Friday, March 29, 2013

Muney kawen!!! plus mini Reunion

Assalamualaikum..

Musim cuti skool biasala mesti ada orang kawen kan. My friend pon samala kawen last week. Majlis kat Kelab Bandar Laguna,Sungai Petani. Tempat cantik. Outdoor gitu I loike.
Tema pink kaler..Sofea tu mood dia tak bagus huhu


Pelamin..cantik!!

Ni dalam kedai runcit. Main ngn anak tuan kedai. Sofea adalah suka lepak sini sebab ada econ.

Sofea agak tak berapa sporting sangat sebab cuaca yang agak panas. Kulit omputeh betul budak ni. Panas sikit abih leher dia naik ruam merah. Ngamuk sesaja. Bawak masuk dalam kedai runcit ada econ ceria balik. Memang agak omputeh budak ni, taknak panas, suka makanan western..walaupon hidung tak berapa nak mancung..heee :p

With pengantin...Selamat pengantin baru muney&ajim (baju gojez sangat!!)
After majlis, dalam pukul 3 gerak pergi rumah nonie. Plan nak jumpa kat ctu since Iza pon turun SP. Iffa dok Penang jugak. Rumah nonie kat Sungai Petani so kumpul kat ctu saje.
 Geng Unimas!!! Me, Iffa, Iza & Nonie.. Haha..Since graduate 2006 ni la kami dapat kumpul berempat hoho. Dah jadi mak budak pon...Seronok dapat jumpa *love love*
Lepas tu lagi sekali Sofea adalah mengamuk. Sofea ni macam tak berapa suka ngan orang yang dia tak kenal reramai. Padahal dok nursery!!lol.. Memula elok je main ngan anak2 durang yang lain. Lepas tu dah lama sangat kot..dah limit dia..Maybe kalo reti cakap dia akan ckp.."dahla mama jomla balik pi pi dah letih" ...hehe

630pm gitu kami bertolak balik. Sofea adalah terus ketiduran sampai esok pagi. Memang letih budak ni kesian..

p/s: Muney..Selamat Pengantin Baru bahagia selalu sampai akhir hayat..amin :)

Thursday, March 28, 2013

Vitamin/Makanan tambahan for pregnant lady

Assalamualaikum. Orang pregnant al sedia maklumla semua khasiat2 dapat kat baby dulu. Jadi pemakanan yang sihat memang penting sangatla kan. Kalo agak2 tak dapat nak makan makanan berkhasiat sangat, at least amik vitamin.

Aku pregnant kali ni sangatla pemalas nak amik segala macam obat oh obatt. Asid folic tu bole skip2..huwaa tak bole tau patut makan hari2. Kengkadang lupa. Teruk tul la. Kalau anak 1st kemain lagi kan jaga. Sebulan 1 pack susu anlene wajib abis..Ni dah masuk 3 mths 1 pack je baru abis. Lol. Kali ni pregnant memang MALAS yang amat..hoho. Salah sendiri. Lagipun baby ni alahan dia xleh makan makanan yang tak berkhasiat/berlemak. Santan2 nak muntah, ayam tak mao (ikan je lalu sikit), pedas2 tak mao. Masam oo big NO. Haha..bagus jugakla kan.

Aku baru je order ESP. Setelah rasa insaf sejenak. Sian baby dalam perut. Berat mama dia pon tak naik2. Aduhai risau ni. Dah nak pegi checkup dah. Timbang kat umah hari2 langsung tak naik. Tak lepas angka 50kg lagi..huwaaa..sobsob. Order ESP sebab terpengaruh ngn anis. Minta tlg dia belikan..tenkiu anis :). 
Taraaa.. Tak sampai lagi pon ni gamba copy paste dlm tenet je haha. Insyaallah esok sampai kot sebab semalam anis dah pos. Kali ni bertekad nak minum hari2 (Ohh bestnya kalo ada tea lady tukang buat air tu). Tengok pemalas kan. Ok2 kali ni kena tekadkan diri demi baby :) .

