Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Saturday, December 31, 2011

happy end year 2011!!

assalamualaikum(smbil bf sofea ni hehe)....

.........................................
jap je rasa ms berlalu. org kata kalo rasa gembira mmg rasa cpt masa berlalu..ye ke??hehe..penutup 2011 alhamdullilah Allah kurniakan kesihatan, rezeki n kegembiraan. Allah hadiahkan harta paling berharga sofea...Allah berikan rezeki yg cukup untuk kami hidup..Allah kurniakan kesihatan untuk sy bekerja n jaga si tecik....Allah temukan dengan teman dunia akhirat yg penyayang...semoga sy tak lupa padaNYA...
.........................

tak ingt bila kali terakhir buat new year resolution..tp for 2012 sy harap dapat teruskan exclusive bf sofea until 6 mths n continue bf sampai 2 years..moga Allah kurniakan rezeki untuk sofea....nak pindah umh sendiri, nk jadi isteri n mama yg baik...lagik stu nk melancong byk lagi tempat :p ...lagik nk merajinkn diri menyihatkn dirik blk (nk bersenam klo ada masa..ada ke huhu...tggu sofea bsr sket leh ajak joging hehe)...nk berjimat cermat sket hehe...Amin....

happy end yr 2011!, nk g shopping(nxt yr bru jimat)

Friday, December 9, 2011

Susu Ibu (Pengalaman BF)

"Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi.."

"Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula."..

"Mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula."

"Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus."

"Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia."

"Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak."

"Menyusu badan menjimatkan wang."

"Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta."

"Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa."

"Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat."

"Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari."

"Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. "

"Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk"

sumber: http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/menyusu-badan/173-kebaikan-susu-ibu.html
............................................................................................



Assalamualaikum.

Alhamdullilah sejak mengandungkan Sofea, saya memang berminat tentang penyusuan susu ibu. Banyak ilmu saya timba dari forum/website. Nak sediakan diri siap2 dari segi mental ngan fizikal. Saya bertekad akan bagi susu saya sendiri untuk anak2 saya selagi ada. :)

After deliver, bila nurse tanya nak bagi BF or FM? Saya dengan confidentnya cakap nak bf (walaupun time tu letih tak abis lagi). Terus nurse bagi kat saya (Kalo tak durang tak bagi tido sekali huhu). Saya cuba positifkan diri susu ada. Nurse pon cakap memula ni maybe susu kurang tapi keep bagi susu nanti 2,3 hari pastu susu Insyaallah mencurah2. Alhamdullilah saya dapat bagi susu pertama (kolostrum) pada Sofea :).

Malam pertama tu memang Sofea kerap bangun (maybe amik masa nak sesuaikan diri ngan dunia luar). Saya gagahkan diri jugak menyusu Sofea (kalo melayan letih memang nak angkat Sofea pon tak larat hehe). Kalo tak larat sangat saya menyusukan sambil baring. Kejap2 duduk, kejap2 baring. Takde belajar praktikal, agaknya automatik je jadi pandai bila baby keluar ( n hasil pembacaan teknik2 menyusu..hehe). Yang penting bila baby nangis jangan gabra n rasa baby tak cukup susu, just teruskan penyusuan..Insyaallah baby cukup makan :).

Mak ngan ayah saya memang sangat menyokong bf (mak tujuh2 anak pon bf). Pernah anak buah saya yg darjah satu tu cakap time saya bf Sofea "cik t..tak malu ehh" ..ayah saya cakap " Nape nak malu bagi makan anak..keje mulia tu bla bla bla"..Saya sengih je hehe. Hasben sy pun sama, dia awal2 dah cakap nk soh exclusive bf..Sokongan hasben memang sangat penting..tq laling :).

BF di tempat awam/public? First time bawak Sofea outing, siap bawak susu perah lagik kan (tapi susu tu tahan sejam je bila dipanaskan hehe). Tapi sekarang tak lagi. Memula nak NIP tu memang malu n gabra semacam je kan. Tapi saya tebalkan diri n cakap pada diri sendiri "aku buat keje mulia bagi makan anak aku susu paling bagus dalam dunia". Tapi kenala jaga jugak kan bukan exposekan diri kat orang camtu je..hehe.. Macam kalo jalan2 supermarket tu bila lapar saya akan cari nursing room (kalo takde kat surau paling senang), takpun time makan cari tempat ujung2. Cover la ngan kain..Sekarang pon macam2 ada nursing blouse la, nursing bra la..tp sy pakai kain tudung besar rm10 tu je untuk cover hehe (nursing cover mahal sangat la..haha). Sekarang ni dah confident. Nak bawak Sofea outing takdela rasa cam takut2 lagik :).

Alhamdullillah Sofea masuk 3mths next week n masih exclusive bf (mudah2an sampai dia 2 tahun). Saya percaya pada supply vs demmand. Insyaallah susu tak abis sambil2 berusaha nak tambahkan susu (banyak makanan bekhasiat kan as milk booster) n doa itu penting :). Berat Sofea pun naik ikut graf elok je..

Sy pon sekarang dah start keje dan mudah2an saya tak malas nak mengepam..hehe..Sofea pon dah terima minum thru botol. Seminggu gak nak mengajar dia..hehe..gud girl anak mama..

Jika diizinkan Allah, saya bercita nak bf until 2 yrs..amin..

Thursday, December 1, 2011

Pengalaman Berpantang

Assalamualaikum...1 Dec, harini saya masuk kerja..Asyik rindukan si tecik je huhu..

........................
Nak citer pengalaman berpantang saya walaupun macam dah ketinggalan kan..Almaklumla kat kg takde tenet langsung tak online. Lagipun sibuk ngan si tecik n tak pandai lagi bahagi masa time tu.. memang tak sempat la..

Saya berpantang dengan my ming n aboh kat kg. Orang lain kalo berpantang turun la berat badan kan. Sy idak..maintain je sejak dari lahirkan Sofea. Masa lahir tu turun 5kg..Tinggal 5kg tu sampai sekarang tak turun. Lepas ni baru nak mulakan misi turunkan berat (tadi pegi giant beli choc ngan rocky padahal haha).

Berpantang ngan ming n aboh memang simple je. Durang pon jenis sempoi je kan. Aku ni asal nak makan tanya durang dulu, kalo durang kata boleh aku bedal je. Pada aku sume pon bole makan asal tak berlebihan hehe.

1. Bertungku
Balik je umah hari ke 3 dah start bertungku, tapi bertungku sendiri la yerkk..my ming or aboh akan panaskan tungku. Pastu tiap2 ari bertungku nak sampai sebulan jugak. Tiap pagi n petang. Tapi kalo malas kengkadang tak buat haha..Ming dulu kata 40 hari dia bertungku adeiii..

2. Berurut
Berurut just start hari ke 10 sebab hari ke 7 baru balik kg. Orang kata patut kena urut terus. 3 hari berturut2..Aduiii lega betul lepas urut tu..rasa perut kempis sikit hehe. Angin pon kuar banyak tul!!!

3. Makan
Ooooo makanan ming masak sedap2. Aboh kata nasi takleh bertambah tapi awal2 letak nasi banyak terus takpe. Aku pon tiap kali makan letak nasi banyak. Awal2 lepas bersalin tu memang selera makan tinggi wokeyhhh!!Lagik2 bf rasa lapor je manjang kan..Banyak jugak rupanya makanan yang boleh makan. Terus rasa macam tak berpantang pon hehe.

4. Bertapa
Memang bertapa dalam umah 40 hari..Kuar pon pegi clinic inject Sofea. Ming dulu kata dia 40 hari dok dalam bilik tak keluar..Bilik ok bukan rumah..TIme makan orang antar kat bilik..erkkk.Hari ke 40 aboh ajak pergi tesco trus yayyy..1st time Sofea tgk dunia yang ramai orang, terkejut dia!!!

5. Barut
Siyes bole kira ngan sebelah tangan je berapa kali berbarut..Kemalasan sbb leceh time nak bf..hehe (beli produk bersalin tak abih pon..membazir adeii).

Itu je kot amalan time pantang. Nampak cam tak berapa nak pantang sangat kan..haha. 

Sekarang ni sume bedal kecuali yang agak2 leh buat Sofea sakit pewut sebab dia bf. Makan sambal pon yang tak pedas sangat. Setakat ni aku makan sambal, Sofea tak sakit perut so okla..Aku ingat takleh makan langsung hehe..Bedal memang bedal sume tapi berpada2..Macam ais tu minum jugak tapi takdela tiap2 ari kan..

Sekarang ni proses nak kempiskan perut ni..Ada lagik lemak2 berlebihan..mintak2 senang la turunnya.. :)

Sekian kisah berpantang saya yang sangat simple :)

Thursday, November 10, 2011

Pengalaman Bersalin Saya :)

Assalamualaikum..

