34 Weeks actually dah lepas 2 minggu. Cuma tak update kat sini je. This Friday nak pergi checkup for 36 Weeks. Gynae nak bg antenantal card memandangkan sy kata nak balik kampung. Dia takut sy terbersalin kat kg lak nanti..hehe..

34 Weeks..Baby dah 2.2kg. Cepat tul baby membesar yerk. Semuanya alhamdullilah ok. Tapi berat mak baby ni memang dok tang tu je sejak ramadhan ni..Still +9kg. Doc kata takyah risau..asalkan baby ok....

Kisah urine infection tu or orang kata "kencing kotor" ..aii ngeri pulak nak citer. Pasalnya tetiba jerk masa tido pukul 3 pagi rasa kesejukan. Tarik selimut, tapi heran asal menggigil. Pegi toilet sat..pastu tarik comforter lak. Still gigil. Panas tapi menggigil sampai nangis2 tak tahan. En hasben tolong urut2 kaki. En hasben ajak pegi hospital tapi sy memang tak bermaya nak bangun. 1/2 jam gak camtu, akhirnya ok. Pepagi tu terus pergi klinik takut pape. Terus doc saspek "kencing kotor"...Check2 memang betul. Doc bagi ubat. Balik2 umah terusla makan ubat. Maknanye kenala bukak pose yerk sebab risaukan baby. 

Lepas tu terus fobia....Lepas tu jugak tiap2 ari make sure minum air 2 liter..time sahur wajib minum 1.5 liter. Jadinya tahun ni sy amik masa sejam bersahur sebab nak minum air tu sikit2 n wajib makan nasik!!Kalo sebelom ni makan roti/kurma je saya tak kisah sangat..15 min dah siap..hehe..Nasibla sy ni jenis selera makan nasik time sahur so takdela masalah sangat.

Citer pasal shopping raya laks. Gamba ada tp malas nk upload lak kan...Plan tahun ni nak pakai dress je. Tapi tup2 terbeli gak baju raya..Hehehe..ari Sabtu lepas seharian berjalan..Pagi sampai malam. Sampai2 umah terus pengsan...Yang berjaya dilaburkan;

1. Baju for FIL
2. Handbag for MIL
3. Kemeja for en hasben
4. Jeans for en hasben (2 helai over tau memula kata tak mao beli pape..hehe)
5. Kasut for en hasben
6. Handbag for me
7. Wedges raya for me (ada hati nak pakai wedges lagik tu!!!)
8. Baju raya for me 2 helai..hahahah(tahun ni beraya pakai ala2 jubah la...n kain chiffon je yg sesuai)

Kami pon memang lama tak shopping untuk diri sendiri. Before ni shopping untuk baby je kan :p .Tinggal untuk my parents, kueh raya, tudung aiyakkk...duet raya nak kena tukar..tu je kot..pastu leh balik raya..yayyyyyyyy...

p/s: Terlebih excited sikit raya tahun ni sebab 1st time beraya sebagai isteri n bakal ibu insyaallah :)..  
p/s2; 26-28/8 ni ada expo mommy n baby kat PISA..jemputla wahai ibu2 bapa2 sekalian..sy pon plan nak pegi this Friday :) 

Wednesday, August 3, 2011

Baby Checklist done!!!

Assalamualaikum..

Minggu ni nak masuk 33 Wks!!!Maksudnya lebih kurang 7 Wks lagi Insyaallah my little princess akan melihat dunia.

Actually kami laki bini masuk 6 bulan kandungan dah start shopping!!Sikit2 lama2 jadi bukit. Walaupun orang tua2 tak kasi sebab pantang la apa la tapi kami ni degil yerk :p . Sebab takmao abihkan duit sekaligus gitu kononnya..Hehe..Alhamdullilah sekarang ni dah stop shopping (kot!!!) sebab memang plan bulan puasa ni tak mao dah shopping. Takut tak larat..Shopping sterusnya after pantang la kan :).

Awal2 before shopping memang ada buat list kononnya nak elakkan pembaziran. Tapi akhirnya ada gak barang2 yang takde dalam list..lol..

Setakat ni kami dah ada:


1. Baby playpen ( my SIL & BIL kasi adiah..thanks :) )
2. Stroller/ baby car seat ( Dah order..awal bln ni dapat insyaallah..my MIL & Sisters kasi adiah )

3. Baby closet..haha..comel je gantung2 baju kat dalam tu..(Ohhh ini tiada dlm list patutnya)
4. Baby bath
5. Toiletries
6. Grooming set
7. Towel
8. Blanket
9. Swaddle
10. Napkin
11. Diapers
12. Baju..aishhh berlambak + ngan SIL kasi
13. Cap
14. Mittens/Booties
15. Breast pad
16.Bedding set
17. Pantang set

aishhh..cam byk je lagi tp tu je list yang gwe ingat...Lagik satu breast pump bakal dibeli soon :) ..Spectra 3 akhirnya stelah ukur bajet di badan sendiri n baca2 review :)

p/s: aiyak..perut dah berbunyi2..dugaan tul pose time mengandung ni..letihnya tak sama..ermm..hope dapatla selesaikan ramadhan cukup sebulan..aminn

Monday, August 1, 2011

32 Weeks Update

Assalamualaikum...Arini 1 ramadhan. Selamat berpuasa semua. Harapan sy tahun ni sy dapat puasa full tak mao tinggal2..Semoga Allah S.W.T permudahkan..Amin....

