Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 11, 2012

5 months Sofea in India!!!! ( Part 1)

Assalamualaikum.

Mao Cerita pasal cerita yang dah basi. Tapi takpela nak cerita jugak hoho. Sebab before ni kan bizi je manjang kan. Sekarang ni tak bizi manjang lehla nak mengupdate pasal cek mek murai tu.

Plan nak ke India ni since last year actually. Macam biasa kami sisters memang suke membeli tiket airasia yang tengah promo. Beli dulu, pape pikir kendian. Sebab murah bangat kan. lebih kuran rm100 je return. Pergi ke Mumbai, pastu balik dari Delhi. Kami selalu pikir, beli je..kalo tak jadi pergi ruginya sikit, tapi kalo jadi pergi, untungnya banyakkk..ye dakkk.

Memula off course kena buatkan passport untuk Sofea. Kami laki bini memang dah ada (cop kat passport je tak banyak hahah). Memula tu google2 la jugak kan camana nak buat passport for infant. Dolu2 ingat lagik, kami sume memang takyah buat passport. Tempek muka je kat passport mak. Rupanya sekarang ni, baby baru lahir pon kena buat pasport maaa. Tapi kalo umur dia 2 years, bole tuka gambar.

taraaaa..satu gambar for passport. 1 gambar for Visa.

Nak buat Visa pon citer agak kelakar walaupon takdela kelakar sangat. Saya dah ready siap amik cuti half day ok sebab saya pikir mesti ramai punya ni nak buat Visa. Sebab kat Penang kan ramai Indian, mesti ramai nak gi India ni. Pasalnya my sis citer, kalo dia buat Visa kat KL, memang kena amik no. Sekali pegi2, takyah amik no OK!!!Pergi2 terus ke kaunter (takdak orang lain pon!!). Sia2 mengambil cuti half day. Ermm..Takpela asalkan sudah setel sume. Kalo melancong oversea ni yang paling risau passport, visa n time dekat kastam (paling risau). yang lelain takpe leh beli. spender tinggal leh beli. huhu..
..........................

Sampai ari yang ditunggu (siyes tarikh tak ingat haha).

Trip ke India ni bolela dikatakan family trip. Jadi, takdela backpackers style sangatla kan. Dengan bawak baby lagik kan. Yang pergi me, hasben, anakku Sofea, akak, my BIL, adik, ming n aboh. The plan( macam besa my sis dah buat plan awal lagi), from KL-Mumbai-Jodhpur-Jaisalmer-Agra-Delhi-KL. Trip lebih kurang 2 weeks gitu.

Yang bestnya, AA cancel trip to Mumbai tu tapi dia replace bagi MAS flight. Jadinya macam dapat nak free ok sebab ticket tu actually harga dia kami beli rm30 lebih kurang. Ticket Sofea lagi mahal rm70 haha. Jakun la kejap kan sebab lama gilos tak naik MAS. Rasanya last naik MAS time study kat Sarawak dolu2 je.
Alhamdullilah budak ini sangat behave. Tidoo saje

Akhirnya sampai Mumbai dah lewat malam..............Ramai gilest orang ye.
Hello Mumbai!!!

Bermulala perjalanan kami yang sangat best di India. Lepas ni bersambung lagik yerkkk!!!

........................
P/s: Ada kawan citer dia menyesal pergi sana, for me travelling is about respect others culture. Barula kita enjoy our trip. Jangan expect sume macam kat Malaysia. kita ni membesar kat sini of coz ler kita kata tempat kita the best (walaupon memang kan hehe).

Monday, July 9, 2012

Hello..Saya di Office..Sofea 10 bulan

Hello..Aii sudah bersarang2 ini belog. sekali bukak sume pon dah lain. Jakun okey. Nampak sangat lama tak update. Saya dah tak di outsource sudah . Sume kontrak sudah abis. Jadi balik la bertapa kat opis ni. Mungkin akan bertapa selama 2 bulan sebab saya dah tender resign letter. Takkan la ada company nak amik saya lak kan keje 2 bulan je. So...merdeka kejap before start keje di company baru yang tataula macamana keadaannya nanti. hope semuanya ok..amin.. 