Nanti aku citer lepas minum ni apa perasaan & perubahan pulok yerkk.

Monday, March 18, 2013

18 months Sofea

Assalamualaikum..

Alhamdullillah cek mek saya sudah 18 months!!!Tengok anak membesar depan mata macam magic jugak rasa kengkadang. Bila tengok baby yang baru lahir dulu, alahai keciknya rasa cam tak percaya Sofea penah sekecik camtu (walaupon sekarang berat pon atas border hoho).

Apa yang dia pandai(soklan stendet), sama la kot macam yang aku dah citer before ni. Tapi ada satu perangai latest dia, suka meneman walaupon nak main kat sebelah je!!Orang tengah baring ni contohnya dia nak pegi kat sebelah je almari, dia nak mintak pimpin tangan dia pastu ngekor dia pegi. Padahal before ni bole je sesuka hati dia nak jalan2 mana2 sampai kita pulak yang tak leh lepas pandang. Maybe tu campur perangai dia nak dapat adik kot. Makin manjo. Takpela sian pulak dia. Mak mertua dah cakap kena manjakan dia betul2 sebab dia kecik lagi nak dapat adik. hehe..baikla mama..

Ini tarian ballet papa ajar sebab nak soh anak dara elegent sket katanya
Makan sendiri tapi sekerat biasala jatuh atas baju

Berat dia atas border..gulp. Aii tatau la nak bagi makan apa dah. Makan banyak dah, tapi berat takmao nak naik banyak..Acaner tu. 18 bulan. 7.4kg adoii. Tinggi standard naik normal. 75cm kot sekarang. Nurse nasib bebaik sume, kalo idak mesti kitorg dah kene bebel kan!! Tapi tengok perkembangan dia ok je. Errmm..takpela asalkan Sofea sihat walafiat dah syukur (Tapi nak jugak naikkan berat dia hoho). Sofea suka makan macaroni&cheese..maybe kena bagi dia makan cheese bebanyak kot.hoho. Kang bagi makanan berlemak sangat, tinggi kolestrol pulok. Oh tidak2. haha..ngado kan.

Tadi kena jab ohmai menangis time kena pegang. 3 orang kena pegang..papa dia & nurse 2 orang. Nurse tak kasi aku pegang sebab pregnant. Tatau la nape maybe takut tercucuk ibu mengadung. Yeke hehe. Balik terus upah milk choc dutch lady ngn roti choc gardenia. Al kisah tak bawak botol susu kan. Anak tu tengah lapar, kena cucuk pulak. Mengamuk la dia.

papa cuba memujuk..tunggu giliran nak kena inject..

Sekian kisah Sofea 18 bulan. Nanti 2 tahun kita amik ubat alcacing fulak yerkk. Semoga Sofea membesar dengan sihat & jadi anak yang solehah..amin :)

Wednesday, March 13, 2013

Wean off story lagik!!

Assalamualaikum..

Nak masuk 3 minggu dah train Sofea supaya lupakan susu mama dia..hehe.Kesian budak itu tapi nak buat camana dapat mama yang tak berdaya nak kasi susu time pregnant ni. Habis kudrat dah sob sob :( .

Alhamdullilah nampak dah usaha kami berjaya. Diingatkan tanpa letak memacam kopi la belacan la bla bla bla. Kami buat slow2. Kalo memula dulu tidor malam dia takleh tdo dengan mama(kalo tak nak ngempeng je la), but now dah bole (yay!!). Sofea just mintak dipeluk je. Tido peluk dia jap je dia dah tido. Dengan syarat dia dah mengantuk la. Sofea ni paling lewat tido pon pukul 10. Paling best tido pukul 10, nanti subuh baru dia bangun. Dia bangun baru kami buatkan dia susu. Jadinya bila naik kete nak anta pegi nursery, dia dah kenyang. Kalo dulu, dia terbangun je mesti gagau cari nenen. Maybe sebab dia dah makin membesar kot so takdela tersedar tengah malam. Kalo sedar pon dia akan tido sendiri balik.