Lamanyeee tak memblog ni. Fb pon lama tak bukak. Semalam baru sampai Penang. Kat kg takde tenet sebab tu tak bukak.

Sofea sedang nyenyak tidur (omel betul dia tido)
..............................................

Pengalaman bersalin (rasa cam dah tak ingat lak sebab dah lama sangat..try tulih mana yang ingat je ni)

Jumaat (16092011 -Malaysia Day!!!) -39Weeks


Ming ngan Aboh datang Penang kebetulan 17hb ada anak kawan ayah kat Kedah kawen. Ajak my sisters datang jugak sebab ada cuti Malaysia Day. Memang perasaan nak bersalin tu rasa macam arini nak bersalin. Rasa confident betul sampai kemas sume barang kat opis bawak balik.Lagipun Malaysia day arini. Best gak, nanti bday Sofea tiap2 tahun cuti.

Sempat lagik jalan2 kat BJ carik hadiah untuk anak ayah yang nak kawen. Memang rasa cepat letih je. Lagila konpiden akan bersalin bila2 masa je..


Itu baby dalam pewut tak sabar nak kuar sangat tu..nampak kan pewut sangat besar.

Sabtu (17092011)

0230; Rasa cam kuar air tapi sikit je. Dah start rasa lain macam tapi takde rasa sakit so tak kejut hasben lagik.

0430; Air kuar ngan banyaknye. Bagitau hasben. Kejut mak. Ming terus soh cepat2 pi clinic sebab sah2 tu air ketuban. Kena pi cepat ming kata kalo air ketuban pecah. Takut air kering tapi bukaan takde je..Siap2 pi hospital.

0500; kat hospital..Sampai2 nurse check bukaan..1cm baru. Tanya nurse leh ke balik umah dulu. Nurse kata kena tahan dah sebab air ketuban dah pecah. Nurse kasi ubat "uk uk". Terus kuar sume isi perut..Nurse amik bacaan HR baby.

0600; Masuk bilik. Aboh datang kul 630am. Sempat solat subuh.

0830; Nurse check bukaan..Still 1cm. Actually memang tak sabar2 nak soh nurse check bukaan tu..Dia seluk takde lak rasa sakit

1030; doc lak datang..doc seluk lagila langsung tak sakit..1cm jugak..huhu. Nurse bagi ubat induce level 1(tak ingat nama ubat..ngehngeh)

1200; Still 1cm..Nurse induce 2nd dose (pitocin)..Start time ni la contraction tak berenti..Memula 15 min sekali..Pastu 10 min sekali..pastu 5 min sekali..Sakitnya ya Allah takleh nak citer..Sampai tahap takleh tahan sangat nangis n cakap kat hasben "sakitnya abg" . Pastu bertenang jap tarik napas hembus macam nurse ajar. Mulut tak henti baca doa nabi yunus ngan isytifar. Bila tak tahan sangat nangis lagi. Lepas tu cool balik. Pastu nangis..

Hasben tak henti2 tenangkan sampai satu tahap termarahkan hasben sebab rasa takmao ada suara bising kat telinga (Huwaaa...dahla tak sempat mintak maap b4 deliver..lepas tu baru mtk maap..hoho). Paling tak sangka hasben ternangis skali (menitik la air mata takdela menangis macam aku huhu). Maybe dia tatahan tengok penderitaan bakal ibu ni berjuang. Sampai satu tahap mintak nurse kasi ubat tahan sakit. Tapi sia2 je sebab rasa sakit tetap tak kurang. Terketar2 menahan kesakitan. Abih cadar selimut berselerak.

Setiap masa kalau bole nak soh nurse check bukaan. 

1750; Rasa nak terberak!!! Tatahan betul. Masa ni contraction 2 min sekali..Hasben panggil nurse..Nurse check 6cm. Nurse pesan jangan teran dulu, nanti bengkak. Tapi aku tatahan pi layan je rasa nak terberak tu.

0600; Sakitnya memang tatahan lagik. Agaknya seminit sekali contraction datang. Panggil nurse..Check 7cm. Nurse kata leh naik atas LR (yes!!!). Durang amik wheelchair (memang amat perlukan..letih sampai x larat nak jalan). Dalam LR ada dr Rosita, nurse sorang, me n my hasben..Fuhh nasib tak ramai dalam tu rasa tenang sket.

Rupanya dah leh start teran tapi aku tak teran sebab doc tak cakap pon soh teran lol. Mana pandai tak penah kan...

Time ni tak berapa nak gelabah sebab rasa excited nak melepaskan sume sakit tu lagi banyak. Abih segala ilmu yang aku baca..camana cara nak teran..Nak hembus napas tarik napas aku guna. Punggong jangan naikkan.

Tapi time ni tenaga memang dah agak kurang sebab bertarung lawan kesakitan sejak kul 12 tgh. Aku cuba jugak kumpulkan seluruh tenaga.. Teran sekali takleh, teran 2 kali takleh. Doc cakap sy tlg guna vacuum la (baru teran 2 kali trus nak guna vacuum..memang camtu ehhh??). Aku time tu ngan sakitnya tak kira..Buatla apa saje doc asalkan baby keluar dengan selamat. 

0623; Teran n doc help guna vacuum keluarla buah hati pengarang jantung cek mek Sofea ke dunia..Subhanallah. 

Lepas tu tak dapat nak terangkan macamana perasaan yang tersangat lega. Lepas tu doc nak buat apa pon tak kisah. Siap seluk dalam sebab doc terputuskan tali uri..siap cakap "opsss tergunting" bole???Terpaksala doc seluk nak amik uri yang tertinggal. Doc jahit2 sume..Memang dah tak rasa apa time ni..

Lepas tu aku ditinggalkan macam tu je..Sebab ada emergency case kat bawah. Ada orang kat bawah nak bawak naik LR. Terberanakla dia kat dalam bilik..huhu. Aku terus tido2 ayam jap. My hasben azankan Sofea. Setengah jam pastu baru durang bawak turun bawah.

My parents ngan sisters datang betul2 time after deliver. Sempat lagik durang pegi kenduri kat Kedah nun. Tapi balik cepat2 sebab risaukan aku..

Azan lagik sekali ngan tok aboh skali

Hello world!!! Sy Nur SOfea Eiryna. Berat saya 2.7kg. Panjang 45cm..Sy sudah mandi!!

Siap2 mandi sume nurse bagi untuk susukan Sofea. Perasaan berkobar2 nak bagi susu sendiri walaupun letih. Konpiden ada susu sebab susu memang dah mengalir time pegnen lagik. Tapi akibat letih, susukan sofea sambil baring je n mata terpejam.

Pejam celik pejam celik dah 56 hari umur Sofea...
Hyehye..
.......................................................
Actually sakit contraction tu lagi sakit..Time melahirkan alhamdullilah tak sakit sangat (ke sebab dah tak sabor sampai lupa nak sakit)

Monday, September 12, 2011

38 Weeks Update

Tetiba je checkup dah bertukar ke hari Isnin gara2 aritu cuti Raya. Mintak nak datang hari Sabtu nurse cakap awal sangat la pulak sebab sekarang dah start checkup every week.

Nasib la sekarang ni takde keje sangat..Errrr sebenarnya takde kerja langsung!!!Boss paham kot soh mak buyung berehat :p

Update terkini lagik sensasi;

1. Berat gwe udah 63kg ( Dah naik 13kg ) . Ni mesti akibat sindrom makan banyak gila lepas pose/time raya. Siyes lepas pose ritu memang banyak wooo makan. Selera memang dah terbalik dari sebelum ni. Suka sangat makan nasik!!!!Suke sangat makan ikan. Before ni kan tak berapa nak gemor. Sekarang ni tengok segala jenis adik beradik mee rasa cam nak muntah pon ada. Samala tengok ayam lagik2 yang belum masak tu rasa meloya. Nasik jugak jadi pilihan. Manala berat ni tak naik yerkkk!!!

2. Berat my princess udah 2.9kg. Alhamdullilah si kecik membesar dengan sihat yerk dalam tu.

3. Baby sudah engaged. My hasben kata kelakor perkataan engaged. Dia baru tau wujudnya perkataan engaged dalam dunia orang nak bersalin ni..Adeihhh..

4. Heart beat baby in normal range. 110 - 120. Kuat betul bunyi heart beat dia buat sy rasa terharu :)

My gynae cakap anytime je leh bersalin ni. Buat sy nebes jerk. Macam2 perasaan pon ada..Nebes memang ada..Excited, tak sabor pon ada. Kami sekarang doa2 our princess lahir 16/9 ..Leh jadi baby 1 Malaysia la kannn..Nanti bday dia mesti cuti :) ..Tapi tak kisah la asal baby selamat lahir (doakan yerk ).

