Friday, May 31, 2013

30 sudah??

Assalamualaikum. Arini baru nak citer pasal bday celebration padahal my bday itu adalah pada 20 May. Biasala sekarang zaman pemalas nak blogging.

Okayla..dimulakan dengan celebration kat office. Kengkawan office plan makan2 kat yosanabe. Steamboat. I follw ajer..

Sume dapat stove sorang sebijik

Ini personal set punya..
Makanan dia so-so sahaja for me & rasanya tak mao la pegi lagi kot. Hehe. Biasala I ni cerewet sikit nak bagi gred A kat kedai makan. I still prefer Johnny Steamboat sebab sukakan sambal cicah dia yang sodap.

Lepas tu sambung lak cut cut cake kat break area.

Actually sambutan ni untuk 2 orang sekali..hehe..p/s; I paling muda..erkk..motip?
Tq la kengkawan opisku walaupun masuk sini tak sampai setahun pownn lagik kan.


Lepastu balik keje sambut with my small familia je. Tahun ni sangat simple je. Pergi makan2 je. Kat Bread History. Dokla pikir nak makan mana. Last2 try situ je la sebab tak pernah makan.

Cake comel je 1 slice for me. Yang makan pon I ngan Sofea je
 
My small familia.. :)

Sofea pasta lover..

Happy bday to me sweet 13..erkk

dah kata Sofea pasta lover..haha

Ok stop daddy..pia nak makan..No Camera ok!!!

Alhamdullilah. Usia 30 tahun mampu lihat dunia lagi. Semoga Allah panjangkan umurku supaya dapat jaga anak2 pengarang jantung hati :) .

Hadiah? pospon katanya...hahahaha..takpela pospon pon pospon laaaaaaaaaa.. :p

Thursday, May 30, 2013

Pergi tak Kembali

Assalamualaikum..

Baru baca blog aku bukan bidadari aty  , ibunda beliau baru pergi meninggalkan dunia. Alfatihah dan salam takziah. Semoga aty tabah.

......................................

Baca sume tu buatkan aku teringatkan arwah adik. Tahun ni masuk tahun ke 3 arwah adik tinggalkan kami. Tak lama lagi nak pose. Pastu raya. Tiap tahun raya bila dah kehilangan orang tersayang memang tak akan pernah sama.

Semoga Allah S.W.T cucuri rahmat pada arwah ibu aty..& pada arwah adik juga...
 

Monday, May 27, 2013

20 Weeks :) ..BLUE BLUE BLUE!!

Assalamualaikum..

Alhamdullillah, baby dalam pewut ni dah berusia 20 weeks. 20 weeks more to go.

Last Saturday saya pergi checkup for 20 weeks. Dah makin selesa dengan my gynae. Insyaallah akan bersalin kat situ with my gynae. Kali ni gynae tak sama dengan time lahirkan Sofea dulu :) .

Perkembangan baby alhamdullilah, sihat. Aktif bergerak sebab selalunya sebelum pergi chekup, breakfast dengan jayanya dulu. Berat, panjang sume normal.

Paling excited kami nak tengok adalah gender baby. Alhamdullilah dah nampak jelas. BOY :) . Papa budak paling excited sebab dia memang berdoa untuk dapat baby boy. Nak kawan untuk buat collection gundam/transformer/whatsoever menan yang ntahpape tu yang saya tak kasi beli sebab membazir. Now, bolela kan sebab dah ada reason... kununnya.

Mama budak pulak dah naik berat 1kg lagi. Now 53kg. Agak sikit naik compare dengan Sofea. Kalo time Sofea dulu, 20 weeks saya dah 54/55kg!! Asked my gynae, dia kata normal anak ke 2 akan naik kurang daripada anak pertama. Macam saya dulu total weight naik 10kg, maybe anak ke 2 ni total weight akan naik 8kg...Ohhh..bagusla kalo gitu, takdela pening sangat nak turun berat. Selalunya after baby keluar 5kg akan otomatik hilang begitu saje. Jadinya tinggal sikit lagi berat untuk diturunkan. Bagus2 hehe :).

Gambar baby tertinggal kat umah. Nanti esok I kongsi2 yerk!!!

p/s: Harini pose. Pose ganti..ada 5 days lagi. Adakah mampu bertahan arini. Semoga Allah mudahkan..Amin..

Tuesday, May 21, 2013

Iron Man 3 + Ayu Mee Udang Teluk Kumbar

Assalamualaikum. Citer adalah last weekend.

Friday saya sms my en asben... "Jom Iron Man 3" ..Hasben reply " esok.." ..
Ermm okay. Saya just memain je kot. Camana nak tengok wayang dengan si budak Sofea yang belum pon masuk 2 tahun tu. Yang memang akan boring cepat. Pastu kalo mood dia time tu tak bagus abihla kompem bergegar satu panggung.