 Cek Mek Sofea pon dah nak 10 bulan. Makin active dan asyik nak main. Mata ni takleh nak pandang tempat lain. kalo tak tup2 sekejap je dah ke mana2. Ada sekali terkalih pandang jap je, dah sampai kat makanan kucing. Berapa saat lewat maybe dia dah masukkan makanan tu dalam mulut dia..dah ada kat tangan dia dah pon...aduiss..kalo dipegang kejap je meronta2. tak suka kena pegang. aduhai anak.
gigi 6 batang..hehe

Masih lagi giat pump susu. Tataula bole ke idak capai matlamat ni. Setakat ni kita set setahun dulu yerk..Amin...tapi kalo termengandung, kenala stop kejap..huhu..leh gitu :p ..amin jugak...

Okla..sampai di lain siaran yang ntah bila lak kan..adios

Friday, March 23, 2012

my 6 monts breasfeeding journey

alhamdullilah..cek mek murai sofea kami dah 6 bulan....

masih bf setakat ni. susu tak putus lagi alhamdullilah. masih jugak rajin pumping. bz macamana pon saya akan cuba pumping jugak at least 2 kali kt opis

makin lama, saya makin enjoy bf. pump pon dah makin serasi, so hasil pon makin bertambah alhamdullilah.

setakat ni saya tak nampak apa yang susah. senang lagi ada. lebih2 lagi nak travel, tak yah angkut segala mak nenek air panas ke, botol susu segala. saya pon dah tak kekok NIP. cover je ngn kain...
 g
sekarang, saya dah introduce sofea ngn solid food. taska dia bagi makan bubur nasi..banyak dia makan..cikgu dia cakap..hehe..tgk comot kot mkn huhu..

pasni masuk phase 2..target sampai setahun dulu. moga tercapai n moga saya rajin..hehe..n moga Allah kurniakan rezeki utk anakku Sofea..amin...

ps yang penting semuanya kena buat dengan kasih sayang baru rasa tak terbeban :-)

Monday, January 23, 2012

Cek Mek SOfea 4 mths old

Assalamualaikum..

Dah berkarat kot blog ni hehe(takde mood nak memblog). Just nak update alkisah sang puteri kami yang dah berusia 4 mths.

Taraaa..Hyehye saya Sofea. Saya suke buat muke macam2.

Alhamdullilah my baby sihat walafiat. Masih lagi fully bf. Semoga hasrat nak bf selama 2 tahun berjaya..Amin :) .

Perkembangan dia sekarang? 3 mths pandai meniarap. Sekarang dah expert nerap. Tapi tak berapa expert nak pusing balik badan dia. Lama2 nerap, meraung lak (lenguh kot). Kenala papa n mama terbalikkan semula. Tak sampai 2 saat terbalikkan dia nak nerap balik. Adeihhh.

Berat lak 4.9kg. Tapi time timbang kat private dah 5kg lebih.Tak kisah sangat asalkan ada naik n Sofea sihat ceria happy selalu :) .

Kemahiran bercakap macam makin bertambah sebab dia reti buat bunyi baru yang macam meneran. Tak sakit tekak ke cek mek Sofea..hehe. Kadang2 kalau tak layan dia bercakap mulala nak meraung. Kami pura2 paham apa dia cakap hehe. Tok aboh dia cakap cek mek murai sebab banyak cakap. 

Sekolah. Ermm. Sudah tuka sekolah baru (nanti nak buat n3 khas).

Okla itu je la update as for now.  :)

Saturday, December 31, 2011

happy end year 2011!!

assalamualaikum(smbil bf sofea ni hehe)....