Okla..till next chekup......

p/s: My parents nak datang Jumaat ni..yipeeeee..lagikla sy banyak makan nanti sebab my mom wajibla masak walau di mana saje sebab suaminya aka my ayah ngak suke makan diluar. Kalo makan kat luar pon balik2 carik nasik jugak..aiii sama lak perangan cam my hasben lol..

Thursday, September 8, 2011

Raya 2011

Assalamualaikum...

p/s: Sy lom bersalin lagik yerkkk..
...........................................................

Selamat Hari Raya Aidilfitri Sume...Maaf Zahir dan batin. Walaupun lambat wish tapi sekarang masih syawal kan kan kan????
First raya as husband & wife :) ..ohh baju gini2 je la yang muat dibadan yerkk

Sekarang ni menunggu n menghitung hari je..Sepatutnya lebih kurang 16 hari lagi before my due Insyaallah. Tapi mintak2 our baby keluar awal sikit sebab tok ming n tok aboh ada kebarangkalian nak pegi mekah..Kalo dapat, memang terpaksala kami berdua survivor pantang sendirik..uhukkk..

Wednesday, August 24, 2011

34 Weeks update+Shopping Raya!!!

Assalamualaikum..

Arini dah ramadhan ke 24. Alhamdullilah mak budak ni sihat walafiat n dapat tunaikan ibadat puasa 23 hari. 1 hari terpaksa tak puasa sebab kena urine infection..huhu..Pasal tu lom citer lagik yerkkk..Lama tak update sebab kemalasan+sibuk siapkan keje. Sampai terlebih awal lak siapkan keje sebab semangat gila nak raya. Tinggal arini n esok je. Jumaat sy dak amik cuti yipeee. Tapi schedule keje sampai esok. Boss pon sonyap je bila sy kata keje dah siap. Bagusla tu sebab memang malas nak pikir kerja baru dah ni. Dalam kepala adalah ketupat dan rendang jerk!!!

34 Weeks actually dah lepas 2 minggu. Cuma tak update kat sini je. This Friday nak pergi checkup for 36 Weeks. Gynae nak bg antenantal card memandangkan sy kata nak balik kampung. Dia takut sy terbersalin kat kg lak nanti..hehe..

34 Weeks..Baby dah 2.2kg. Cepat tul baby membesar yerk. Semuanya alhamdullilah ok. Tapi berat mak baby ni memang dok tang tu je sejak ramadhan ni..Still +9kg. Doc kata takyah risau..asalkan baby ok....

Kisah urine infection tu or orang kata "kencing kotor" ..aii ngeri pulak nak citer. Pasalnya tetiba jerk masa tido pukul 3 pagi rasa kesejukan. Tarik selimut, tapi heran asal menggigil. Pegi toilet sat..pastu tarik comforter lak. Still gigil. Panas tapi menggigil sampai nangis2 tak tahan. En hasben tolong urut2 kaki. En hasben ajak pegi hospital tapi sy memang tak bermaya nak bangun. 1/2 jam gak camtu, akhirnya ok. Pepagi tu terus pergi klinik takut pape. Terus doc saspek "kencing kotor"...Check2 memang betul. Doc bagi ubat. Balik2 umah terusla makan ubat. Maknanye kenala bukak pose yerk sebab risaukan baby. 

Lepas tu terus fobia....Lepas tu jugak tiap2 ari make sure minum air 2 liter..time sahur wajib minum 1.5 liter. Jadinya tahun ni sy amik masa sejam bersahur sebab nak minum air tu sikit2 n wajib makan nasik!!Kalo sebelom ni makan roti/kurma je saya tak kisah sangat..15 min dah siap..hehe..Nasibla sy ni jenis selera makan nasik time sahur so takdela masalah sangat.

Citer pasal shopping raya laks. Gamba ada tp malas nk upload lak kan...Plan tahun ni nak pakai dress je. Tapi tup2 terbeli gak baju raya..Hehehe..ari Sabtu lepas seharian berjalan..Pagi sampai malam. Sampai2 umah terus pengsan...Yang berjaya dilaburkan;

1. Baju for FIL
2. Handbag for MIL
3. Kemeja for en hasben
4. Jeans for en hasben (2 helai over tau memula kata tak mao beli pape..hehe)
5. Kasut for en hasben
6. Handbag for me
7. Wedges raya for me (ada hati nak pakai wedges lagik tu!!!)
8. Baju raya for me 2 helai..hahahah(tahun ni beraya pakai ala2 jubah la...n kain chiffon je yg sesuai)

Kami pon memang lama tak shopping untuk diri sendiri. Before ni shopping untuk baby je kan :p .Tinggal untuk my parents, kueh raya, tudung aiyakkk...duet raya nak kena tukar..tu je kot..pastu leh balik raya..yayyyyyyyy...

p/s: Terlebih excited sikit raya tahun ni sebab 1st time beraya sebagai isteri n bakal ibu insyaallah :)..  
p/s2; 26-28/8 ni ada expo mommy n baby kat PISA..jemputla wahai ibu2 bapa2 sekalian..sy pon plan nak pegi this Friday :) 

Wednesday, August 3, 2011

Baby Checklist done!!!

Assalamualaikum..

Minggu ni nak masuk 33 Wks!!!Maksudnya lebih kurang 7 Wks lagi Insyaallah my little princess akan melihat dunia.

Actually kami laki bini masuk 6 bulan kandungan dah start shopping!!Sikit2 lama2 jadi bukit. Walaupun orang tua2 tak kasi sebab pantang la apa la tapi kami ni degil yerk :p . Sebab takmao abihkan duit sekaligus gitu kononnya..Hehe..Alhamdullilah sekarang ni dah stop shopping (kot!!!) sebab memang plan bulan puasa ni tak mao dah shopping. Takut tak larat..Shopping sterusnya after pantang la kan :).

Awal2 before shopping memang ada buat list kononnya nak elakkan pembaziran. Tapi akhirnya ada gak barang2 yang takde dalam list..lol..

Setakat ni kami dah ada:


1. Baby playpen ( my SIL & BIL kasi adiah..thanks :) )
2. Stroller/ baby car seat ( Dah order..awal bln ni dapat insyaallah..my MIL & Sisters kasi adiah )

3. Baby closet..haha..comel je gantung2 baju kat dalam tu..(Ohhh ini tiada dlm list patutnya)
4. Baby bath
5. Toiletries
6. Grooming set
7. Towel
8. Blanket
9. Swaddle
10. Napkin
11. Diapers
12. Baju..aishhh berlambak + ngan SIL kasi
13. Cap
14. Mittens/Booties
15. Breast pad
16.Bedding set
17. Pantang set

aishhh..cam byk je lagi tp tu je list yang gwe ingat...Lagik satu breast pump bakal dibeli soon :) ..Spectra 3 akhirnya stelah ukur bajet di badan sendiri n baca2 review :)

p/s: aiyak..perut dah berbunyi2..dugaan tul pose time mengandung ni..letihnya tak sama..ermm..hope dapatla selesaikan ramadhan cukup sebulan..aminn

Monday, August 1, 2011

32 Weeks Update

Assalamualaikum...Arini 1 ramadhan. Selamat berpuasa semua. Harapan sy tahun ni sy dapat puasa full tak mao tinggal2..Semoga Allah S.W.T permudahkan..Amin....

Sindrom malas mengupdate datang kembali...Tapi sy update jugakla perkembangan my lil princess.


My gynae cuti lagi. Masa checkup 30 Weeks pon dia cuti..aissshh..Tapi dpt doc ganti yang baik (nama lupa lak..huhu).

Doc ni lain sikit. Dia check tekan2 perut. Sakit gak sikit2 woooo. Tapi dia doc, mestila dia tau apa yang dia buat kan!!!huhu..

Berat baby now 1.85kg. My bp 101/69 ..Ada ke memula amik bp 88/69 jerk!!!!doc tak puas hati soh amik lagik skali pkai machine lain. Barula betul. Berat adalah 59kg!!!!Turun 1kg..erkkkkkkkk..My urine ok..Lagi apa yerkkk..tu je kot..

Alhamdullilah setakat ni semuanya ok. Baby lak kengkadang suke menekan2 kat bawah tu sampai rasa nak terkucil jerk..aiyakkk..

Movement baby more than 10 times I think. Actually takdela pandai nak mengira camana n takdela nak mengira specific. Tapi sekarang ni memang dapat rasa pergerakan baby makin kuat. Just lom rasa tulang temulang dia lagi bak kata my fren..Maybe tunggu dia besar lg sikit kot..hehe...

p/s: Awal2 dah pesan dengan baby mama dia nak puasa sebulan..Hope baby cukup makan yerk kat dalam tu. Nanti mama makan makanan yg berkhasiat utk baby yerk :)

Monday, July 18, 2011

30 Weeks Update

Assalamualaikum..

