Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, January 8, 2015

Travel South Korea in 8D7N (with 2 kids phewww)

Assalamualaikum...

Nota kecik : Anak2 aku dah berumur 3 tahun 4 bulan & 1 tahun 4 bulan (kena bagitau sebab lama tak update blog kihkih)

Cerita pasal travel ni dah agak berkurun tapi tak berkurun sangat. Nov/2014 punya cerita. Dah lama aku teringin nak pergi Korea. Sebenarnya dah pernah beli tix ke Seoul time 2011 tapi sebab pregnant time tu 5 months, aku cancel la sebab tak berani. So, this time bila anak dah 2 baru ada rejeki nak pergi ye :p.

This time kami travel ber 4 je..me, husband, kak long & mika. Maknanya I have to do all plans lorrr. Ko nak harapkan lakiku..Err err bizinya memanjang. Takpe I loves planning pon tapi a bit pening jugak nak study pilih mana tempat yang sesuai sebab travel bawak budak. Tak bole nak perasan backpacking sangat la kan macam takde anak. Selalunya travel with my sis aku serahkan 100% kat dia bab planning je..Bahagia je rasa bila orang tolong buat planning untuk kita kan..haha. Tapi aku ada masa setahun untuk study & planning sebab ticket beli time promo kan. Of coz ler naik AA kan..muahaha.. Study la sampai pening setahun. 

1 month before travel aku make sure semua dah setel. Plannya adalah fly dr Penang-KL-Busan..Tinggal kat Busan for 2N, Fly dari Busan ke Jeju Island (2N), Pastu fly ke Seoul (3N) pastu amik Bullet Train ke Seoul direct ke airport naik flight balik KL-Penang. Phewwww... 7 Night memang tak cukup!!!Tapi tamak nak pergi semua tempat haha. 

Bila dah tau route perjalanan kita. Pilih method, pilih tempat tinggal. Tempat tinggal adalah wajib ada kitchen sebab mao masak maaaaa. So aku pilih apartment la kompem ada kitchen segala. Email ngn tuan rumah make sure bebetul mana nak pergi mintak durang bagi direction bebetul.. Flight tix, Bullet ticket pon kita beli sesiap online...bla bla bla..cek suhu..cek hujan ke tak...banyak benda oiii nak cek sebab taknak pembaziran ruang bag.

Ni aku share my itti. Actually ada yg lelain in reality sikit malas pulak nak edit..haha

Sila click la untuk tumbesaran

Lepas dah ready semua barula lega sikit nak berjalan...Okay..kita sambung di lain entry... :)


Welcome 2015~~~~

Hello hello I'm back..Setelah bersawang berawang..mungkin ada tikus mati sekali kat blog ni aku decide nak kembali menulis!!! Sekarang memang sangat bersemangat terlebih (Sebab new year & takde keje).

Banyak benda happen taktau nak start mana..

I start with Happy New Year Wishes k!!!!!!Semoga dapat menulis 1 entry sehari pon jadikla..hak hak..

Azam tahun baru ke ni??

Ermmm..Maybe..

Thursday, January 16, 2014

Macamana nak Handle Tantrum Toddler -TIME OFF

Assalamualaikum.

Lama tak menulis kan tetiba nak tulis pasal ni. Banyak lagi nak kena belajar pasal parenting ni..Tapi kaedah yang dah berjaya nak share jugak kat sini kot2 ada ibu2 mak2 bapa2 terbaca kan.

Jo Frost Extreme Parental Guidance- my fav tv shows. Banyak sangat yang kita bole belajar dari situ. Silala tengok channel 709 lifetime. Salah satu kaedah yang aku dah praktikkan kaedah TIME OFF.

Cek mek sofea dah 2 yrs ++. Tak dinafikan kengkadang time datang tantrum dia sangat mencabar kesabaran seorang ibu apatah lagi dia buat tantrum time adik dia pon tengah nangis!!! Rasa nak cecubit je kengkadang tapi kena banyak bersabar. Jangan pukul/cubit. Jangan jugak jerit2 marah. Ada potential budak tu jadi ganas nanti. So..kalo rasa nak marah sangat, isytifar la bebanyak..Atau pass kat papa dia hehe.

Okayla berbalik pada kaedah time off. Actually dah start lama. Start time tengah berpantang dulu tapi takdela buat bebetul sangat. 

Cara dia sebenarnya tak susah sangat. Kalau anak buat salah atau meragam tak tentu hala, just put diorang dalam time off maybe dalam 5 min(bergantung pada kesalahan). Macam aku, kat rumah tu memang ada satu sudut untuk time off Sofea. Bila dia buat salah atau meragam tak tentu hal aku akan cakap " Sofea, duduk kat situ"..Pandai juga dia pergi sendiri dalam mengamuk2 tu kalau aku suruh. Kalau tahap kronik meragam pon aku akan angkat dia & letak situ. Amazingly bila kita bagi time off tu tak sampai seminit kengkadang dia dah senyap atau tone dia nangis dah jadi slow.