Sindrom malas mengupdate datang kembali...Tapi sy update jugakla perkembangan my lil princess.


My gynae cuti lagi. Masa checkup 30 Weeks pon dia cuti..aissshh..Tapi dpt doc ganti yang baik (nama lupa lak..huhu).

Doc ni lain sikit. Dia check tekan2 perut. Sakit gak sikit2 woooo. Tapi dia doc, mestila dia tau apa yang dia buat kan!!!huhu..

Berat baby now 1.85kg. My bp 101/69 ..Ada ke memula amik bp 88/69 jerk!!!!doc tak puas hati soh amik lagik skali pkai machine lain. Barula betul. Berat adalah 59kg!!!!Turun 1kg..erkkkkkkkk..My urine ok..Lagi apa yerkkk..tu je kot..

Alhamdullilah setakat ni semuanya ok. Baby lak kengkadang suke menekan2 kat bawah tu sampai rasa nak terkucil jerk..aiyakkk..

Movement baby more than 10 times I think. Actually takdela pandai nak mengira camana n takdela nak mengira specific. Tapi sekarang ni memang dapat rasa pergerakan baby makin kuat. Just lom rasa tulang temulang dia lagi bak kata my fren..Maybe tunggu dia besar lg sikit kot..hehe...

p/s: Awal2 dah pesan dengan baby mama dia nak puasa sebulan..Hope baby cukup makan yerk kat dalam tu. Nanti mama makan makanan yg berkhasiat utk baby yerk :)

Monday, July 18, 2011

30 Weeks Update

Assalamualaikum..

Suda lama tak update. Sy dah start kebizian..Aduhai di saat2 masuk 30Wks ni bizi adalah amat takde mood nak buat keje.Mari kita update dulu perkembangan gwe yerk..

Last Saturday pegi checkup..Update terkini lagi sensasi :p ;

1. Berat mommy dah 60kg (wooowooo naik 10kg begitu sahaja!!!)
2. Berat baby 1.56kg ( Aiyakkk..tolak air ketuban sume, 5kg berat sy tu datang dr mana yerk??ermmm)
3. Position baby still sama kepala kat bawah..
4. Gender sama jugak girl..Insyaallah girl..

Ermm..Itu je la yang pentingnya. Kali ni my gynae cuti lak..So, consultation session; 

1. sihat ke? Sy cakap la sihat. 

2. Ada kencing manis?Darah tinggi? ..Lol..sy dalam hati "doc la check sy mana tau???"...tp, sy jawab sblm ni memang takde. 

3. Ada bengkak kaki ke? Takde doc ..Gynae cakap okla tu..Selalunya bengkak kaki ni dikaitkan ngan darah tinggi..so, skrg tak risau pasal darah tinggi..sy cakap, ingatkan bengkak kaki sebab baby dah berat sangat n benda tu normal..LOL

4. Sy lak tanya..doc, perut sy kengkadang mengeras..Normal ke? ..Doc ckp..Kalo sekejap2 tu ok lagi..braxton hicks je (ohhhhhhhh, sy baru tau inilah yg orang dok kata braxton hicks..haha), kalo dah lama sgt mengeras tu, tanda2 baby nak kuar la tu..

5. Sy tanya, berat sy normal ke doc, berat baby? Doc jwb..kenaikan berat dalam 12-15kg tu normal lagi (aiyakkk..2kg lagi, 10 minggu lg baru baby nk kuar ni..ada kebarangkalian naik lebih dari itu) ..b berat baby 3.5kg paling berat still ok lagik..Mengikut pengiraan sy, kalo baby naik 200gram seminggu, berat my baby 3.56kg????uikssssssss...mama mkn banyak sangat kottttttttt..hehe..

......................

Selalu kalo jumpa gynae sy blur tatau nak tanya apa..hehe...Yang sy tau tanya baby normal ke idak. Pembesaran baby ok ke idak..Itu je la yang sy nak dengar. Tapi usaha gak cari soklan..yela dah byr consultation fee kottttt..

Next 2 weeks kena pi checkup lagi. Sy dah kena checkup every 2 weeks.. :)

Kla..sampai di lain cerita..byebye :)