Suda lama tak update. Sy dah start kebizian..Aduhai di saat2 masuk 30Wks ni bizi adalah amat takde mood nak buat keje.Mari kita update dulu perkembangan gwe yerk..

Last Saturday pegi checkup..Update terkini lagi sensasi :p ;

1. Berat mommy dah 60kg (wooowooo naik 10kg begitu sahaja!!!)
2. Berat baby 1.56kg ( Aiyakkk..tolak air ketuban sume, 5kg berat sy tu datang dr mana yerk??ermmm)
3. Position baby still sama kepala kat bawah..
4. Gender sama jugak girl..Insyaallah girl..

Ermm..Itu je la yang pentingnya. Kali ni my gynae cuti lak..So, consultation session; 

1. sihat ke? Sy cakap la sihat. 

2. Ada kencing manis?Darah tinggi? ..Lol..sy dalam hati "doc la check sy mana tau???"...tp, sy jawab sblm ni memang takde. 

3. Ada bengkak kaki ke? Takde doc ..Gynae cakap okla tu..Selalunya bengkak kaki ni dikaitkan ngan darah tinggi..so, skrg tak risau pasal darah tinggi..sy cakap, ingatkan bengkak kaki sebab baby dah berat sangat n benda tu normal..LOL

4. Sy lak tanya..doc, perut sy kengkadang mengeras..Normal ke? ..Doc ckp..Kalo sekejap2 tu ok lagi..braxton hicks je (ohhhhhhhh, sy baru tau inilah yg orang dok kata braxton hicks..haha), kalo dah lama sgt mengeras tu, tanda2 baby nak kuar la tu..

5. Sy tanya, berat sy normal ke doc, berat baby? Doc jwb..kenaikan berat dalam 12-15kg tu normal lagi (aiyakkk..2kg lagi, 10 minggu lg baru baby nk kuar ni..ada kebarangkalian naik lebih dari itu) ..b berat baby 3.5kg paling berat still ok lagik..Mengikut pengiraan sy, kalo baby naik 200gram seminggu, berat my baby 3.56kg????uikssssssss...mama mkn banyak sangat kottttttttt..hehe..

......................

Selalu kalo jumpa gynae sy blur tatau nak tanya apa..hehe...Yang sy tau tanya baby normal ke idak. Pembesaran baby ok ke idak..Itu je la yang sy nak dengar. Tapi usaha gak cari soklan..yela dah byr consultation fee kottttt..

Next 2 weeks kena pi checkup lagi. Sy dah kena checkup every 2 weeks.. :)

Kla..sampai di lain cerita..byebye :) 

Thursday, June 30, 2011

Setahun

Pejam celik...

Setahun dah arwah adik lelaki tinggalkan kami...

Semua macam mimpi...Sampai sekarang pon rasa macam mimpi...

I miss him...

~Al-fatihah~

Tuesday, June 28, 2011

27 Weeks Checkup Update

Assalamualaikum..

Sy sudah 27 Weeks!!!

Pic xde kena mengena ngan title..saje sebab rindu ngan dak Imaan ni..2 wks lg nak jumpa dia :)

....................
24/6/2010 sy punya appointment ngan gynae. Status update ;

Berat sy : 56kg (woo..dah naik 6kg!!!)
BP : Aishh..tak ingat bape tapi still in normal range 
Berat baby : 1.2kg ( tak besor sangat ngan tak kecik sangat my doc said)
Kedudukan baby : Kepala baby dah ada kat bawah (tak sure lak part ni terawal ke apa dia pusing ke bawah, or dia leh gerak2 lagik..lupa lak nak tanya doc)
Gender: Again doc sahkan gegirl
Suntikan tambahan : Sy amik suntikan kancing gigi (doc sajes sy ni ON je la kan)
.............................

Pejam celik dah nak masuk 3rd trimester laaa..Alhamdullilah sy dikurniakan kesihatan yang baik.

Cumanya, sy rasa dah mengalami sindrom2 3rd trim kot!!! 

1. Muscle pain 
1st time hari Jumaat malam tu sy cramp!! Biasala tengok tv kat luar sambil baring. Sekali nak bangun masuk dalam bilik, ya Allah sakitnya tak boleh nak bangun. Memang tak boleh. My hasben tolong pon takleh. 5-10 min gak camtu sy cuba bangun lagi. Boleh tapi memang sakit!!! Bila dah bangun, nak baring lak sakit..

Last2 my hasben soh bangun berkawad dulu dalam umah sebab kami pon tatau solution kat mana. Sy sakit kat belah kanan perut.. Huhuhu..Berkawad la sy sampai boring yerk. Pastu barula ok sikit...

Tanya gynae, dia kata normal tu dah masuk 27 weeks. Mungkin sy tak berapa cukup calcium (aduhai tak cukup lg rupanya). Muscle joint pain doc kata. Solution nye amik tablet calcium tambahan or tambahkan minum susu. Sy ni memang amik calcium tablet everyday..Cuma susu je la minum sekali je sehari. Nak kena tambah dos ni n lepas ni nak banyakkan senaman. Sy just suka swimming je time preggy ni. Nak berjalan malas sikit..hehe..

2. Takleh makan banyak
Ohhh..rasanya 2nd trim yg paling best leh makan banyak2. Sekarang ni leh masuk sikit je makanan. Makan sikit rasa perut dah full. Tapi cepatla pulak rasa lapar. Still okla asalkan sy dapat makan.

3. Panas
Owww..malam2 sangat panas!!!Berpeluh2 time tido..Selimut memang takdelakan nak guna..Tapi tatau la kan sbb my hasben pon cakap dia panas. Maybe sebab cuaca sekarang memang panas ehhh.. 

Setakat ni tu je la dulu..Lepas2 ni tatau la perubahan apa lak yang jadik. Takpela..yg penting baby sihat sentiasa  :)

p/s: harini patutnya puasa..tp, tatau nape kul 8 pagi dah masuk2 angin kelaparan..terpaksala bukak pose..huhu

p/s/s: Pasni sy dah start kena pegi checkup every 2 weeks :) 

Friday, June 24, 2011

Driver License udah EXPIRED laaaa

Assalamualaikum..

Selamat hari Jumaat... Suke suke suke JUMAAT!!!!

Actually dah agak lama tak drive kete sendirik sebabnya car pool ngan en hasben. Kete je bertukar, my kete ngan hasben. Driver tak tukar...haha.. Lesen pon dah expired nak dekat sebulan ni. Dok tangguh2 sebab dah ada driver la katakan ehhh..malas nak pi buat pon satu. huhu..

Tapi semalam MC terpaksala drive sendiri lepas nak dekat sebulan tak drive..Erkkk..lamanya!!!Skill bawak kete pon dah hampir lupa ni. Hehe..Kena konpiden walaupun lesen dah mati.. (erkk..sila jangan tiru aksi ini) . Bole jugak malas nak renew semalam. Yelaaa..sakit mana leh jalan2 (konon).
My hasben sekarang bizi yang amat la pulak. Malam tadi pon nak dekat kul 12 baru balik..sobsob.. So, arini kami bawak kete asing walaupun tempat keje sama..Sebab saya ni memang pesen balik On time punya...Sejak car pool ngan hasben je balik lambat sket. Lagik2 pegnen ni..Memang lenguh la nak dok lama2. Dengan polis traffic merata2 di pagi hari pon leh konpiden bawak..waaaaaaaaa...(tak baik tau!!! )..

Okla dah insaf..jap lagi nak pi renew lesen.

Sekian bebelan ari Jumaat..

p/s: Saya udah ada kerja..tapi belum masuk tahap bizi pon lagi..Masih leh siapkan keje n balik awal :)

Thursday, June 23, 2011

MC!!!

Assalamualaikum..


Arini saya MC lor..

Tapi arini puasa jugak..masuk arini dah 4 ari pose..alhamdullilah..lg 6 ari..pose Isnin ngan Khamisjerk..sempatla ehh before ramadhan..Waaa..bestnya ramadhan nak datang lagik!!!!

Kla..masa untuk berehat..

Wednesday, June 22, 2011

Sakit Lagik!!

Assalamualaikum..........



Seriously sejak pegnen ni, every month mesti skali sakit. Tak sakit teruk pon..just selsema sikit & demam. Kengkadang takdela sampai kena amik MC pon..

Arini rasa cam nak selsema je ni. Kengkadang tu, bila datang opis, menambahkan sakit sebab sejuknyeee melampau tau. Hope takdela melarat ni.....

Tuesday, June 21, 2011

Solat

Assalamualaikum..

Waa..tajuk ari ini sungguh islamic Okeys w'pon tuan punya blog takdela berapa kan. Saje je citer pasal benda ni sebab JARD punye tweet event dia kul 7, nk solat kat mana kan??

Sebabnyeeee..diri sendiri pon konpius. Bila dekat oversea, sy macam tak malu la pulak nak semayang kat mana2 pon..Contohnye... 

Dalam 24hrs train Guilin-Chengdu

Kat dalam kete, kat taman yang orang ramai lalu lalang tu pon leh selamba je semayang. Kat airport Tianjin pon penah!!!!

Tapi kan..bila kat Malaysia kenapa ye ada perasaan malu nak solat di mana2 aje (ke sy je rasa camni) . Tak baik kan rasa camni..huhu..

Sebab kat Malaysia banyak masjid/surau kot???ermmm..or sbb dah set mind kalo kat m'sia je nak solat kat tempat yg proper..Ntahla kan...

p/s: hope baby mama ni tak tinggal solat nanti walau di mana2 kamu berada :)

Monday, June 20, 2011

Dancing Queen

Asalamualaikum

27 weeks now..My baby suke buat gerakan berterusan...menari kot?????


ok tu je update arini :p

p/s: dah berjaya puasa 2 hari..hari ni puasa ganti ke 3..alhamdullilah..ibu2 mengandung yg lain jangan risau yerk. Bole je puasa..tp, pastikan sahur yerk..minum air banyak2 :)

Sunday, June 19, 2011

NUffnang dan saya :p

Assalamualaikum...hyehye..tetiba nak citer pasal nuffnang lak!!! Sebab agaknye dah lama tak bukak, tetiba je bukak...Hahahah..memang tak bergerak la kan duit tu sebab lama dah gwe close blog lama..

Click untuk tumbesaran

Haaaa..nampak tu..sumenya dr blog lama..blog baru takde hasil tuaian lagik :p ..tp, tensen lak tengok dia stop takat 40 hengget kan sbb sikit lagi nak cash out..kuang..Tapi hasil tuaian before ni dapatla jugak kan merasa duit nuffnang :p RM327.98 ..3 kali gwe cashout..Walaupun dok banyak, tapi okla bagi blog picisan mcm gwe.

Sekarang ni dah tak pikir pasal duit sangat. Yela, blog pon nak tak nak je kan sekarang jangan harap nak dapat hasil lebih kannnnnnnnnn...(tapi kalo dapat rm9 pon ok dah bole cash..wakakaka)

Buffer earning pon takdak lagik tak ble blah kan..hehe..takpela..Kalo ada rezeki, adala tu nanti..amin...

Tuesday, June 14, 2011

Puasa dan Mengandung

Assalamualaikum..

Yeszzaa..sy sudah ada kerja!!Ada jugak orang suka eh bila ada kerja??Mana taknya dah dekat 2 bulan ni takdok keje. Akhirnya project baru dah leh start edit. Tapi cam biasala awal2 ni takdokla keje gebang2 sangat. Nanti 1,2 bulan dari sekarang kompem saya akan menjadi sebizi2 umat..huhu..

Ramadhan dah nak hampir? korang2 dah ganti puasa dok? Saya cam tahun2 sebelumnya kompem lupa dah ganti pose ke tak. Hari tinggal puasa pon kompem lupa. Padahal time tak puasa tu cakap sendiri tiap tahun "ok..tahun ni kompem tak lupa..tinggal xxx hari..ermmm" ..Tapi last2 hampeh kompem lupa. So, every year sy kompem akan ganti 10 hari. Nak selamat...

Awal2 dulu memang sy tak yakin leh puasa sebab alahannye teruk amat..Sampai sehari 2,3 kali muntah. Masuk 4 bulan dah rasa ok sikit. Sekarang nak masuk 6 bulan lagila rasa makin ok sikit sebab dah leh makan kan.

So, harini percubaan hari pertama sy nak puasa. Nak ganti puasa n bolehla jadikan latihan sebab ramadhan kan nak dekat dah. Dah tanya2 en google pasal org preggy bole ke idak puasa. Nampaknye semuanya positif. Ada orang siap bole puasa penuh bulan ramadhan walaupun di awal kehamilan. Makinla sy positif nak puasa ni... :) ..

Tapinya sy mesti nak sahur jugak..Kalo tak, memang sy tak berani jugak nak puasa. My husband pun teman puasa jugak walaupun dia susah nak bangun..Tapi dia bukan makan je..tengok sy makan pastu minum air je..huhu..

Pagi tadi sahur ikan patin masak tempoyak..tapi takde tempoyak..hehe..1st time cuba ni. Sibuk tanya ming walaupun dah tengok resepi kat buku resepi. Mana tau ada secret ingredient dr mak kan..hehe

Taraaa..gapodio ni letak gambar time puasa ni..aishhh..

...................................... 

Pakar Pemakanan Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Fatimah Arshad, berkata meskipun anggapan berkenaan sudah sebati dengan masyarakat hari ini, kajian menunjukkan mitos berkenaan salah sama sekali.

“Tiada halangan yang menyekat ibu hamil untuk berpuasa. Tidak kira pada awal kandungan atau pada peringkat akhir kehamilan. Asalkan ibu berkenaan sihat tanpa penyakit kronik yang membahayakan kesihatan, mereka boleh berpuasa seperti orang lain. Dalam Islam dibolehkan
mereka tidak berpuasa sekiranya memudaratkan kesihatan ibu atau anak,” katanya.
...................................................... 

Alhamdullilah setakat ni ok lagi..Mintak2 sy dapat puasa sampai azan maghrib arini..Aminn

Friday, June 10, 2011

"STAGE" Stock Clearance; 4 more days left!!!

Hyehye.. :)

Eh eh senyum2 lak..Mana taknya baru beli INI!!!!!
Eyeshadow 2 ketul, eyeliner kaler ijau xble blah + Lipstick...All rm48 ONLY!!!

Each item RM12 jerk!!!Erkkk mana nak dapat yerk..eyeshadow xde jenama pon mahal kan..lipstick rm12 mana nak carik..Lagipun eyeshadow dia sangat best. Calit sikit, terang benderang :). Rasa cam nak amik sume kaler la pulak..lipstick pon rasa cam nak beli macam2 kaler...Adeihh..ada jugak yang pegi lagi ni..huhu..sabor2 jimat beli barang untuk baby lagi penting ye..huhu..

Yang terkilannya banyak dah yang abih stock. Compact powder, eyeliner black, mascara..abih dah..huwaaa..kalo tau ada clearance stock ni awal2 dah pegi beli..huhu..

Okayla..sesapa nak pegi beli cepat2 pegi beli before abih..ada lg 4 hari..kat Qbay Mall yerkk :)

Baby List

Assalamualaikum..

Di saat takde kerja ni (nak masuk 2 mths kot takde keje ni..tenkiu boss), Saje2 polah bajet untuk si kecil dalam pewut. 

Kami dah start membeli baju je beberapa helai sebab geram sangat kan tengok walaupun orang tak bagi beli barang awal2 huhu. Actually kami takmao beli sekaligus. Kami memang nak beli sikit2 so, takdela duit tu abih sekaligus n takdela duit tu abih ke mana2 je tanpa disedari kan.

Baca2 forum..Orang nasihat sume kata jangan MEMBAZIR sebab baby kan sizenya lain2 n jap je membesar..hehe..Itu boleh diguna pakai untuk baju n suar je la kot ehh..

Bajet ni sy buat berdasarkan apa yg sy rasa logik diperlukan. Sesapa nak buat rujukan sila2 jangan malu2 segan. Sape2 nak tambah lagi bole jugak sila2 jangan malu2 segan :). 

Rege pon sy pakai letak berdasarkan yg sy survey2 je. Kalo dapat kurangkan lagi bagus ehhhh..Kalo ada duit lebih nak lebihkan bole la jugak. Ikut bajet masing2 :).

Ni je la dulu kot barang2 yang penting. Tapi kitorang tak beli sekaligus la. Baby coat n stroller maybe beli time baby masuk 3 mths ke kan. Ehhh..stroller my sisters nak kasi adiah la :p.

Okayla...Ngengantukzzz la pulak :p

p/s: baju baby sekarang ni boleh tahan ekkk mahal..ermmm
p/s/s: alamak..diaper lupa lak nk msk skali..hehe..

Tuesday, June 7, 2011

3D/4D baby :), 24 Weeks

Assalamualaikum.. :)

Arini korang keje ke??Saya cuti replacement bday Agong..hehe..bestnya kalo every week cuti 3 hari kan. ngehngeh..

Our plan this week cuma kat umah je jalan2 Penang. Sabtu lak pergi buat scan 3D/4D since 3D/4D scan Malaysia  ada buat event kat EQ hotel Penang. Kami dapat scan FREE SAMPAI PUAS HATI, cd, printed pic, n rm100. Bila sy dapat tau, terusla tak lepaskan peluang. Lagi2 bila tanya gynae kami harga untuk scan 3d rm250!!!Gila mahal kan padahal tanya kawan2 sume cakap rm100 la rm60 la..Pasni kalo tingin lagi nak scan 3D maybe kena pi Kedah/Perlis kottt..