Tapi sekarang masalah just lepas amik dari nursery. Mesti dia mintak2. Maybe time tu dia mengantuk & lapar. Nak kena soh cikgu2 dia buat susu siap2 kot. Tapi Sofea bila dah mengantuk sangat, jangan harap dia nak susu botol. Kita kena dodoi2 je la dia sampai dia tido (agak mencabar). Sekarang tido siang pulak lagi susah dari tdo malam!!!lol.

Memang tak senang nak lepaskan bfeed budak ni. Kena banyak bersabar. Tapi akhirnya berjaya jugak. Sofea tak banyak minum susu but kita ganti with benda2 makanan berkhasiat lain untuk calcium dia.

okla..takdela tips sangat nak bagi kat mak2 yang nak fully wean off. Just kena banyak bersabar, suami kena banyak membantu, hati kena kental dan mental :p .

Okayla sampai sini dlu...byebye

Thursday, March 7, 2013

Nur Sofea Eiryna

Assalamualaikum..
Nak citer pasal budak ni pulok asyik citer pasal mama dia je...

ni gambar lama haha
Budak yang bakal jadi kakak ni almost 18 months. Pejam celik je dah membesar dengan jayanya (walaupun kecik2 je dia hehe). Dah pandai main bola sepak dah pon. Siap buat kuda2 lagi before tendang (bapak ajar).

Sofea sangat baik sekarang ni. Maybe dia tau dia nak dapat adik n mama dia sakit. Tido malam dah tak ngempeng dah. Tapi papa dia kena tidokan la. Nanti lama2 baru leh mama tidokan kot. Dia minum susu dalam botol, main2 ngan papa dia pastu golek2 tido. Perkembangan paling best dah 5 hari dia tak tersedar tengah malam. Walaupun dia tido paling lewat pon kul 10pm. Kalo dengan mama dia pukul 8pm dia dah tido hee. Bangun2 subuh buat susu. Memang sangat good girl :). Tapi sekarang ni bangun2 dia nak cari papa dulu. sob sob. Dah makin rapat dengan papa pulak sebab apa2 pon papa je yang tolong buatkan :) . Takpela, bagus train awal2 before baby keluar. Nanti kang dua2 nak melekap mama dia jugak yang fenin kan kan...Tapi kalo merajuk dengan papa, mama dia jugak yang dia carik!!!lol

Rambut macam tu la jugak kan. Still ada lagi yang konpius Sofea ni laki ke pompuan..lol. Makan tu cam biasa la..MEMILIH!!!! Aduhai yang ni memang ikut papa sebab mama dia ni kategori sume benda pon leh makan. Kengkadang ikut mood jugak. Ada time dia makan banyak, ada time langsung taknak makan. Kalo dipaksa meraung cam kena pukul. Pening jugakler kengkadang. Kasi makan manis2 tu tak payah sua dia rampas dulu. Tambah2 sekarang ni mama dia takleh nak masuk dapur langsung..Kesian anak..huhu.

Ilmu yang tatau dia belajar dari mana, kalo dia geram sangat dia mengGIGIT!!!! mama dia tak penah kena, tapi budak satu skool ngan dia dah kena..papa dia pon penah kena haha. Budak ni tak friendly la kalo dengan orang yang dia tak kenal. Tapi kalo ngan mama& papa dia, punyala banyak cakap. Kita buat2 paham je la apa dia citer. Sifat2 gegirl tu memang ada..hehe..okla tu.. Dah pandai bezakan perkataan adik dengan kakak. Kalau dulu sume bebudak dia panggil kakak tak kira la dak kecik besar laki pompuan.

Dah pandai menabung!!!haaa penting kot haha. Asal jumpa syiling dia masuk dalam tabung. Bagus asal jangan masuk mulut sudah kan..hehe..

Okla kot..takat tu je la dulu..Nanti kita citer2 lagi..daa

Monday, March 4, 2013

8 weeks checkup

Hi..update lagi hehe biasala takde keje.

