Tuesday, May 21, 2013

Iron Man 3 + Ayu Mee Udang Teluk Kumbar

Assalamualaikum. Citer adalah last weekend.

Friday saya sms my en asben... "Jom Iron Man 3" ..Hasben reply " esok.." ..
Ermm okay. Saya just memain je kot. Camana nak tengok wayang dengan si budak Sofea yang belum pon masuk 2 tahun tu. Yang memang akan boring cepat. Pastu kalo mood dia time tu tak bagus abihla kompem bergegar satu panggung.

Saturday, kami positifkan diri. Siap2 pegi qBay terus beli tiket. Baru je jalan sikit Sofea dah tertidur time papa dia dukung. Lunch dulu, solat zuhur pastu terus masuk cinema..Citer start 2.30pm. Asben dah cakap siap2 kena prepare mental & kena sedia nak keluar anytime & mungkin tak dapat tengok movie sampai abih!!!! Haha..Saya lak cakap, sedia la kena kutuk ngan orang sebab pi bawak budak 1 tahun 8 bulan tengok IRON MAN!!! Haha lagik!

Sofea memula tido, iklan2 segala, baru nak start terus dia bangun. Aiyak dah berdebar takut dia meraung. Dalam tu kan golap. Sib la cik mek tu tak takot gelap. Senyap je dia. Papa dia kasi upah popcorn. Senyap la dia sambil tengok iron man yang dia tak paham langsung tu & kunyah pop corn macam orang besar tengah tengok movie. Kelakar pon ada. Sampai la 1 jam 1/2. Dia nampak orang dok lalu pegi toilet. Mulala otak bijak dia tu pikir gaknya "rupanya leh kuar dari tempat ni!" . Terus dia nak turun dari pangku & naik tangga ke atas. Mama dia ni kenala ngekor sekali. Punyala suka dia dapat kuar & jalan dengan bebasnya. Mainla dia one, two, three lariiiii..Letih mama mengejar. Haha...Papa dia..syokla depat tengok sampai abih!!! Sofea biasala..want mama jerk katanya..ermm..

.............altamat citer tengok wayang..maybe kalo citer yg 1 jam 1/2 leh la consider nak tengok ber 3..more than that, tengok dvd je la yerk!!! .................

Lepas tengok wayang kami keluar..nak cari mee udang ayu kat teluk kumbar..my kakak kat opis la ni dok sajes dengan fw gambar yang menggiurkan. Hari Jumaat saya dah google map siap2 ( I lap google map!) . Walaupon leh guna papago tapi kita takleh bergantung ngan papago 100% wokeyh lagi2 tempat yang tak pernah pergi. So, saya memang suka google map dulu & apal jalan hehe. Alhamdullilah leh sampai & tak sesat & tak perlu guna papago! (Teluk kumbar je kot..hoho).

Taraaa sampai
Malangnya lepas gambar Sofea nan satu sebagai bukti dah sampai ni battery hp adalah kong!!!Langsung takleh amik gambar udang.

Review dari saya mee udang ini adalah sikit menghampakan dari segi kuantiti. RM13 3 ketul udang je. Tapi besar & fresh. Oleh sebab saya dah pernah makan mee udang juru, sg dua, kuala sepetang, taiping dengan udang yang melimpah ruah, jadinya saya adalah agak tak berapa nak beria sangat perasaan bila nampak udang 3 ketul. Rasa cam tak makan mee udang!!!Hoho. My hasben order nasi goreng udang..rm13 jugak & udang 3 ketul..Ermm..agak macam tak berapa berbaloi. Rasa mee udang itu adalah not bad tapi takdela mabeles or kebabom sangat. Okla maybe saya ni memang agak cerewet bila nak kata makanan itu sedap. High taste mungkin ..haha..

Tapi yang pastinya Jalan2 cari makan pernah jejak kaki kat situ...yooo!!!

Lepas ni maybe takde kot nak gi makan kat situ lain. Maybe saya nak try kedai2 kat sebelah dia tu. Banyak gak kedai mee udang yang lain....

kla..sampai sini dlu..nanti citer pasal my bday pulak yerk!!!taaa

Monday, May 20, 2013

Happy Bday to ME!!!!

Assalamualaikum...

Arini 20 May genapla umur saya 13 tahun..eh eh silap 30 tahun hoho. Perasaan bila masuk 30 tahun..aduhai rasa "matang" yang amat la sangat kan. 

Syukur Alhamdullilah..di usia ni Allah S.W.T sudah bagi saya segalanya yang saya impikan. Suami yang baik, anak yg comel & anak yg bakal lahir..keluarga yang baik..keluarga mertua yang baik..kerjaya yang stabil (walaupon tatau stabil sampai bila hehe). Takde apa lagi yang bole saya minta...Cuma saya sentiasa berdoa semoga dipanjangkan umur, diberikan tenaga supaya saya dapat menjaga, mendidik anak2 saya..Jaga makan minum suami & anak saya...Pastikan keluarga saya sihat sentiasa. Saya jugak selalu berdoa supaya orang2 yang saya sayang dipanjangkan umur sebab perasaaan kehilangan seorang adik memang tak dapat digambarkan. Semoga Allah S.W.T berkati hidup kami..