9.30am kami dah sampai EQ hotel..10 min je pun dari umah kami so takdela masalah sangat. Kitorg orang pertama datang. Satu session actually ada 2 mommies je. Nasib kami datang awal sebab dapat layanan 1st class gitu kan.

Doc2 pukul 10am baru sampai. Tapi sangat berbaloi2 sebab 1st batch yang datang doc2 pakar. So, doc ni scan dengan jayanya :). Siap usaha lagi dapatkan the best image :). Nak tengok???Taraaaa..


Tengokla jari jemari dia.. :)
 Sangat real kannnnnnn..I love u baby :)
Ini baby menguap..siyes my baby asyik menguap je kejenyaaaaa..hehe

Rasa tak percaya ada satu nyawa lagi yang sy bawa. Bila tengok dia gerak2 menguap segala in 3D, Subhanallah..camana leh jadi semua ni ekkk..Inilah kebesaran Allah S.W.t.

Adala dekat 3,4 kali jugak doc scan sy..Siap dapat consultation percuma lagi kan (Kena gunakan segala yang ada depan mata :p) . Alhamdullilah doc kata semua Normal. Air ketuban, pembesaran baby, heart beat baby, uri. Semoga baby sentiasa membesar dengan sihat ye :) . Berat baby sekaran 671g (seminggu naik 100g :))

Tapi yang bestnya, kami dapat scan lagik dr sonographer yang bertauliah. Durang cakap, selagi kitorang tak puas hati, durang akan scan n capture the best pic+video..Syok kannn :).

Session kami end pukul 1.00pm. Puas hati sangat n baby dapat lak RM100 (rezeki baby la ni)..Thank Jezz& Team from 3D/4D scan Malaysia. Korang memang bestttt... :)

Monday, May 30, 2011

Chekup Update (23 Weeks 3 day)..Its gonna be MINI ME!!

Assalamualaikum..

Kalau kiraan minggu memang selalu sangat sy lupa. Dah scan baru ingat balik..rupanye dah 23 Wks. Hehe..Kali ni kami pergi Pearl Maternity for the 1st time. Plannye nk deliver baby kat situ nanti. Decision is final insyaallah :). Jumpa dr Rozita actually dengan perasaan takut sebab sume org ckp dia garang. Siap mimpi OK kitorg tak cakap pape daam mimpi tu sebab takut. Haha..

Tapi jumpa2 Ok je for me. Takdela garang pun. Misi kitorang nak tau gender baby. Borak2 sikit kt doc, trus doc soh baring nak scan. Muka baby time tu facing depan..waaaaa..comel :).
Doc trus gerak ke bawah...Trus nampak!!! I see baby girl!!! Tanya la kat doc..doc cakap girl :) ..2 kali dia tunjuk...Insyaallah betul baby girl :) . Tapi time dia tunjuk tu, kitorg excited kot, lupa lak nak soh doc capture time tu...So, tak dapat la gambo (takpe nxt scan nk soh doc capture tang tu..hehe).


Just ni je la yg dapat dicapture..

Time ni baby takmao facing depan dah..huhu..Berat 571g..53.7mm :) ..Alhamdullilah baby sihat :)

Tapi kat sini rupanya ada consult ngan scan je..ubat2 tu dia tak bagi. Lehla nak beli durang ada jual jugak. Biasanya sy dlu time pegi klinik penawar durang mesti akan supply vitamin cam obimin, calcium..So, takdela pikir nak carik kat farmasi kan...

Jadinya kami kenala cari sendiri kat farmasi..Sy just nak cari obimin, calcium ngan iron je untuk tambahkan darah...Perlu ke supplement lain yerk???tak tau la pulak..

So..here it is..I buy obimin pluz + biogrow-min

Pharmacist tu cakap biogrow-min ni natural product punya tu ler sy berminat. Cuba baunye agak meloyakan tekak la sikit..Takpela telan je la kan asalkan berkhasiat :)

p/s: My baby selalunya active kul 10pm (time2 org nak tido kan dia active)
p/s/s: Sabtu ni nak scan 3d FREE :)

Friday, May 27, 2011

Baby Carrier

Assalamualaikum..

Insyaallah our travel plan next year nak pegi Mumbai-New Delhi. Nak tengok Taj Mahal!!! Salah satu xtiviti lagi maybe pegi padang pasir kat Jaisalmer. Kitorang akan naik train. So, rasanya amatla memerlukan baby carrier ni kan memandangkan Insyaallah my baby pon kena ikot skali..ngehngeh..

My sister kan rajin google2 diala yang dok sajes kan...



macam ni ok kan..siap ada net tu lagi..

Ok jugak kan senang nk bergerak 

Yang ni lak kalo time nk shopping ke leisure ok gak kan :) 

Ohhh..yang ini comellllllll!!!

Sling bag memang banyak kat pasaran tapi rasa cam tak konpiden lak nak pakai sling2 tu..

Okayla..sesapa yang nak tengok lagi bolela ke website ni..

http://www.babycarriersguide.net/

p/s: padahal barang2 keperluan lain langsung tak beli pon lagi..hehe

Wednesday, May 25, 2011

Nak Jadi Model + dapat RM100??

Assalamualaikum...

Hye preggy2 lady sekalian..

Berminat nak buat 3D/4D scan percuma tak? Bukan takat FREE, dapat lak rm100

"Free 3d4d scan include CD & printout for those mummy interested to become model from 3-5 june 2011 at penang.... rm100 will pay for the mummy to become model on that day .... mummy need to attend 1 of the session...(24-30wk mummy only)... hurry up !!!... limited place..."
 
 Location kat EQ hotel Penang. Mommy just need to attend 1 session je (lebih kurang 3 jam) 
Actually event ni untuk bagi doc try the machine. Kita ni macam jadi model ujikaji la gitu plus dapat lak RM100 :)
 
Sesape yang interested,  just register ur name kat sini;

3D/4D Scan

I already register my name :) ..weeeeee

Tuesday, May 24, 2011

5 months Update

Assalamualaikum..

okeysh2..kali ni pregnancy update lak. Lama benor tak update pasal baby yerk. 

My eating habit
Sekarang si mak buyung ini sudah boleh makan almost everything. Almost ok bukan everything. Yang berkuah2 tu tekak ni takleh time sangat lagi. Ikan2 besor tu macam kerapu ke, ikan merah ke aishh memang dok selera la. Masalahnya my hasben ni suka benor la ikan kerapu mapu segala tu kan. Sy masakkan jugak tapi sy sentuh sikit2 je la ikan tu. Seafood still takde selera nak tengok walaupun takdela meloyakan macam dulu. Padahal seafood is my fav!!! Kalau ayam, mak Yong suka..hehe..

Perut Mak Yong
Memang layak digelar mak buyong dah sekarang!!!Sebabnya sy pon tak tau bila perut ni membesar. tetiba je dia membesar kan. Membulat je...hheeh :p Orang pon dah mula tegur, perut sy dah nampak!!

Berat Mak Yong
Ohhh..Ingat lagik dak sy dok risau why my berat tak naik2. Sekali masuk 4, 5 bulan ni tetiba je berat naik secara otomatik!!hahaha.. Siyes tak perasaan (padahal sekarang makan tak hengat). Pagi tadi timbang, my berat dah naik 5 killos!!Ermm..Tetiba time tu tak dapat nak bayang camana kalo berat nanti naik sampai 60kg..wooooooo..Tak pernah seumur hidup cecah 60kg..seram pulak memikirkan. Tapi bila pikir balik it is normal, cool down ler sikit.

Baby movement
Selama ni everyday memang sy dah dapat rasa baby movement. Kalau tak rasa tu memang sy startla risauuu. Tapi my hubby, malam tadi baru dia dapat rasa. Before ni sy soh dia rasa, dia kata tak rasa pape..Huhuu..Malam tadi sy cakap kat baby, lama dah baby tak gerak..baby majuk ngan mummy ke. Trus baby gerak ngan jayanyaaaaaaaa sampai daddy dia leh rasa. :)

Monthly Chekup
Ohh..bulan ni belum pi checkup lagik. This months we plan nak tukar klinik. Nampaknye klinik yg kitorg pegi sekarang takde gynae. Doc biasa je!!!!Yee..sy silap sebab tak buat research dulu. Dah 4 bulan baru buat research google2 n tanya2 orang. So, sekarang sy stick ngan my decision to choose Pearl Maternity yang agak2 5 jengkal dari umh saya. Sy baca semua gynae pon ada pros & cons..so, tawakal je la..Tak rasa lagi, mana nak tau kan. Hope this month my baby tak malu2 nak tunjuk gender kat mommy & daddy yerkk.

