Tuesday, June 18, 2013

Choc Cake 2 min siap

Assalamualaikum,

Pregnant kali ni I suka makan benda2 manis. Aiyoyo ini adalah tak bagus untuk kesihatan. Tapi nak buat camana mulut ni memang nak makan yang manis. Rajin pulak nak buat dessert bagai. Aritu buat puding truffle konon tapi agak tak jadi so malas nak share di sini.

Weken lepas lak I teringin nak buat cake. Tapi I is takdok oven. Microwave je ada hadiah kawen. Selalunya guna untuk reheat je or defrost. Akibat nak jugak buat cake, I google la cari resepi buat cake guna microwave...

Jumpa la beberapa resepi. So, I combine je la rasa mana yang senang. Sorry itu sume blog2 yang di gugel sudah tak ingat. Di jemput google sendiri yerkk..hoho.

Ampunkan budok tak pakai baju ni. Tak larat ligan soh pakai baju huhu.


Meh nak share resepi sikit (oh memang sikit bahan dia macam pic di atas tu):

1. 1 biji telur
2. 4 sudu gula
3. 3 sudu tepung naik sendiri
4. 3 sudu fresh milk ( I put sesedap ati supaya tak keras)
5. 3 sudu nutella yang super yummy itu nyummm
5. 3 sudu serbuk koko
6. 3 sudu minyak jagung

Cara:

1. pukulkan telur & gula supaya gula tu larut
2. Campurkan sume bahan
3. pastikan tahan cair tu agak meleleh sikit. jangan keras2 nanti keras kejung lak bila siap hoho.
4. Masuk dalam microwave for 2 min

Siappp..leh makan. Sedap dimakan dengan coklat cair or ice cream or apa saje or makan begitu saja.
Jangan gelak. Ni je cawan yang leh tahan microwave. Pasni nak cari mangkuk khas..hehe..macam mushroom my adik said..lol
Cawan pertama agak keras sebenarnya sebab me masak for 4 min & campuran tak cair sangat. Next me tambah fresh mil & masuk microwave for 2 min only!!! Memang lembut jerk. Sukatan tu cukup untuk 3 cawan je macam gambar kat atas.

Yang penting Sofea suka makan nyum nyum. My suami? Dia tak minat kek. Makan separuh je (nak amik hati kot..haha). Ataupon dia makan sebab I buat surprise father's day. 

My hasben pegi keje. I letak kad buat sendiri & kek ni 2 ketul atas meja tutup tudung saji. Gambar adalah tak sempat nak snap...lol...Sorryla en hasben takde sambutan best2 pon..sape soh pegi keje..hoho..

Okayla..selamat mencuba k...

p/s: pasni nak cuba buat perasa lain lak..bosan gak choc je kan..

2 comments:

dya said...

aku pulak preggy ni x suke btul makan2 manis..suke makan benda yg masin cm kacang,kerepek,ikan masin..klu manis sure aku muntah mek..

babybugmumshop said...

hehe..memang beza kan..ikut orang.. :)