Thursday, August 1, 2013

Selamat Hari Raya!!!!

Assalamualaikum.

Awal tak awal tak..hehe. Sebab spesies malas nak update blog. Jadi saya update terus la ucapan selamat hari raya. Esok dah last day keje before cuti for raya. Dok kg jangan harap nak update blog yerk.

Persiapan raya tahun ni sume dah complete kot. Saya adalah sudah 30 weeks jadi takdela ngegeh sangat nak beraya sakan kan. Plan memula nak beli dress poplook je murah2. Beli sehelai tapi tak masuk tema..Tema adalah purple this year sebab baju melayu hasben kaler purple. Terpaksala follow. Hasben adalah cerewet nak cari baju. Bila dah ada baju size dia tu terpaksala jugak kan beli. Saya adalah ok je dengan kaler purple. Not my fav color tapi apa pon tak kisah la. 3 hari je raya. Raya ke 4 dah balik Penang. So, prepare 3 jenis baju je la. Jalan2 BJ jumpa lak baju purple yang muat dengan mak buyung ni..Hahaa..pesen baju besar sikit bahagian perut. Saya naik tang perut jerk..Kalo beli baju size besar kang tang lain menggelebeh pulok.hoho. Cukupla for me baju tu, dress poplook ngan baju raya lama time pregnant sofea. Tu je yang saya beli untuk diri sendiri. Untuk suamiku tercinta pulok yang macam banyak...Baju melayu, t-shirt ngan jeans..hehe..For sofea baju kurung cotton, 2 baju jalan, kasut raya. Okeyla kita elakkan konsep pembaziran wokeyh sebab lepas raya kena beli barang adik pulok!!

Kuih raya tahun ni saya plan tak mao beli. Plan mao bikin sendiri. Tapi my sister whatsapp bagitau takyah nak susah2 bikin biskut raya. Dia dah kirim banyak jenis biskut raya. My sis turn balik raya belah her husband this year. Tak jadila nak buat biskut raya. Just nak buat kek lapis India. Dah minta tolong husband untuk tolong sekali. Dia kata okay!!! Kek lapis ni sebenarnya takdela susah sangat. Yang susah time nak melapis & kena ada komitmen 6 jam!!!!hoho. Dulu saya pernah buat sekali kek lapis masam manis. Makcik2 sume puji siap minta resepi...lol..haha.. :p

Duit raya dah tukar. Sampul raya pon dah cukup. Rasanya duit raya tu mesti lelebih punya. Zaman sekarang manala ada budak datang beraya kat rumah lagi. Tak macam dulu2 tak putus layan budak datang rumah. Dapat 50 sen pon jadilakan dolu2. Duit raya ni banyk untuk anak2 sedara je la & sepupu yang masih kecik. Ada lagi ke sepupu masih kecik..haha..macam takdok. Bagi kat anak sepupu pula. hehe..

Kereta baru je dapat roadtax. Esok baru nak service. Ingat nak raya ni baju raya je ke penting!!kete pon penting oit sebab kampungku nun jauh di kelate. Bawak cik biru sebab lama tak jalan jauh. Asyik pakai si hitam..si biru dilupakan..hehe..

Insyaallah hari Sabtu pagi bertolak balik kg. Saya sebenarnya dah tak larat puasa kat sini. Makan tak sodap. Masak sendiri kadang2 je sebab keletihan. Masak sendiri memang sodap tapi tak dapat nak masak ari2. Mak buyung tak larat wokeyhh..hehe. Nak balik puasa kat rumah dapat makan masakan ming yg superdelicious itu.

Doakan perjalanan kami selamat....

Last sekali SELAMAT HARI RAYA semua & maaf zahir batin. Bagi yg memandu balik kg tu hati2 di jalan raya k... :)


No comments: