Tuesday, January 13, 2015

Travel South Korea in 8D7N (with 2 kids phewww) :Part 1 BUSAN

Assalamualaikum,

Jom citer...

Day 1

AA buat promo KL-Busan murah sebab tu ler aku beli tiket KL-Busan. So, Busan la arah tuju kita. Flight pagi, sampai Busan dalam pukul 2pm

Macam biasa sampai kena beratur custom cek..bluerghhh

Sampai2 je ambil bag custom clearance segala kami terus ambil taxi. Suhu still ok2 lagi tak berapa sejuk sangat..dalam 19 degree. Trus bagi pakcik taxi kertas aku dah print sesiap address dalam bahasa Korea. Apartment kami kat Haeundae Beach. Saje nak dok dekat ngn pantai. Teringin nak tengok the famous beach tu kannnnnn!!Kat Busan ni still cheap la nak naik taxi..takdela cheap sangat tapi takla rasa nak pengsan kalo tengok harga. From Airport to Haeundae about 1 hr 60k won. Pilihan lain nak lebih jimat leh naik airport LIMO or subway. Ohhh lupa aku jumpa apartment ni thru Airbnb.com. Yang penting bagi aku ada kitchen bole masak nasi kari ayam telur dadar lalallaa~~~
Our stay kat Haeundae Beach Busan (5min walk to beach)
Sesampai tu kita relax2 la solat bersihkan diri masak & makan. Kelaparan hehe. Kat Korea ni senang banyak kedai cam 7E pastu ada jual telur. Leh beli telur lauk tambah..yumm yumm.Lepas tu kita jalan2 kaki cari pantai.
Sejuk pulok..Jalan2 kat Haeundae

Ni betul2 kat tepi pantai..Dah kenyang so tak perlu makan la kannnn..
The famous Haeundae Beach at night...Cantik..Bersih!!!
Lepas tu kita jalan2 lagi jumpa kedai beli the famous korea fresh milk tu kan ngn jumpa telur..beli telur untuk lauk tambah.

Day 2

Ikut plan asal kami jalan naik bus. Tuan rumah pon sajes naik Bus. Tapi sampai ke sudah tak merasa naik bus. Haha..lagi susah kot!!! Last2 kami amik subway je. Subway pon 3-5 min walk je dari apartment. 1st criteria la memilih apartment wajib dekat ngn subway..selain ada kitchen. Oooo sebelum tu silala donlod apps JIHACHUL KOREA SUBWAY APPS yeeee..sangat2 la berguna kalo ko naik subway kat Korea. Takyah nak banyak berpikir tengok route sangat. Kami bawak 1 stroller dan sepatutnya ada 1 baby carrier tapi baby carrier tu dah disedekahkan dalam flight AA(TERTINGGAL!!!!sobsob). Subway is ok la cuma penat la sikit..Selalunya ada lift so okayla tapi ada gak kawasan yg takde lift..Tapi nasib dah beli babyzen sesiap mmg sangat best bwk travel!!!
Konon nak tunggu bus tapi bus lambat pulokkk
Oleh kerana kami dari Haeundae so agak jauh sikit la 1/2 jam baru sampai Jagalchi. Kalau kat Haeundae ko naik from Haeundae pnya station (lane 2) pastu turun kat Seomyeon station tukar lane 1 pastu turun la kat Jagalchi station..Pastu dah sampai keluar jalan terus belok kanan jalan terus jumpala Jagalchi Market(paham tak)!!!omai omai aku dok tengok je kat blog blog orang yang pernah pergi. Excited pulok bila ada depan mata!!

Our main transport kat Korea!!
Main transport kami kat sana adalah subway. Memang dah prepare mintak adik punya t-money 2 ketul. Sampai2 trus kami topup t-money kat kedai cam 7-e tu 20k won satu card..Memang cun2 untuk guna kat Busan & Seoul. Lagipun t-money leh beli guna air machine ngan 7-e..ok gakla..

Jagalchi Market


Mika
Sampai Jagalchi tak best pulak tak makan so kita makan la for lunch. Ubi rebus tu sedap manis.
Memang bertarget nak makan sashimi..yayy
Lepas dah kenyang kita jalan2 kat Nampodong/ BIFF square. Tengok2 je takde apa yang berkenan pong. Beli monopod je. Lepas tu kita jalan2 lagi naik Busan tower. Ohmaiii. Bercinta gak nak naik atas ngan membawak budak kecik 2 orang ni. Bercinta pon tetap kami naik la. Masih ok la for us yang masih muda belia..hehe.
Ni kat Busan Tower
Dah sampai atas mestila naik Busan tower tu kan..Murah je naik sini tapi lupa la pulak berapa. Rasa cam dalam 8000W kot..kot...

View from Busan Tower
Lepas tu kita balik apt by subway jugak. Balik rumah terus masak. Oh kami beli sayur sikit kat Jagalchi tadi. 3000 W. Bolela kan tambah lauk. Dinner untuk haritu..
Dinner kari ayam, telur dadar, salad, nasi putih
 Lepas makan kitorang keluar lagi jalan2 kat Haeundae beach.

Day 3

Actually kami punya flight pergi Jeju adalah hari ni pukul 3.00pm. Tapi aku ada 1 tempat wajib mao pergi lagi iaitu Gamcheon Culture Village. Sebab gigih nak pergi jugak walaupon kena catch flight at 3pm, semua dipaksa bangun awal pagi kul 6am haha. kul 7am dah naik subway macam nak g Jagalchi jugak tukar satu lane 1 kat Seomyeon tapi kali ni benti kat Toseong station, satu station after Jagalchi Station. Sampai sana ko bole jalan terus sampai simpang belok kanan lepas tu tunggu bus kat situ. Tapi kami is nak cepat kami amik taxi je dari Toseong station tu. Taxi dari situ murah je sebab 5 min je sampai ler Gamcheon Culture Village. Kul 830am dah sampai. Kedai apa smua tak bukak lagi..Pelancong pon tarak..haha. Target aku kena blah dari situ kul 930am. Jadinya kita pergi amik gambar mana yang nyempat je la.
kaki ni wajib la kan amik gambar

Ni pong wajib amik..hehe

The famous "FISH" kat gamcheon culture village ni wajibla amik gambar

My doter sofea the first :)

Gamcheon Culture Village
Lepas tu kami buat cam tadi amik taxi pergi subway tapi 10x aku cakap nak gi Toseong station pakcik driver taxi tak paham..Last2 aku cakap jagalchi station baru dia paham. So jauh la sikit & bayar lebih la sikit..Grr. takpela rezeki pakcik. Kami sampai Haeundae station dalam kul 10am. Nyempat lagi seround kat Haeundae Beach
Haeundae Beach

Haeundae Beach

Pukul 1030am reach apt siap2 apa yang patut. Actually pagi buta tu dah siap packing pon. Balik trus angkut bag turun bawah tahan taxi trus pergi Gimhae Airport. Kul 12 dah ada kat airport. Hehe. Taxi senang je ada merata2.

Sekian al tamat cerita kat Busan..

Lepas ni kita pergi Jeju Island pulak yihuuu..



3 comments:

Sheherazade said...

Assalammualaikum hi
ingt pia lagi?korang mmg awesome bab melancong

ezzati said...

salam sheherazade..ingat2..hehe..tq xde la osem sgt kikiki

mshazadoes said...

seronok sesekali dapt holiday ke luar negara kan.nth aku bile agakn ye bole sampai :P