Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Friday, December 9, 2011

Susu Ibu (Pengalaman BF)

"Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi.."

"Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula."..

"Mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula."

"Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus."

"Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia."

"Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak."

"Menyusu badan menjimatkan wang."

"Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta."

"Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa."

"Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat."

"Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari."

"Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. "

"Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk"

sumber: http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/menyusu-badan/173-kebaikan-susu-ibu.html
............................................................................................



Assalamualaikum.

Alhamdullilah sejak mengandungkan Sofea, saya memang berminat tentang penyusuan susu ibu. Banyak ilmu saya timba dari forum/website. Nak sediakan diri siap2 dari segi mental ngan fizikal. Saya bertekad akan bagi susu saya sendiri untuk anak2 saya selagi ada. :)

After deliver, bila nurse tanya nak bagi BF or FM? Saya dengan confidentnya cakap nak bf (walaupun time tu letih tak abis lagi). Terus nurse bagi kat saya (Kalo tak durang tak bagi tido sekali huhu). Saya cuba positifkan diri susu ada. Nurse pon cakap memula ni maybe susu kurang tapi keep bagi susu nanti 2,3 hari pastu susu Insyaallah mencurah2. Alhamdullilah saya dapat bagi susu pertama (kolostrum) pada Sofea :).

Malam pertama tu memang Sofea kerap bangun (maybe amik masa nak sesuaikan diri ngan dunia luar). Saya gagahkan diri jugak menyusu Sofea (kalo melayan letih memang nak angkat Sofea pon tak larat hehe). Kalo tak larat sangat saya menyusukan sambil baring. Kejap2 duduk, kejap2 baring. Takde belajar praktikal, agaknya automatik je jadi pandai bila baby keluar ( n hasil pembacaan teknik2 menyusu..hehe). Yang penting bila baby nangis jangan gabra n rasa baby tak cukup susu, just teruskan penyusuan..Insyaallah baby cukup makan :).

Mak ngan ayah saya memang sangat menyokong bf (mak tujuh2 anak pon bf). Pernah anak buah saya yg darjah satu tu cakap time saya bf Sofea "cik t..tak malu ehh" ..ayah saya cakap " Nape nak malu bagi makan anak..keje mulia tu bla bla bla"..Saya sengih je hehe. Hasben sy pun sama, dia awal2 dah cakap nk soh exclusive bf..Sokongan hasben memang sangat penting..tq laling :).

BF di tempat awam/public? First time bawak Sofea outing, siap bawak susu perah lagik kan (tapi susu tu tahan sejam je bila dipanaskan hehe). Tapi sekarang tak lagi. Memula nak NIP tu memang malu n gabra semacam je kan. Tapi saya tebalkan diri n cakap pada diri sendiri "aku buat keje mulia bagi makan anak aku susu paling bagus dalam dunia". Tapi kenala jaga jugak kan bukan exposekan diri kat orang camtu je..hehe.. Macam kalo jalan2 supermarket tu bila lapar saya akan cari nursing room (kalo takde kat surau paling senang), takpun time makan cari tempat ujung2. Cover la ngan kain..Sekarang pon macam2 ada nursing blouse la, nursing bra la..tp sy pakai kain tudung besar rm10 tu je untuk cover hehe (nursing cover mahal sangat la..haha). Sekarang ni dah confident. Nak bawak Sofea outing takdela rasa cam takut2 lagik :).

Alhamdullillah Sofea masuk 3mths next week n masih exclusive bf (mudah2an sampai dia 2 tahun). Saya percaya pada supply vs demmand. Insyaallah susu tak abis sambil2 berusaha nak tambahkan susu (banyak makanan bekhasiat kan as milk booster) n doa itu penting :). Berat Sofea pun naik ikut graf elok je..

Sy pon sekarang dah start keje dan mudah2an saya tak malas nak mengepam..hehe..Sofea pon dah terima minum thru botol. Seminggu gak nak mengajar dia..hehe..gud girl anak mama..

Jika diizinkan Allah, saya bercita nak bf until 2 yrs..amin..

5 comments:

mshazadoes said...

BF tu pe dia iyer ibu???(leh aku bljar coming sOOn nih)hi3..

sepol kenshu said...

breast feeding....hahah

PurPLe LaDy AiFA said...

good job! hehe. sm la zati, mula2 nak NIP mmg malu2, siap cr tpt ujung2 bagai kat kedai makan.. aritu bawak nasuha jalan2 KLCC, punye cr restoran tertutup sbb nak bg die minum. tp skrg smbil berjalan pon bg DF terus.. cover ngan shawl soploh ringgit tu jugak. tp dh 2x shawl ilang sbb jatuh time bershopping. wahaha.

babybugmum said...

baya..tu hasben aku dah tlg jawabkan..hehe

eppa..aar..samala pakai shawl 10 hengget tu..sama je function dia ngan nursing cover yg mahal tu..hehe

aNiS tHe BumbleBee said...

bravo!bravo!teruskan usaha key dear.

yg penting,konfiden je susu tu mmg akan cukup kt baby kita.relax je.kalo stress,susu mmg agak sendu skit.

budak najlaa,smpai skang ni tanak botol.mcm tau2 je aku nk keje.terus tanak bg.aku pun rasa mcm berat2 nk keje.padahalll dh balik msia.haihlaaa..