Monday, September 12, 2011

38 Weeks Update

Tetiba je checkup dah bertukar ke hari Isnin gara2 aritu cuti Raya. Mintak nak datang hari Sabtu nurse cakap awal sangat la pulak sebab sekarang dah start checkup every week.

Nasib la sekarang ni takde keje sangat..Errrr sebenarnya takde kerja langsung!!!Boss paham kot soh mak buyung berehat :p

Update terkini lagik sensasi;

1. Berat gwe udah 63kg ( Dah naik 13kg ) . Ni mesti akibat sindrom makan banyak gila lepas pose/time raya. Siyes lepas pose ritu memang banyak wooo makan. Selera memang dah terbalik dari sebelum ni. Suka sangat makan nasik!!!!Suke sangat makan ikan. Before ni kan tak berapa nak gemor. Sekarang ni tengok segala jenis adik beradik mee rasa cam nak muntah pon ada. Samala tengok ayam lagik2 yang belum masak tu rasa meloya. Nasik jugak jadi pilihan. Manala berat ni tak naik yerkkk!!!

2. Berat my princess udah 2.9kg. Alhamdullilah si kecik membesar dengan sihat yerk dalam tu.

3. Baby sudah engaged. My hasben kata kelakor perkataan engaged. Dia baru tau wujudnya perkataan engaged dalam dunia orang nak bersalin ni..Adeihhh..

4. Heart beat baby in normal range. 110 - 120. Kuat betul bunyi heart beat dia buat sy rasa terharu :)

My gynae cakap anytime je leh bersalin ni. Buat sy nebes jerk. Macam2 perasaan pon ada..Nebes memang ada..Excited, tak sabor pon ada. Kami sekarang doa2 our princess lahir 16/9 ..Leh jadi baby 1 Malaysia la kannn..Nanti bday dia mesti cuti :) ..Tapi tak kisah la asal baby selamat lahir (doakan yerk ).

Okla..till next chekup......

p/s: My parents nak datang Jumaat ni..yipeeeee..lagikla sy banyak makan nanti sebab my mom wajibla masak walau di mana saje sebab suaminya aka my ayah ngak suke makan diluar. Kalo makan kat luar pon balik2 carik nasik jugak..aiii sama lak perangan cam my hasben lol..

4 comments:

Peri PiA said...

Subhanallah,masa dah nak tiba.pia doakan semua nya selamat dan baik2..Amin

nurul huda jumri said...

semoge sme selamat weih..

Jard The Great said...

ingat dah beranak. hehehe

PurPLe LaDy AiFA said...

dah beranak dh zati.. mmg pantang betol2 ni smpi xde kabar brita.. huhu