Wednesday, June 26, 2013

My 19 months old baby girl...Baby lagi ke..ehh

Assalamualaikum. Meh citer pasal budak ni pulak la. Lagi 3 bulan umur 2 years woo pejam celik mata!! Perkembangan dia rasanya normal la kot. Citer2 nak soh anak tau membaca masa umur 2 tahun terpaksa dilupakan sebab papa dia takde pon nak ajar..ehh. Iye tu target papa dia. Mama dia ni adalah tak nak benda2 ni dibuat cepat sangat. Biar dia membesar ikut umur dia. For me umur 2 tahun adalah masa untuk main main main main MAIN!!! Ye, ada jugak la belikan dia buku anakku sayang tapi rasa cam sian pulak nak pressure...haha.

Sekarang guna pendekatan main & belajar. Bila dia main sebenarnya tu la masa dia belajar. Oitt baru 2 tahun nak citer pasal belajar stress la pulok..hehe..

Sofea yang dikenali cek mek murai kat school makin lama makin banyak ayat dia pandai sebut & leh difahami (ke makpak dia je paham..haha). Orang yang dia kenal je dia jadi murai, ngan tak kenal menikus hehe. Kami sedang pikirkan nak kasi dia konpiden lebih sikit tapi tatau lagi camana. Mungkin dia ikut perangai I yang pemalu..errrrr...She also dah faham apa kami cakap walaupon ayat kami panjang lebar. Boleh diharap jugak untuk amik barang2 sebab mama dia pemalas nak bangun pegi amik barang..errrr

Paling best sekarang adalah suka menyanyi & menari. Pandai ikut gerak2 kat tivi tu. Hi-5 salah satu yang dia suka. Maybe sebab ada ramai bebudak menari.

Paling kelakar kalo tgk upin ipin. Dah pandai request nak tgk upin ipin..ermm

Makan adalah tetap memilih jugak. Kengkadang ikut mood. Sebab tu badan pon menten selim..hehe :p ..

Ball of coz la paling dia suka..selain car..ehh napa sume menan lelaki..ermm
See..Berjalan pon nak bawa..Mata tu jadi camtu sebab dia kunun2 nak senyum tapi cam terover sampai tutup mata..lol

My cotton on model. Mak minat cotton on anak pon kena paksa pakai cotton on..lalalala
Pencinta haiwan kecuali lipas...akutttt dia kata bila tengok lipas..lerr
Cak..awet muda tak saya. Ada orang kata saya masih BABY!!!
Dengan mama saya
Okayla..takat ni dulu. Nanti update lagi okey..tata.. :)

Tuesday, June 18, 2013

Choc Cake 2 min siap

Assalamualaikum,

Pregnant kali ni I suka makan benda2 manis. Aiyoyo ini adalah tak bagus untuk kesihatan. Tapi nak buat camana mulut ni memang nak makan yang manis. Rajin pulak nak buat dessert bagai. Aritu buat puding truffle konon tapi agak tak jadi so malas nak share di sini.

Weken lepas lak I teringin nak buat cake. Tapi I is takdok oven. Microwave je ada hadiah kawen. Selalunya guna untuk reheat je or defrost. Akibat nak jugak buat cake, I google la cari resepi buat cake guna microwave...

Jumpa la beberapa resepi. So, I combine je la rasa mana yang senang. Sorry itu sume blog2 yang di gugel sudah tak ingat. Di jemput google sendiri yerkk..hoho.

Ampunkan budok tak pakai baju ni. Tak larat ligan soh pakai baju huhu.


Meh nak share resepi sikit (oh memang sikit bahan dia macam pic di atas tu):

1. 1 biji telur
2. 4 sudu gula
3. 3 sudu tepung naik sendiri
4. 3 sudu fresh milk ( I put sesedap ati supaya tak keras)
5. 3 sudu nutella yang super yummy itu nyummm
5. 3 sudu serbuk koko
6. 3 sudu minyak jagung

Cara:

1. pukulkan telur & gula supaya gula tu larut
2. Campurkan sume bahan
3. pastikan tahan cair tu agak meleleh sikit. jangan keras2 nanti keras kejung lak bila siap hoho.
4. Masuk dalam microwave for 2 min

Siappp..leh makan. Sedap dimakan dengan coklat cair or ice cream or apa saje or makan begitu saja.
Jangan gelak. Ni je cawan yang leh tahan microwave. Pasni nak cari mangkuk khas..hehe..macam mushroom my adik said..lol
Cawan pertama agak keras sebenarnya sebab me masak for 4 min & campuran tak cair sangat. Next me tambah fresh mil & masuk microwave for 2 min only!!! Memang lembut jerk. Sukatan tu cukup untuk 3 cawan je macam gambar kat atas.