Okeyla..sampai sini dulu..nanti after checkup sy update lagik yerk with pic :)

Monday, May 23, 2011

My Birthday Celebration

Alaaaaaa..blog yang sy suka baca, dia privatekan la pulak..huhu
.......................................

Assalamualaikum. Tup2 je dah Isnin kan. Sy dah berusia 28 tahun, 3 hari..hehe. The celebration this year simple aje but sy happy :) .

Friday sy just sambut with my hasben kat luar. Just makan Johnny steamboat (sebab selsema lak dua2 kan..) pastu nonton Nur Kasih ( ohhh..berdebar kot takut adam mati..huhu). Gambar sy letak nanti yerkk..

Sabtu tu me n hasben plan nak buat makan2 sikit kat umah. Just panggil opismate yang rapat..Sy just terpikirkan spagetti jerk. Yang paling senang nak buat kan..hehe..Jomla layan gambar
Ni la the foods..Spagetti buatan sy, fries gorengan sy, sate pasar malam + mango CAKE
 Walaupun nak jadi mak budak, nak gak tiup2 lilin lagi yerk..haha




Tetamu yg datang..thanks guys.. :)

Happy lak dapat buat makan2 cam ni..lenkali nak buat lagi laaa..for Hari Raya ke nanti..hehe

Kla..sampai sini dulu :)

Friday, May 20, 2011

I'm 28 & I'm HAPPY...Alhamdullilah :)


yupsss..I'm 28 (w'pon muka cam sweet 18 kan kan kan..haha)..


Alhamdullilah..bersyukur pada segala nikmat yang Allah berikan. I've great loving caring family & friends :) . Allah juga temukan saya dengan seorang suami yang baikkkkkk sangat :) .Allah juga makbulkan doa kami untuk dapat baby cepat2. Insyaallah moga Allah kabulkan doa kami agar baby sentiasa sihat dan selamat dilahirkan. Dan sy berharap agar sy tidak melupakan segala nikmat yang Allah berikan ini....

Pagi2 lagi sampai office, my fren ana tetiba bagi Blueberry cheese cake untuk sy!!Waaaaa..rupanya2 dia buat malam tadi. Terharu sy :) . Tatau nak cakap kecuali ucapan THANKS :)




Yummy..sedappppppp banget :) 



What else I want in my life???Allah dah bagi semuanya..Sy yang patut membalas pada-NYA pulak.. :)


p/s: me & hubby demam n selsema lak sejak semalam...arini kami berdua masih ting tong lagik..hehe..sehati sejiwa tak demam pon nak sama2..haha 

Thursday, May 19, 2011

Musim Kawen Tunang :)

Banyak sungguh jemputan kahwin sejak bulan 4 sampailer bulan 6. Biasala tengah2 tahun ni memang ramai tul yang kawen2 kan. Sebab cuti sekolah kot???Banyak jugak jemputan yang sy tak dapat nak hadirkan diri sebab balik kg la n ado je plan kan. Mintak maaf la banyak2 pada yang menjemput tapi sy tak dapat datang tu..

Weeken lepas sy dijemput ke majlis pernikahan my opismate suci, ngan majlis pertunangan ana. Hari Sabtu. Hari Sabtu tu jugak plan2 nak pegi tengok showhouse kat seberang kot ada yang berkenan. Kebetulan weekend lepas takde plan ke mana pon.

Kul 12 kitorg bertolak dari umah sebab majlisnya 1230pm. Sy google map je location sebab tak pernah pegi pon umah Mawarni. Yang lain semua tak dapat datang except me, hubby n Mas. Mas follow kete kitorang dari belakang (dah sampai location barula tau upanya dia penah datang umah Mawarni ni..cehhh).  Sy ni punyala buat2 tahu. Tapi nasibla jumpa jugak tanpa sesat :p (Biasala sy ni ala2 garmin gak kalo nak tau..hehe..pasan jap).

Durang nikah kat majlis. Tingat lak kenangan time nikah dulu kan. Sejak dah kawin ni, rasa happy je tengok orang lain kawen..Siyes!! :) Time tak kawen dlu, takdela rasa tak happy tengok orang kawen, just rasa happynya lain macam je :)


 Ni la pengantin nyeee..comel gitu kannn...Tingin lak nk makeup2 macam kawen dlu..hhe

Pastu kitorg cari showhouse yang sy dok godek2 dalam internet tu. Tapi sy tak bape yakin la tempat tu leh sampai ke tak. Kali ni garmin dalam otak sy tak dapat bagi exact location. Last2 jumpa show house lain. Tapi masuk je jugak ngado2...
 
Tingin lak umah 2 tingkat sebab leh buat kaca camni..cantik woooooo.

Tapi sayangnye the price not within our budget at all..Huhuhu..rm600k ++. Aiyakkk..Padan la kan ngan umah besor cantek gitu. Ada hati jugak tu nak masuk tengok..Hehe. Jalan2 lagi terjumpa gak ngan umah yang sy nak sangat tu. Tapi takut terlambat sampai majlis Ana lak. Lagipun umah tu amatla jauh dari pulau. Pikir sy, kalau jauh gini baikla dok Kulim kan. So, cancel la umah tu. 

Terus menuju ke umah Ana. Tu pon sy dah google map siap2. Sib baik family lelaki lambat sampai. So, takdela kitorg ketinggalan... :)


Taraaa.. ni la Ana kawan sy.. cantek kan dia ( SELAMAT BERTUNANG :))

Suka la sy tengok kaler hijau ni. Santekkk...

Balik2 singgah JJ perda. Ternampak KPJ!!lor rupanye KPJ tu dekat je ngan umh my husband masa dia keje kat Sanyo..Punyala dulu seminggu 2,3,4 kali kan sy pegi sana..Hahah..Baru pasan. Terus singgah KPJ kejap nak tanya2 price kalo bersalin kat sana berapa. Sebab dok baca review ramai lak rekemen dr fauziah kat KPJ tu. Durang cakap kalo nak deliver kat sana, 7 mth dah kena start checkup kat sana.

Pastu jalan2 kat JJ perda. Pusing2 je macam dating2 dulu kan. Shoppingnya idak pon. Shopping untuk Bell je. Beli pasir dia, makanan..Tu je..After maghrib kitorang bertolak balik...

Balik2 si Bell dah bising..hahaha..

Thursday, May 12, 2011

Bersalin di mana???

Assalamualaikum...nak tau codition sy sekarang.............

Almost 3 wks takde kereja nak buat. Gtalk, facebook, twitter, blog, bace biter..tu je la kerejanya tiap2 hari. Thats normal actually bila satu2 project tu dah tapeout (dah abih la senang citer) . Kengkadang melangut sebulan pon ada. Tapi time bizi, bizi yang amatla kan..

Di saat takde kereja ni jugak la sibuk dok google sana, google sini..

Hasilnya.........

SAYA DAH KONPIUS NAK BERSALIN KAT MANA!!! 

Time kasih la kepada en. google yerk. Actually sy ini memang cari gynae gegirl malay sahaja. Kalau yang islamic lagi bagus. 

Saya ada baca, kalo every month checkup tu, bukanla DARURAT. So, kita ni sebagai gegirl kena jugak cari doc yg sama muhrimnya. Lainla tempat tu langsung takde doc perempuan kan. Lain casenya time nak bersalin. Time tu adalah DARURAT. Yelaa kot2 time tu doc yang bertugas lelaki je, kita lak memang nak terberanak dah..mana bole tunggu lagi..So, dibolehkan. tak dosa.

Kat Penang ni, payah sikit la nak cari gyna female malay. Tapi kami jumpa sorang Dr suggested by our friend. Nama klinik pon islamic, dewan bersalin muslimah. So, start dari pengesahan pregnant sampai checkup 4 mths, memang sy pergi klinik tu je. Lagipun doc baik je..Sopan santun lagi kan. Just the orice sy rasa agak tinggi. Tapi sy tatau maternity checkup price every mth punya rate.

Time takde2 kerja ni la baru sibuk google2..tanya2 orang kan. Rupanya banyak pulak BAD REVIEW pasal clinic yang sy pergi sekarang. Ada case lagik tu. Dahla mahal durang kata (sy baru tau price dia mahal dr tempat lain..) . Tapi ada gak dalam 10 org yang bagi bad review tu..ada satu yang puji. Sebab islamic. Maybe kalau normal ok, takde masalah. Just kalau ada komplikasi lain tu je. Terus sy rasa seram lak nak deliver baby kat situ. Terpaksala pikir2.

Google2 jumpa la clinic ni. Ada female malay gynae. Dekat lak tu ngan umah. Selama ni memang tau ada clinic tu, just sy ingat tarak female malay doc. Rupanya dia yang bukak clinic tu..Cehh..facilities pon cam ok tengok kat website dia. Ok, sy decide nak bersalin kat situ.

