Friday, February 25, 2011

Muntah Lam kete Sendirik!!!

Last Sunday..tetiba teringin lak nak makan ketam kat Juru. Pernah dtg sekali ngan CIk Selamah Kundang, skandal dia n Ana. (Mao salahkan Cik selamah sbb dia yg ajak :p).

My husband banyak kali tanya seriyes ke nak pergi. Yela dia tengok saya naik kete kejap je dah pening2 lalat. Tapi biasala keinginan ibu mengandung mana bole tolak2. Makin membuak2 nak pergi adalaaaa..D.E.G.I.L!!!! :p

Perjalan ke Juru rasa macam jauh nak g KL pon ada. tapi bertahan. Sampai2 keluar masuk kedai dah pening dengan bau durang bakar ikan la itu la ini la. Membantutkan selera!!!Cari tempat duduk paling jauh dengan kawasan pembakaran.

Saya order mee udang n my husband order nasi putih cam biasa ngan ketam. Saya berjaya abiskan udang. Tapi mee nya mcm tak bersentuh. Yelaaa..udang tu yang mahal kan. Actually macam takleh masuk dah. Tapi paksa jugak masuk. Sebab susah nooo nak cari makanan yang bole masuk anak tekak ni. Bila dah bole masuk nak makan banyak2 la kan. T.A.M.A.K!!!!

Siap2 benti masjid jap semyang maghrib. Teruskan perjalanan balik. Tak sampai 5 min jalan rasa cam nak termuntah. My husband tanya nak benti petronas tak. Saya ngan riaknya cakap..Takpe2 tunggu kat umah (Bukan jauh sangat kannn dalam hati berkata).

Elok2 masuk jambatan siyes tak dapat tahan. Atas jambatan mana bole benti kan!!!Adeiii. Plastik dahla takde. Guna tisu n muntah sikit dulu. Sebab tak tahan gila2.

Lagi 2 min nak sampai umah tu..Sangatla tak tahan. Dah berpeluh2. Maka terhamburla segala isi udang n ketam. Abih mencurah2 atas baju n kete ( Sila jangan bayangkan..ewww). Pastu saya menangis. Hahahah..My husband tlg bersihkan sisa muntah dalam kete tu (thanks dear). Tak percaya sy muntah sebanyak itu!!!!

Lepas kejadian tu terus selera makan udang M.A.T.I!!!

Pengajarannya sy TAKKAN PAKSA MAKAN lagik!!!!Kalo takleh nak masuk dah tu maksudnya memang takleh nak masuk la tu...

Aisshhh..Saya yg banyak makan ni jadi tak banyak makan lak sekarang. Nasi lemak sehengget pon takleh nak abiskan...Bazir tauuuuuuu

2 comments:

Peri PiA said...

muntah mmg xblh nak tahan shayang

take care

cik selamah kundang said...

awal2 dah ada statement membunuh.hahahahaha.