Yang penting Sofea suka makan nyum nyum. My suami? Dia tak minat kek. Makan separuh je (nak amik hati kot..haha). Ataupon dia makan sebab I buat surprise father's day. 

My hasben pegi keje. I letak kad buat sendiri & kek ni 2 ketul atas meja tutup tudung saji. Gambar adalah tak sempat nak snap...lol...Sorryla en hasben takde sambutan best2 pon..sape soh pegi keje..hoho..

Okayla..selamat mencuba k...

p/s: pasni nak cuba buat perasa lain lak..bosan gak choc je kan..

Tuesday, June 11, 2013

Pregnancy: Beza Mengandung anak lelaki & perempuan

Assalamualaikum.

Alhamdullilah. Kandungan saya dah masuk 23 weeks. Orang kata dah separuh jalan.

Kali ni saya just nak share pengalaman mengandungkan baby girl & boy. Perbezaan dia amatla ketara. Saya share ikut pengalaman sendiri la yerk harap leh dijadikan panduan:

Baby girl:
1. Tak minat makan seafood. Ayam je ok
2. Alahan lagi teruk dan lama sikit
3. Tak leh makan nasi. Selera western haha..
4. Perut lebih ringan. 8 bulan baru rasa berat sikit

Baby Boy:
1. Suka makan seafood. Ayam adalah sangat meloyakan
2. Alahan sederhana & cepat abis
3. Boleh makan nasi. Selera melayu
4. Perut adalah berat walaupon baru nak masuk 6 months. Berat tulang kottttt
5. Pemalas yang amat
6. Cepat letih
7. Baby lebih aktif tendang sana sini
8. Sakit gigi wooo. Memang betul la tu baby boy amik lagi banyak calcium.

Okayla tu je la kot perbezaan yang ketara yang saya boleh rasa. Memang sangat berbeza la. Kita boleh rasa sendiri. :)

Thursday, June 6, 2013

Laksa Sarawak Version saya!

Assalamualaikum.

Tetiba citer pasal makanan pulak kan. Sorry la sesapa yang puasa hari ni. Saya arini pose sampai pukul 11 pagi je..huhu.Apadaaa.

Berbalik pada resepi kita (cewahh). Beberapa hari lepas saya teringin makan makanan Sarawak. Biasala kalo mengandung ni bila teringin tu kalau bole nak kena dapatkan jugak la. Saya teringin laksa sarawak, mee kolok..Dulu saya belajar kat Sarawak 4 tahon, sebab tu la ada perasaan nak makan makanan Sarawak. Zaman sekarang ni kalo teringin mesti ngengada nak shout dekat twitter laa..fb laa (I ler tu) . Shout2 tu ada la sorang membe ni kat Sarawak ni baik hati nak tolong pos pes laksa sarawak. Kalo nak pos laksa sarawak yang dah siap kang tengah laut dah basi :p . Saya memangla ada kengkawan kat Sarawak nun tapi tak terpikir pulak nak mintak tolong durang pos. Apada..Sebelum2 ni saya pernah buat sendiri laksa sarawak. Rasa cam kat kedai..Erkkk. Bole tak nak puji diri sendiri sekali sekala. haha.

ni la pes my fren pos..tq khay. kalo nak sedap yang hj manan & liza durang kata tp apa2 pon cam sama je rasa dia I buat..hee

Okeyla mehla saya share sket saya punya version. Kalo tengok resepi kat packet tu simple je, tapi saya tambah2 jugakla sesuka hati sesedap rasa. 

Baikla meh saya share bahan2 dulu:

1. Pes laksa Sarawak (kalau rajin silala kisar buat sendiri, I tak rajin aka malas..hoho..)
2. Udang sesuka hati bape ekor
3. Ayam sesuka hati bape ketul
4. Serai
5. Bawang merah, bawang putih untuk menumis
6. Telur
7. Santan
8. meehon
9. taugeh

*Saya selalu masak tak sukat2, ikut sesedap rasa sahaja

Cara buat
1. Memula buat air stok dulu. Rebus ayam & udang sekali. 
2. Dalam periuk, tumis bawang merah+putih & pes sekali
3. Campak air stok tadi, letak serai ketuk biarla masak reneh lama sikit 15-20 min
4. Letak santan
5. Jangan lupa letak garam
6. Biarla mereneh supaya santan masak.

Cara makan
1. Letak mihun yang dah dicelur supaya tak keras macam batu dalam pinggan cantik2
2. Letak ayam rebus tadi. Sila racik2 kan ayam tu yerk nanti tercekik dan tak cantik!!
3. Letakkan udang rebus tadi beberapa ketul yang anda suka
4. Letak taugeh (tambah ketumbar pon bole kalo suka..I tak suka)
5. Letak telur yang dah digoreng, pastu angkat gulung hiris nipis2. Telur rebus pon bole.
6. Letak sambal belacan sikit (yang ni pepandai la buat yerk)
7. Letak kuah
8. Makan
Taraaa..Sila abaikan kecomotan pinggan. perah limau sikit baru terangkat.