.........................................
jap je rasa ms berlalu. org kata kalo rasa gembira mmg rasa cpt masa berlalu..ye ke??hehe..penutup 2011 alhamdullilah Allah kurniakan kesihatan, rezeki n kegembiraan. Allah hadiahkan harta paling berharga sofea...Allah berikan rezeki yg cukup untuk kami hidup..Allah kurniakan kesihatan untuk sy bekerja n jaga si tecik....Allah temukan dengan teman dunia akhirat yg penyayang...semoga sy tak lupa padaNYA...
.........................

tak ingt bila kali terakhir buat new year resolution..tp for 2012 sy harap dapat teruskan exclusive bf sofea until 6 mths n continue bf sampai 2 years..moga Allah kurniakan rezeki untuk sofea....nak pindah umh sendiri, nk jadi isteri n mama yg baik...lagik stu nk melancong byk lagi tempat :p ...lagik nk merajinkn diri menyihatkn dirik blk (nk bersenam klo ada masa..ada ke huhu...tggu sofea bsr sket leh ajak joging hehe)...nk berjimat cermat sket hehe...Amin....

happy end yr 2011!, nk g shopping(nxt yr bru jimat)

Friday, December 9, 2011

Susu Ibu (Pengalaman BF)

"Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi.."

"Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula."..

"Mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula."

"Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus."

"Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia."

"Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak."

"Menyusu badan menjimatkan wang."

"Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta."

"Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa."

"Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat."

"Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari."

"Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. "

"Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk"

sumber: http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/menyusu-badan/173-kebaikan-susu-ibu.html
............................................................................................



Assalamualaikum.

Alhamdullilah sejak mengandungkan Sofea, saya memang berminat tentang penyusuan susu ibu. Banyak ilmu saya timba dari forum/website. Nak sediakan diri siap2 dari segi mental ngan fizikal. Saya bertekad akan bagi susu saya sendiri untuk anak2 saya selagi ada. :)

After deliver, bila nurse tanya nak bagi BF or FM? Saya dengan confidentnya cakap nak bf (walaupun time tu letih tak abis lagi). Terus nurse bagi kat saya (Kalo tak durang tak bagi tido sekali huhu). Saya cuba positifkan diri susu ada. Nurse pon cakap memula ni maybe susu kurang tapi keep bagi susu nanti 2,3 hari pastu susu Insyaallah mencurah2. Alhamdullilah saya dapat bagi susu pertama (kolostrum) pada Sofea :).

Malam pertama tu memang Sofea kerap bangun (maybe amik masa nak sesuaikan diri ngan dunia luar). Saya gagahkan diri jugak menyusu Sofea (kalo melayan letih memang nak angkat Sofea pon tak larat hehe). Kalo tak larat sangat saya menyusukan sambil baring. Kejap2 duduk, kejap2 baring. Takde belajar praktikal, agaknya automatik je jadi pandai bila baby keluar ( n hasil pembacaan teknik2 menyusu..hehe). Yang penting bila baby nangis jangan gabra n rasa baby tak cukup susu, just teruskan penyusuan..Insyaallah baby cukup makan :).

Mak ngan ayah saya memang sangat menyokong bf (mak tujuh2 anak pon bf). Pernah anak buah saya yg darjah satu tu cakap time saya bf Sofea "cik t..tak malu ehh" ..ayah saya cakap " Nape nak malu bagi makan anak..keje mulia tu bla bla bla"..Saya sengih je hehe. Hasben sy pun sama, dia awal2 dah cakap nk soh exclusive bf..Sokongan hasben memang sangat penting..tq laling :).

BF di tempat awam/public? First time bawak Sofea outing, siap bawak susu perah lagik kan (tapi susu tu tahan sejam je bila dipanaskan hehe). Tapi sekarang tak lagi. Memula nak NIP tu memang malu n gabra semacam je kan. Tapi saya tebalkan diri n cakap pada diri sendiri "aku buat keje mulia bagi makan anak aku susu paling bagus dalam dunia". Tapi kenala jaga jugak kan bukan exposekan diri kat orang camtu je..hehe.. Macam kalo jalan2 supermarket tu bila lapar saya akan cari nursing room (kalo takde kat surau paling senang), takpun time makan cari tempat ujung2. Cover la ngan kain..Sekarang pon macam2 ada nursing blouse la, nursing bra la..tp sy pakai kain tudung besar rm10 tu je untuk cover hehe (nursing cover mahal sangat la..haha). Sekarang ni dah confident. Nak bawak Sofea outing takdela rasa cam takut2 lagik :).