TETAPI...sy borak2 ngan opismate, rupanye dulu dia deliver baby dia kat situ dan dia sangat2 menyesal. Dia kata next baby memang dia takmao dah beranak kat situ..plus gynae tu garang..Waaaaaa..sampai camtu sekali. Ada akak kat opis ni pon ada bad experience ngan gynae ni. Adeihhhhhhhhh. Membuatkan sy berpikir2 lagi. 

Last2 my friend tu cakap, hospital perdana kat KB memang service dia tip top la..Tapi perluke sy balik kg beranak kat sana??nak kena amik cuti lagi..waaa..pikir2 lagi sampai pening dibuatnya.

Last2 sy takde answer lagik. 1st baby ni sy harap takdela dapat bad experience bagi mengelakkan perasaan nak pegnen kali ke 2 kan..huhu..

Kalau ada sesapa org penang yang tau mana2 gynae yg ok, tolongla bgtau sy yerkkkkkkkkk......

<sambil google2>

2 Dress + 1 jacket =RM119

Shopping time!!! Yang tak dirancang n takde dalam bajet pon..huhu..
Jumpa link yg my sis "like" kat facebook;

browse dia punya dress collection trus jatuh hati ditimpa baju..cehh. Sumenya cun2 n price pon okla tak mahal sangat. Lagipun sy memang tengah cari dress. Sebab bila pakai dress ni rasa selesa banget la pulak kan.

Kalau beli 3 helai FREE DELIVERY!!! Nak jugakkan Free tu gigih cukupkan 3 helai..huwahuwa..Nak tengok apa sy pilih?..Taraaa
I like the color
 Pilih yang ini sebab wawa cakap org preggy 5mth pon leh muat lagik+kaler hitam
  
Ohhh..jacket ni adalah pengaruh akak and the price RM30 only!!!Jacket ni comel n nampak cam tak tebal je..leh buat ala2 cardigan nnti..pakai ngan dress itam kat atas tu mesti cun..yayyy

Balik2 kerja baru cakap ngan hubby nak beli pastu nak pinjam duit dia..pasal gaji lambat lagi..<buat muka kesian>. Sambil cakap kat dia nanti bulan depan janji tak beli pape dah..huhu..

Tapi hubby cakap..apala pinjam..amik je la..huhu (tau dah saje je..hehe) ...

Thanksssss my laling :) 

Tuesday, May 10, 2011

Balik kg + Doa Selamat

Assalamualaikum..

Sejak kami kahwin 25Dis memang tak bali kg dah..yela lepas tu, kenduri Sabah..pastu my parents dok KL sebulan. Lepas tu sy preggy lak memang takleh naik kete jauh2.

Cuti labor day memang ditunggu2. Sy dah masuk 4 bulan..dah tak mual2. Dah leh naik kete jauh2 :). My sisters pon balik jugak. Lama tak jumpa durang or buat aktiviti girl day out (nak kena g KL ni nanti). Sya amik addition 2 hari cuti. Kebetulannya kitorg semua balik kg, aboh & ming trus plan nak buat kenduri doa selamt kecik2 for me yg tengah preggy ni.

Hari Sabtu me & hubby balik kg. Bu & Bell tinggal kat umah. Ana tolong kitorg bagi kat Bu & Bell makan n tukar pasir durang..Thanks Ana :).

Sampai2, kami disambut my niece yg sulung ni..
 
Macam Aliennnnnnn..kitorg panggil dia pak lawak sebab suka buat lawak lagik2 dengan tok Aboh dia..suka loyar buruk..

Kami sampai kul 5pm..aboh beli biri2 sekor. Dalam kul 6pm tu biri2 yang dah disembelih dibawak balik umah.
 
My husband, abg sy n akak ipar menyiat2 kulit biri2.

Nak tau apa yg TAK BEST!!! Saya CIRIT BIRIT(nak gak tulisan besar yerk) di hari kenduri!!!aduhai..tersalah makan pisang malam tu. Pisang yang patutnya kena msk dulu baru leh makan. Terus sy takde selera nak makan n muntah2 macam awal2 preggy lak..waaaaaaaaa..


Ni la lauk kenduri Kelantan style yg sy tak sentuh langsung!!huwaaaa..

Nak tau apa yg lagi sadis. Sy sejak kat Penang lg tingin makan laksa lemak mak sy buat. Ming ada buat, tp, sy langsung dilarang sentuh!!!huwaaaaa..sob sob. pilu tau tak dapat makan. Semua salah pisang tau bukan salah sy..waaaaaa lagik.

Aduhai. Nasib la sy amik cuti tambahn 2 hari lagi. Kalo tak amik pon, memang nak kena MC gakla. Tu pon time balik ke Penang punyala rasa tak sedap badan. huhu...

Lenkali balik kg sy takmao ngengada makan yg ntahpape yg leh akibatkan cirit birit..huhu..Sekian citer cuti sy yg x brape best. Yang bestnya sebab dapat balik kg je la..huhu

May Bu rest in peace


Assalamualaikum

Kami ada 2 ekor kucing peliharaan. Bu dan Bell. Dua2 ni my husband yang bela sejak kecik.
Ni Bu time 2,3 bulan kot. Sekarang 6 bulan dah besar.

Actually hubby punya opismate terjumpa ank kucing ni sorang2. Takde mak..dia amik bawak pegi opis. My husband trus nak bela. We adopt Bell also buat kawan..amik time kecik gak 2 bulan gitu.

Awal2 kawen kitorg dok jauh. Memang hubby yang jaga Bu & Bell. Bagi susu semua. Doc pon terkejut tengok Bu boleh survive w'pun terpisah dari mak dia. Bu ni sebulan my husband bwk pegi keje sbb tatau nak tinggal kat mana. Time tu kitorg tak menyewa umah lagi. So, Bu ni memang ada special bonding sket ngan hubby. Hubby pon memang sayang dia sangat2.

Kitorg bawak balik Penang. Memang hubby yang uruskan semua pasal Bu & Bell. Kebetulannya sy trus pregnant. Tak elok pregnant lady uruskan taik kucing ni sbb ada virus yg tak elok untuk pregnant lady. Memang orang Malaysia % untuk kena virus adalah rendah sebab kebanyakan kita dah immune..dah biasa ngan kucing..tp, still sy elakkan uruskan pasir durang. Makan pon mmg my hubby yang buat sume.

Tapi sejak kitorg bawak balik Penang, Bu makin tak active. 2 wks before , Bu takde selera makan. Kami bwk ke klinik, doc ckp dia demam n bagi ubat demam&flu. Kitorg balik kg..Balik penang semula, tgk Bu makin teruk. Tak selera makan. Kitorg ingat dia kena cacing..So, pegi beli ubat cacing. Tapi dia makin lemah lak. Makan langsung takmao. Tapi perut besar.

last2 bawak pegi Vet lagi. Doc tahan dia kat ward. Kena masukkan air & ubat. Masuk hari Sabtu. Ahad doc call bgtau maybe Bu kena FIP. Virus yg takde cure. Kami terus google. Memang takde lagi ubatnya. Semua case berakhir dengan kematian.

Macam tak percaya. Tapi sy cakap kat hubby, nanti kita ambik Bu..Kita jaga dia..biar dia mati dengan kami bukan mati merempat. Saya pon dah google cara nak jaga kucing yang kena FIP. Takde masalah untuk manusia sebab memang tak berjangkit dengan manusia. Just kena isolate from Bell je. Sy cakap ngan husband, kita amik tengok camana dulu, tapi kena jugak ready kalau betul Bu kena FIP sebab banyak dah tanda2 macam demam, takde selera makan, berat berkurangan, kaki lemah takleh nak berjalan sangat. 
 .................................

Hari ni datang kerja macam biasa. Lunch hour plan nak pergi amik Bu dengan harapan dia makin sihat. Tapi belum pon lunch hour my husband datang. Dia cakap doc call n bagitau Bu dah takde. Dia dah meninggalkan dunia ni. Sy rasa macam tak percaya lak. Sebab cepat sangat...Sebab Bu sangatla active. Tak sangka hayat dia 6 bulan je.

Sesedih2 sy, sy tau husband sy lagi sedih. For him Bu tu perangai dah macam dia. Kami pergi vet untuk tengok Bu untuk kali terakhir. Tatau camana nak hadapi, tapi kami kuatkan semangat jugak. Kami takde tanah nak ditanam, so kami serahkan kat durang untuk uruskan jenazah Bu. My husband usap2 dia. Bu macam tidur je.

Kami tak banyak cakap. Nangis je...Sy cakap kat husband, tak salah kita nak sedih..kita ni manusia biasa ada perasaan..cuma kita redha kan je pemergian dia. Maybe sebab dah pernah kehilangan orang tersayang, sy tau cmna rasanya. 

Sy tau Allah lebih sayangkan dia. Mungkin dia lagi bahagia ada di alam sana....