Senang kan!!!Hehehe. Banyak gila saya makan. Akhirnya tercapai jugak tekak yang teringin nak makan laksa sarawak. Rasa tetap macam rasa kat kedai..Erkkkkkk. :p

Sofea punya version takde kuah. Sungguhla tak ikut mama, tak makan pedas ini budak!!

Wednesday, June 5, 2013

Bukit Merah

Assalamualaikum..

I takdok keje dah 2 hari..hoho. Best tu memang la best takde keje. Tapi penat nak berlakon bizi bila boss lalu. Errr..haha.
.............................

Last weekend cuti 3 hari. Sebab cuti agong hari Sabtu. Isnin replacement. Last minute plan nak ke Bukit Merah. Kita balik ari je la sebab katanya last minute kan.

Walaupon last minute plan sempat pulak masak bekal. My hasben masak nasi lemak yang memang kepakaran dia. Nasi dia masak kompem cun je. Kalo saya masak aiyak kompem lembek la, tak masak la. Masih lagi fail nak masak nasi lemak. Saya masak fettuccine (eh betulke eja) untuk cek mek Sofea yang berselera Italy tu kan.

Pukul 10 gitu jugak baru nak gerak dari rumah. Dari rumah ke Bukit Merah ni takdela jauh sangat 40-50km je kot. Kul 11 dah sampai. Fenuh sudah kete. Sampai2 beli tiket dulu. RM46 untuk waterpark+ecopark. 90cm ke bawah FREE jadi Sofea adalah masuk FREE :p.

Kami berjaya pulak seludup masuk nasi lemak+fettuccine tu walaupon bag kena geledah!! Caranya kat atas letak barang2 Sofea, towel, botol susu, botol air panas. Lepas tu pegang kopok super ring yang tinggal ciput je pon sambil mengunyah. Time orang tu tengah nak geledah bag my hasben tetiba tanya " ni jajan ni leh bawa masuk tak..tinggal sikit je ni" ..terus orang tu kata..bolela pastu buang ye. Terus dia stop geledah bag & kasi masuk. Heee...taktik berjaya!!!!

Ready...opss abaikan perut sofea yang tak selim..kantoi nenek nampak

Sofea adalah super duper suka air. Jadi memang seronok sangat. Memang kali ni tujuan adalah untuk kasi Sofea main & happy2 je. Mama & papa ni takpela dulu time bujang dah merasa terjun tiruk boomerang segala tu. Jom layans gambo.


Sampai sudah...

Mana satu nak try dulu ni!

Memula naik ngan papa dulu. Pastu sdn bhd!!

Salah direction la anakku

yooooooo

Hyee..senyum sikit bole dok??

Happynyaaa
Pukul 1230 camtu kita stop makan bekal dulu. Carik port best bawah pokok atas rumput. Letak newspaper. Haha. Ada kami kisah asalkan dapat makan nasi lemak+fettuccine homemade :p

Lepas tu sambung mandi lagik! Kul 230pm baru kita stop. Kalo Sofea dah besar sikit, mesti dia tak kasi balik punya.

Siap2 salin baju segala & solat & bagi Sofea susu. Sanggup tu tak tido. Patut kul 12 dia tido.

Baby room. Siap ada baby cot kat sini. Bagus2.
Dah siap2 sume, sambung makan bekal lagi yang belen. Kita takleh membazir :p .

Lepas tu baru pegi masuk ecopark. Sofea adalah suka binatang. Air+binatang. Dua2 Sofea suka. So, kali ni kira trip untuk Sofea mama pilih waterpark+ecopark.

Excited tau budak ni.

Jomla posing sikit. Perut Aiii dah muncit.

Tunggu animal show pukul 430pm.

Sofea ni dah ngantuk tapi ditahan jugak mata tu.

Clap clap clap. Sofea sangat suka!

Feeding rabbit comel time

Animal lovers yang tak takut langsung. Mama yang takut rabbit gigit. hehe

Kambing pon dia nak peluk..hoooo
Dalam 530pm kami dah keluar. Solat Asar dulu. Silala solat kat surau yang kat luar. yang sebelah restarant dekat dengan laketown resort tu. Langsung takde orang & ada air cond lagik .Nyaman. Sempat baringkan diri jap sebab dah rasa cam lenguh sangat badan.

Lepas tu terus kami bertolak balik ke rumah. Before maghrib dah sampai...

Al tamat lah citer kali ni. Happy sebab Sofea happy :). Misi tercapai!