Saya dah takde wish lain selain tu ( selain drp nak gelang emas, jam tangan, handbag, kasut, seluar...erkkk).

p/s: apa kisah seorang perempuan takleh naik flight dengan anaknya kat vietnam? Pengajaran for me untuk amik travel insurance kalo travel oversea (selalunya saya mesti tak amik sebab nak jimat..hoho). Lagi satu pengajaran pastikan ada extra cash walaupun dah kat airport nak balik dah. Lagik satu pastikan tau rules & conditiom dengan lebih jelas. Nak salahkan pekerja AA pon takleh la jugok..ye dop..


Monday, April 29, 2013

16 weeks checkup

Alhamdullillah lepas trim pertama yang penuh dugaan. Walaupon mulut kelat2 juga kengkadang tapi at least dah bole makan.

Last Saturday pergi checkup. 16 weeks tapi kat monitor estimation dah 17 weeks. Kira 16 weeks je la kan senang.

Berat saya dah naik 2 kg. Alhamdullilah :) . Lega sebab before ni berat dah turun sampai 4kg. Sekarang masa untuk menaikkan berat tapi still terkawal. 2 kg sebulan adalah yang normal patutnya.

Berat baby pon ok. 1.17g..aduhai comel je kan. Alhamdullilah semua nampak okay. Semoga takde pape masalah sampai melahirkan. Amin..

Gender dah nampak tapi still tak confirm sebab tak clear sangat. Setakat ni doc just mention BOY. Maybe next month la kot baru leh kompem betul2. Kalo boy alhamdullilah sepasang. Kalau girl leh jadi geng power puff girl ngan Sofea. So, mana2 pon ok :) .

Jom saya share gambar baby dalam pewut ni..

Baby 16 weeks
Jari jemari dia sume leh nampak dah. Comel je.  :) ..Semoga baby membesar dengan sihat & sempurna dalam tu & dipermudahkan kuar tengok dunia nanti. Tu je la yang saya mtk...amin

Thursday, April 25, 2013

16 weeks :)

Assalamualaikum..

Happy Thursday. Esok Friday yay. Okay happy la sekarang ni dah lepas fasa muntah2, bluek2, takde selera makan, jalan macam siput, duduk rumah tidor sahaja macam takde keje lain dan macam2 lagik!!!. Alhamdullilah....

Berat, timbang kat rumah macam dah tambah. Minta2 la tambah sebab Sabtu ni nak pergi checkup. Baby bump dah ada sikit walaupon orang2 kat opis ni cakap macam tak mengandung. Tengokla nanti after 16 weeks ni mesti pewut akan membesar dengan jayanya & sekelip mata!!

Kali ni selera makan okey sikit.Takdela mengada2 sangat macam dulu nasi is NO. Dulu western sesaja. Kalo nasi pon nak nasi ayam CHICKEN RICE SHOP sahaja okey. Tapi sekarang ni mesti nak makan nasi putih baru rasa okey sikit. Selera orang kampung la sikit. Jimat la sikit kali ni...hehe.

Hope dapatla tengok gender budak ini Sabtu ni..

Okeyla Sabtu ni kita citer lagi..daaa..

Wednesday, April 24, 2013

PRU 13 ..Balik kg..

Hye hye hye.. Fuhh hangat sekarang ni pasal PRU. Kat fb sana sini penuh pasal PRU. Saya pon semangat jugak tapi semangat diam2. Kikikiki...

Sejak layak mengundi, saya dah start mengundi. 2 kali dah mengundi so kalo masuk kali ni dah 3 kali (Tak perlu kira umur I yang remaja berapa). Macam biasa this year pon memang wajib balik mengundi.

Tapi sudah terlupa pula I dah kawen :p . Tapi en hasben kalo nak mengundi jauh nun kat Sabah. Dia tak pernah balik mengundi. Tapi this year lain pulak, tetiba dapat tiket free. Satu keluarga lagi dapat. Jadinya saya adalah berbelah berkerat bahagi enam puluh tujuh. Pikir2 kalau tak balik sekarang, sampai next year la baru balik jawabnya. Kami dah beli tiket untuk bulan 10 tapi burn la kot sebab bulan 10 is my due lerr.

Jadinya saya buat keputusan balik kampung mertua la. Tapi tiket takde dalam tangan. Kalau tak dapat tiket, balik kg je la. Sib my kampung leh guna jalan darat je kan.

p/s: Abihla kalo kalah ngan 1 undi mesti kaum keluargaku akan salahkan diri ini yang tak bersalah..hahaa :p

Monday, April 15, 2013

Sofea vs Water

Assalamualaikum.

Sofea adalah peminat air!! Tak kira la air masak ke, air paip ke, air laut ke, air sungai ke, air kolam ke semua dia excited bila nampak. Perkataan "air" pon antara perkataan awal yang dia tau cakap. Tak caya meh tengok..

Berangan tak kasi orang pegang..Kalo dah pandai swim lehla mama lepas..huhu

Cubaan nak berenang

Kebabus masuk dalam air..hehe
Nampaknya kena awalkan masuk swimming class ni. Next year insyaallah..3 years bole dah kan. Bila dah pandai swim best sket dia nak berenang2 di tengah tak lagi berenang2 di tepian..hehe..

Friday, April 5, 2013

Balik Kg!!!

Today after kerja nak chow balik Kelate..Ohhh nothing special pon but I is rindu ming aboh. Nanti PRU balik lagi..ngee. My sis pon balik jadik sambil2 leh jumpa. Sumenya jauh kan diperantauan cari rezeki halal.. :)

Itu saje nak bagitau..daaaa :)