Alhamdullillah Sofea masuk 3mths next week n masih exclusive bf (mudah2an sampai dia 2 tahun). Saya percaya pada supply vs demmand. Insyaallah susu tak abis sambil2 berusaha nak tambahkan susu (banyak makanan bekhasiat kan as milk booster) n doa itu penting :). Berat Sofea pun naik ikut graf elok je..

Sy pon sekarang dah start keje dan mudah2an saya tak malas nak mengepam..hehe..Sofea pon dah terima minum thru botol. Seminggu gak nak mengajar dia..hehe..gud girl anak mama..

Jika diizinkan Allah, saya bercita nak bf until 2 yrs..amin..

Thursday, December 1, 2011

Pengalaman Berpantang

Assalamualaikum...1 Dec, harini saya masuk kerja..Asyik rindukan si tecik je huhu..

........................
Nak citer pengalaman berpantang saya walaupun macam dah ketinggalan kan..Almaklumla kat kg takde tenet langsung tak online. Lagipun sibuk ngan si tecik n tak pandai lagi bahagi masa time tu.. memang tak sempat la..

Saya berpantang dengan my ming n aboh kat kg. Orang lain kalo berpantang turun la berat badan kan. Sy idak..maintain je sejak dari lahirkan Sofea. Masa lahir tu turun 5kg..Tinggal 5kg tu sampai sekarang tak turun. Lepas ni baru nak mulakan misi turunkan berat (tadi pegi giant beli choc ngan rocky padahal haha).

Berpantang ngan ming n aboh memang simple je. Durang pon jenis sempoi je kan. Aku ni asal nak makan tanya durang dulu, kalo durang kata boleh aku bedal je. Pada aku sume pon bole makan asal tak berlebihan hehe.

1. Bertungku
Balik je umah hari ke 3 dah start bertungku, tapi bertungku sendiri la yerkk..my ming or aboh akan panaskan tungku. Pastu tiap2 ari bertungku nak sampai sebulan jugak. Tiap pagi n petang. Tapi kalo malas kengkadang tak buat haha..Ming dulu kata 40 hari dia bertungku adeiii..

2. Berurut
Berurut just start hari ke 10 sebab hari ke 7 baru balik kg. Orang kata patut kena urut terus. 3 hari berturut2..Aduiii lega betul lepas urut tu..rasa perut kempis sikit hehe. Angin pon kuar banyak tul!!!

3. Makan
Ooooo makanan ming masak sedap2. Aboh kata nasi takleh bertambah tapi awal2 letak nasi banyak terus takpe. Aku pon tiap kali makan letak nasi banyak. Awal2 lepas bersalin tu memang selera makan tinggi wokeyhhh!!Lagik2 bf rasa lapor je manjang kan..Banyak jugak rupanya makanan yang boleh makan. Terus rasa macam tak berpantang pon hehe.

4. Bertapa
Memang bertapa dalam umah 40 hari..Kuar pon pegi clinic inject Sofea. Ming dulu kata dia 40 hari dok dalam bilik tak keluar..Bilik ok bukan rumah..TIme makan orang antar kat bilik..erkkk.Hari ke 40 aboh ajak pergi tesco trus yayyy..1st time Sofea tgk dunia yang ramai orang, terkejut dia!!!

5. Barut
Siyes bole kira ngan sebelah tangan je berapa kali berbarut..Kemalasan sbb leceh time nak bf..hehe (beli produk bersalin tak abih pon..membazir adeii).

Itu je kot amalan time pantang. Nampak cam tak berapa nak pantang sangat kan..haha. 

Sekarang ni sume bedal kecuali yang agak2 leh buat Sofea sakit pewut sebab dia bf. Makan sambal pon yang tak pedas sangat. Setakat ni aku makan sambal, Sofea tak sakit perut so okla..Aku ingat takleh makan langsung hehe..Bedal memang bedal sume tapi berpada2..Macam ais tu minum jugak tapi takdela tiap2 ari kan..

Sekarang ni proses nak kempiskan perut ni..Ada lagik lemak2 berlebihan..mintak2 senang la turunnya.. :)

Sekian kisah berpantang saya yang sangat simple :)