Sabtu lepas pegi checkup. Baby 8 weeks 2 days..Dah dapat EDD..101013. cantik tak no hehe. Heartbeat baby ok. Subhanallah baby sekecik tu jantung sekecik tu kita leh dengar bunyi dia.

Size dia 2.4cm kot tak ingat. Berat saya lak 49kg amik berat time nak dara. Lepas kawen & ada   anak berat tak pernah cecah bawah 50kg. Lepas  bersalin sofea punyala susah nak turun 3 kg lagi. Berat asal me 50kg. Sekalu baru pegnen 8 weeks terus turun. Minta2 lepas ni naik la. Kalo tak preggy maybe gembira la kan berat turun banyak tu.

Gigi still sakit lagi(camano nak makan!!) Just banyak minum susu je. Kalo aku doc gigi memang dah cabut sendiri huhu. Gynae bagi MC 3 hari yay. Sangat2 perlukan MC now.

okla nanti citer 12 weeks checkup pulak..semoga baby sihat walaupon mama dia tak berapa sihat..amin

long rest..busan..wean off drama

assalamualaikum..ye saya tengah cuti lagi. sume sebab sakit gigi n alahan teruk. my gynae siap tanya nak cuti bape hari (nyesal lak tak cakap seminggu). gynae bagi 3 days rehat kat rumah. kalau pegi keje bukan leh buat apa pon..mesti dapat bertahan half day je. lagipun project dah tapeout. tak rasa bersalah sangat.

keje kat umah ni adalah baring sampai naik busan. keje umah langsung tak sentuh sebab takde
perasaan. bole gitu. punyala pemalas preggy kali ni. salahkan hormon hee.

citer pasal wean off sofea..alhamdullilah bolela dikatakan 80% dah berjaya. caranya memang tak mmudah, penuh drama. memula dulu sofea nangis, mama dia ikut sekali nangis. ada sekali time dalam kete time tu demi Allah rasa nak pitam sebab lewat balik keje. amik sofea dia nak susu pulak. saya tak dapat bagi. dua2 meraung dalam kete.

mula2 kitorang buat, papa dia akan bagi susu & mama dia terpaksa lari ke mana2.. kalo dia nangis kena pujuk2. lama2 mama dia yang bagi pon dia leh minum. kalo memalam memang takleh tido sekali. papa dia kena tdokan kat luar. sampai bila? ntahla biarla masa yg tentukan. sekarang ni cuma time dia betul2 mengantuk je dia cari nenen mama. kalo tengok susah sangat dia nak tdo, saya sua jugak but after dia minum susu from bottle. kaedah sapu itu ini memang saya tak buat :). sebenarnya yg paling saya rasa bertuah sebab ada bantuan hasben. kalo tak, memanh misi susah nak berjaya. saya salute ibu2 yang masih menyusu walaupun tengah preggy. terus terang saya tak mampu. nak berdiri lama pon tak mampu ni hehe

okla takat ni dulu..nak sambung rehat walaupun memang tengah baring ni heee..daa

Friday, March 1, 2013

Gigi Bongsu!!!

Assalamualaikum. Hari ni menulis dengan muka yang agak senget. hoho semuanya sebab muka bengkak akibat nak tumbuh gigi bongsu yang tak abis2. Bertahun2 pon tak abis!!!!

Kali ni memang tak bole nak tahan sebab alahan teruk. Alahan teruk, kena makan tapi nak makan tak bole sebab gigi sakit, camana tu???

Semalam MC sebab memang satu malam tak leh nak tido. Hajat nak jumpa doc & soh dok cabut sume sekali. Kena bedah pon kena bedah la sebab dah tak tahan sakit. Tapi hampa...doc kata orang pegnen takleh cabut gigi huhu. Doc just bagi ubat kumur. Seharian ketiduran semalam.

Berat sekarang macam dah turun. Timbang sendiri. Esok checkup takott nak timbang huhu. Apa pon takleh makan. Sampai muntah pon keluar air je.

Dugaan sungguh. Hope cepat2 la hilang sakit gigi ni. Nak buat apa pon tak ble huhu