Saturday, kami positifkan diri. Siap2 pegi qBay terus beli tiket. Baru je jalan sikit Sofea dah tertidur time papa dia dukung. Lunch dulu, solat zuhur pastu terus masuk cinema..Citer start 2.30pm. Asben dah cakap siap2 kena prepare mental & kena sedia nak keluar anytime & mungkin tak dapat tengok movie sampai abih!!!! Haha..Saya lak cakap, sedia la kena kutuk ngan orang sebab pi bawak budak 1 tahun 8 bulan tengok IRON MAN!!! Haha lagik!

Sofea memula tido, iklan2 segala, baru nak start terus dia bangun. Aiyak dah berdebar takut dia meraung. Dalam tu kan golap. Sib la cik mek tu tak takot gelap. Senyap je dia. Papa dia kasi upah popcorn. Senyap la dia sambil tengok iron man yang dia tak paham langsung tu & kunyah pop corn macam orang besar tengah tengok movie. Kelakar pon ada. Sampai la 1 jam 1/2. Dia nampak orang dok lalu pegi toilet. Mulala otak bijak dia tu pikir gaknya "rupanya leh kuar dari tempat ni!" . Terus dia nak turun dari pangku & naik tangga ke atas. Mama dia ni kenala ngekor sekali. Punyala suka dia dapat kuar & jalan dengan bebasnya. Mainla dia one, two, three lariiiii..Letih mama mengejar. Haha...Papa dia..syokla depat tengok sampai abih!!! Sofea biasala..want mama jerk katanya..ermm..

.............altamat citer tengok wayang..maybe kalo citer yg 1 jam 1/2 leh la consider nak tengok ber 3..more than that, tengok dvd je la yerk!!! .................

Lepas tengok wayang kami keluar..nak cari mee udang ayu kat teluk kumbar..my kakak kat opis la ni dok sajes dengan fw gambar yang menggiurkan. Hari Jumaat saya dah google map siap2 ( I lap google map!) . Walaupon leh guna papago tapi kita takleh bergantung ngan papago 100% wokeyh lagi2 tempat yang tak pernah pergi. So, saya memang suka google map dulu & apal jalan hehe. Alhamdullilah leh sampai & tak sesat & tak perlu guna papago! (Teluk kumbar je kot..hoho).

Taraaa sampai
Malangnya lepas gambar Sofea nan satu sebagai bukti dah sampai ni battery hp adalah kong!!!Langsung takleh amik gambar udang.

Review dari saya mee udang ini adalah sikit menghampakan dari segi kuantiti. RM13 3 ketul udang je. Tapi besar & fresh. Oleh sebab saya dah pernah makan mee udang juru, sg dua, kuala sepetang, taiping dengan udang yang melimpah ruah, jadinya saya adalah agak tak berapa nak beria sangat perasaan bila nampak udang 3 ketul. Rasa cam tak makan mee udang!!!Hoho. My hasben order nasi goreng udang..rm13 jugak & udang 3 ketul..Ermm..agak macam tak berapa berbaloi. Rasa mee udang itu adalah not bad tapi takdela mabeles or kebabom sangat. Okla maybe saya ni memang agak cerewet bila nak kata makanan itu sedap. High taste mungkin ..haha..

Tapi yang pastinya Jalan2 cari makan pernah jejak kaki kat situ...yooo!!!

Lepas ni maybe takde kot nak gi makan kat situ lain. Maybe saya nak try kedai2 kat sebelah dia tu. Banyak gak kedai mee udang yang lain....

kla..sampai sini dlu..nanti citer pasal my bday pulak yerk!!!taaa

Monday, May 20, 2013

Happy Bday to ME!!!!

Assalamualaikum...

Arini 20 May genapla umur saya 13 tahun..eh eh silap 30 tahun hoho. Perasaan bila masuk 30 tahun..aduhai rasa "matang" yang amat la sangat kan. 

Syukur Alhamdullilah..di usia ni Allah S.W.T sudah bagi saya segalanya yang saya impikan. Suami yang baik, anak yg comel & anak yg bakal lahir..keluarga yang baik..keluarga mertua yang baik..kerjaya yang stabil (walaupon tatau stabil sampai bila hehe). Takde apa lagi yang bole saya minta...Cuma saya sentiasa berdoa semoga dipanjangkan umur, diberikan tenaga supaya saya dapat menjaga, mendidik anak2 saya..Jaga makan minum suami & anak saya...Pastikan keluarga saya sihat sentiasa. Saya jugak selalu berdoa supaya orang2 yang saya sayang dipanjangkan umur sebab perasaaan kehilangan seorang adik memang tak dapat digambarkan. Semoga Allah S.W.T berkati hidup kami..

Saya dah takde wish lain selain tu ( selain drp nak gelang emas, jam tangan, handbag, kasut, seluar...erkkk).

p/s: apa kisah seorang perempuan takleh naik flight dengan anaknya kat vietnam? Pengajaran for me untuk amik travel insurance kalo travel oversea (selalunya saya mesti tak amik sebab nak jimat..hoho). Lagi satu pengajaran pastikan ada extra cash walaupun dah kat airport nak balik dah. Lagik satu pastikan tau rules & conditiom dengan lebih jelas. Nak salahkan pekerja AA pon takleh la jugok..ye dop..