Thursday, January 16, 2014

Macamana nak Handle Tantrum Toddler -TIME OFF

Assalamualaikum.

Lama tak menulis kan tetiba nak tulis pasal ni. Banyak lagi nak kena belajar pasal parenting ni..Tapi kaedah yang dah berjaya nak share jugak kat sini kot2 ada ibu2 mak2 bapa2 terbaca kan.

Jo Frost Extreme Parental Guidance- my fav tv shows. Banyak sangat yang kita bole belajar dari situ. Silala tengok channel 709 lifetime. Salah satu kaedah yang aku dah praktikkan kaedah TIME OFF.

Cek mek sofea dah 2 yrs ++. Tak dinafikan kengkadang time datang tantrum dia sangat mencabar kesabaran seorang ibu apatah lagi dia buat tantrum time adik dia pon tengah nangis!!! Rasa nak cecubit je kengkadang tapi kena banyak bersabar. Jangan pukul/cubit. Jangan jugak jerit2 marah. Ada potential budak tu jadi ganas nanti. So..kalo rasa nak marah sangat, isytifar la bebanyak..Atau pass kat papa dia hehe.

Okayla berbalik pada kaedah time off. Actually dah start lama. Start time tengah berpantang dulu tapi takdela buat bebetul sangat. 

Cara dia sebenarnya tak susah sangat. Kalau anak buat salah atau meragam tak tentu hala, just put diorang dalam time off maybe dalam 5 min(bergantung pada kesalahan). Macam aku, kat rumah tu memang ada satu sudut untuk time off Sofea. Bila dia buat salah atau meragam tak tentu hal aku akan cakap " Sofea, duduk kat situ"..Pandai juga dia pergi sendiri dalam mengamuk2 tu kalau aku suruh. Kalau tahap kronik meragam pon aku akan angkat dia & letak situ. Amazingly bila kita bagi time off tu tak sampai seminit kengkadang dia dah senyap atau tone dia nangis dah jadi slow.

Bila keadaan dah reda, aku akan pergi dekat dia & explain kenapa dia kena time off. Pastikan kena bagitau reason. Jangan biarkan anak macam tu je tanpa dia tau reason dia kena denda. Nanti dia konpius pulak tak pepasal kena denda. Pastu peluk2 cium..hehe..

Kalau sebelum ni tak guna kaedah time off meraung tak berenti kot sampai dia letih.

Kat luar je aku macam tak bole nak control sikit. Tapi salah satu tips yang paling berkesan adalah ignore-no eye contact bila dia tantrum or nangis nak minta sesuatu. Berkesan!! Tapi kena tahan telinga & malu dengan orang sekeliling bila anak nangis guling2...mesti orang kata aku mak yang kedek...haha..Bergantung pada anak..anak aku bole tahan lama jugak tahan tukul nak berguling..adoi!! Takpe...mungkin amik masa.

Yang penting kena konsisten & kena libatkan husband juga. Jangan sorang cakap lain, yang sorang cakap lain...Fenin anak tu.

Okeyla..nanti kalau ada tips berguna aku akan share sini. Bila kaedah tu dah berkesan baru aku share la off coz..hehe..

K la..byebye :)

puteri kesayangan kami :)



1 comment:

salina salmee said...

Tgh mengalami benda ni skrg, baru lahirkan baby girl, si abg setiap (1yr 7mth), tiap-tiap hari mengamuk...:(