Bila keadaan dah reda, aku akan pergi dekat dia & explain kenapa dia kena time off. Pastikan kena bagitau reason. Jangan biarkan anak macam tu je tanpa dia tau reason dia kena denda. Nanti dia konpius pulak tak pepasal kena denda. Pastu peluk2 cium..hehe..

Kalau sebelum ni tak guna kaedah time off meraung tak berenti kot sampai dia letih.

Kat luar je aku macam tak bole nak control sikit. Tapi salah satu tips yang paling berkesan adalah ignore-no eye contact bila dia tantrum or nangis nak minta sesuatu. Berkesan!! Tapi kena tahan telinga & malu dengan orang sekeliling bila anak nangis guling2...mesti orang kata aku mak yang kedek...haha..Bergantung pada anak..anak aku bole tahan lama jugak tahan tukul nak berguling..adoi!! Takpe...mungkin amik masa.

Yang penting kena konsisten & kena libatkan husband juga. Jangan sorang cakap lain, yang sorang cakap lain...Fenin anak tu.

Okeyla..nanti kalau ada tips berguna aku akan share sini. Bila kaedah tu dah berkesan baru aku share la off coz..hehe..

K la..byebye :)

puteri kesayangan kami :)



Wednesday, December 11, 2013

2 months old baby MIKA!!

Alhamdullilah. 23/11 lepas genapla 2 bulan baby paling kecik dalam rumah(buat masa sekarang). Time lahir kecik2 je lagi kecik dari kakak. 2.6kg je. Iyala lahir pon 37weeks nak besar mana sangat kan :). 2 months aritu 5.1kg.

Baju akak 1 tahun, 2 bulan dia pakai..hehe

Hi nama saya Mika..

Hello hellooo

Checkup 2 months semuanya alhamdullilah ok. Kena jab cam biasa meraung satu klinik dengar pastu senyap. Alhamdullilah sihat budak tu. Asal jab je risau anak demam kan..Itu biasa...

Budak ni alhamdullilah tak banyak ragam(tak macam kakak..syhhh nak jgk sebut haha)..Jenis pentido malam. Bangun for nenenenen 2,3 kali jek pastu tido..tido tido sampai subuh. Jadi alarm sembahyang subuh dah budak tu..hehe..

Lagik satu sangatla senang ajar minum guna bottle. Takde drama2 air mata meraung macam kakaknya dulu. Betul la org ckp, lain budak..lain ragamnya. Bukan semua sama. Time pantang ada try bagi feed thru bottle nyotnyot je dia pandai.. :) . Jadi takdela risau sangat bila antar nursery..

Tapi budak ini mabuk kereta ku berjalan2 jauh!!!! Nanti sampai destinasi mulala dia tak senang duduk..sampai la dia muntah..barula senang hati & bole tido..Aiii baby lagi dah mabuk ehh..Baruku tau...tapi takat amik anta pergi nursery dia ok lagik. Ada jugak ikot tok ming mabuk kereta..hehe..Kla..berjumpa d lain cotcet..




Medela Freestyle Review

Assalamualaikum..

Breastfeeding journey bermula balik. Kali ni mental lebih kuat & lebih bersedia sebab dah ada pengalaman. Apa guna pengalaman kalo tak digunakan ye dokkk.

Anak pertama puteri buah hati, saya hanya mampu bf selama 1 tahun 3 bulan. Ini gara2 papa!!haha...Takdela. Saya berhenti sebab pregnant dan tak larat nak bf dengan alahan lagik sakit pinggang segala(okey alasan)..huhu.. Tapi seriyes tak larat. Tabik pada mak2 yang pregnant tapi masih bf anak.

Apakah membebel ni tak padan dengan post title haha. Okayla meh nak citer sikit..(setelah membebel kat atas tu), Untuk anak pertama saya pakai spectra 3. Hajat memang nak freestyle tapi time tu hajat tak tersampai dengan duit. Takde rezeki lagi..So amik spectra 3. Sangat berjasa dan sangat serasi. Tapi memang berat nak usung ke hulu ke hilir..haha.Papepon memang redho je la usung demi anak tercenta.

Untuk anak ke 2 ni memangla bertekad nak beli freestyle. Alhamdullilah tercapai jugak hajat. Saya beli thru mudah.my...Berusaha kan cari yang paling murah..kalo kat luar mahal. Akhirnya husband jumpa rm1399..Dapat hadiah digital thermometer bean...From Swiz warranty 1 year. Tapi masalahnya handsfree kit ndak ado!!Ler..Hujung bulan ni baru berhajat nak beli handsfree kit tu...dah jumpa kat PumpOnTheGo facebook.

Taraaaaaaaaaa..

bermulala kerja harian..Jangan malas2 n culas...

Memang sangat2 beshhh..

1. Takyah plug power supply. Sebab leh charge siap2 macam charge hp. Bat kalo full tahan mao 3-4 hari jugak!!

2. Of coz double pump jimat masa. 

3. Bole buat keje lain. Tapi sekarang takleh la sebab takdok handsfree kit sobsob.

4. Ringan!! Yeeee..sebagai pengguna spectra 3 selama 1 tahun 3 bulan memangla terasa perbezaan beratnya.

5. Part senang cuci. Takde tempat2 tersembunyi nak tenyeh. Bestt!!

Tapi diingatkan bukan semua bottle storage leh muat. Takat ni bumble bee ngan jingle jungle leh muat Autumz takleh yerkk. Sebab selalunya saya akan pump terus ke bottle storage. Malas nak buat keje membasuh mencuci banyak kali kan..hehe.

Setakat ni hasilnya alhamdullilah. Takdela meriah gila2 tapi cukupla untuk anakanda tercinta. Macam biasa kita bertarget stage by stage. Kita bertarget 6 months dulu kay. Insyaallah. Selagi ada susu, selagi tu la saya bagi sebab tu memang hak anak2...

Friday, December 6, 2013

Bersalin at 37 Weeks!!

Assalamualaikum...

Bersarang labah segala dah blog ni. Selama berpantang selama tu la tak jenguk blog. Tetiba je baby nak keluar awal. Lagik awal dari akak dia 38 weeks. Memang tak jangka pong tapi takdela jugak terkejuzzz sebab dah prepare mental sejak 36 weeks. Meh nak citer sikit pengalaman bersalin kali ni(tak kisah la ada orang nak tau ke dok haha)..

22/09/2013
Bangun pagi gosok gigi..ehhhh...ada bleeding sikit. Takdok rasa sakit pong. Cam biasa call ming dulu ngn MIL (bukannya nak call doc kan haha!!). Mak mestila soh pergi hospital kan cepat2. Before pergi hospital call my gynae dulu tanya pendapat. Dia soh datang hospital check. Check2 segala..belum masanya lagik..foc suruh datang balik malam or esoknya... Balik rumah dulu..

23/09/2013
Tengahari baru pergi hospital. Lepas check segala gynae soh admit. Masa dah nak time katanya. Lol..tak ready pong...1cm baru..Tapi gynae risau soh jugak admit..Ikut je la..Kul 12 tghari gitu admit. Dokla terus kat dalam LR tu..hoho. Busan...Zzzz..Masih tak rasa sakit..Kul 330pm gitu gynae datang check..3 cam..Terus dipecahkan air ketuban. Start dari tu mulala rasa sakit. Tapi masih bole tahan lagik. Tarik..tahan..hembus nafas. Kali ni takde drama marahkan suami macam dolu haha. Doc actually nak drip induce tapi aku dengan sopannya menolak. Sebab dah rasa dulu induce SANGAT sakit!! Doc agak bengang di situ. Maybe dia nak balik awal sebab nak dating. Sebab gwe, dia kena dok kat sepital tu..apa2 la doc yang penting yang rasa sakitnya aku..huhu
 
Menunggu..menungguu...Sampaila pukul 1130pm..rasa nak bersalin sangat2. Terus panggil nurse & doc..Check bukaan 9cm. Dan bermulala proses peneranan yang menyeksakan. Seriyes masih lagi tak pandai camana kaedah meneran yg betul sebenarnya..kul 11.49pm(ye kot)..Lahirlah budak lelaki yang comel.. 2.6kg..Sihat Alhamdullilah. Bersyukur pada Allah S.W.T..
1 day old
Baru lepas makan makan pertama Saya!!!!

My bf journey begin..again..saya suka..saya suka :)






Kak long datang melawat..

Now my baby dah 2 months + ..Dah masuk keje pong mama dia ni..

Hyeee..Saya dah 2 bulan..hensem tak..hensem tak..hehe :)

Tuesday, September 10, 2013

Pregnancy update: 35 weeks

Assalamualaikum.

Alhamdullilah Sabtu lepas dah masuk 35 weeks. Minggu ni 36 weeks la yerk!!Kurang dari 3 minggu lagi nak kerja. Aku decide nak cuti je la after 38 weeks. Nurse company pon dah bagi cuti. Pemalas nak kerja heee.

Berat me dah 63kg!!Means dah naik 13 kg. Agak melampau la untuk diri sendiri sebab Sofea dulu 38wks time bersalin kan dia baru 62kg. Okayla mengaku diri sendiri memang suka makan makanan manis kali ni. Mana tak naik banyak ye dok. Baby dalam kandungan dah 2.7kg. Agak cepat jugak tu naik. Tapi selalunya kalo scan tu ada +/- so takdokla percaya 100%. Cuma sekarang ni nak kurangkan makanan yang manis. Tak bagus untuk diri sendiri & baby. Kena diet la pasni. Makan makanan berkhasiat..huhu.

Kepala baby dah kat bawah alhamdullilah. Active toksah nak cakap. Sebab boy kot itu yang active terlebih. Semuanya normal alhamdullilah.

Itu je la..pic ada dalam cd tak bawak next time la kita share yerk!!!

Next checkup 38 wks. Gynae kali ni macam relax je dia siap tanya bila nak checkup next lol.

Sekarang ni ada perasaan takut dah. After 36 weeks anytime pon baby leh kuar. Bag sume tak ready lagi. Pernafasan time bersalin tak study balik lagi. My parents tak datang lagi...huhuhu..

Mudah2an semuanya dipermudahkan.... ~amin~