Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, June 6, 2013

Laksa Sarawak Version saya!

Assalamualaikum.

Tetiba citer pasal makanan pulak kan. Sorry la sesapa yang puasa hari ni. Saya arini pose sampai pukul 11 pagi je..huhu.Apadaaa.

Berbalik pada resepi kita (cewahh). Beberapa hari lepas saya teringin makan makanan Sarawak. Biasala kalo mengandung ni bila teringin tu kalau bole nak kena dapatkan jugak la. Saya teringin laksa sarawak, mee kolok..Dulu saya belajar kat Sarawak 4 tahon, sebab tu la ada perasaan nak makan makanan Sarawak. Zaman sekarang ni kalo teringin mesti ngengada nak shout dekat twitter laa..fb laa (I ler tu) . Shout2 tu ada la sorang membe ni kat Sarawak ni baik hati nak tolong pos pes laksa sarawak. Kalo nak pos laksa sarawak yang dah siap kang tengah laut dah basi :p . Saya memangla ada kengkawan kat Sarawak nun tapi tak terpikir pulak nak mintak tolong durang pos. Apada..Sebelum2 ni saya pernah buat sendiri laksa sarawak. Rasa cam kat kedai..Erkkk. Bole tak nak puji diri sendiri sekali sekala. haha.

ni la pes my fren pos..tq khay. kalo nak sedap yang hj manan & liza durang kata tp apa2 pon cam sama je rasa dia I buat..hee

Okeyla mehla saya share sket saya punya version. Kalo tengok resepi kat packet tu simple je, tapi saya tambah2 jugakla sesuka hati sesedap rasa. 

Baikla meh saya share bahan2 dulu:

1. Pes laksa Sarawak (kalau rajin silala kisar buat sendiri, I tak rajin aka malas..hoho..)
2. Udang sesuka hati bape ekor
3. Ayam sesuka hati bape ketul
4. Serai
5. Bawang merah, bawang putih untuk menumis
6. Telur
7. Santan
8. meehon
9. taugeh

*Saya selalu masak tak sukat2, ikut sesedap rasa sahaja

Cara buat
1. Memula buat air stok dulu. Rebus ayam & udang sekali. 
2. Dalam periuk, tumis bawang merah+putih & pes sekali
3. Campak air stok tadi, letak serai ketuk biarla masak reneh lama sikit 15-20 min
4. Letak santan
5. Jangan lupa letak garam
6. Biarla mereneh supaya santan masak.

Cara makan
1. Letak mihun yang dah dicelur supaya tak keras macam batu dalam pinggan cantik2
2. Letak ayam rebus tadi. Sila racik2 kan ayam tu yerk nanti tercekik dan tak cantik!!
3. Letakkan udang rebus tadi beberapa ketul yang anda suka
4. Letak taugeh (tambah ketumbar pon bole kalo suka..I tak suka)
5. Letak telur yang dah digoreng, pastu angkat gulung hiris nipis2. Telur rebus pon bole.
6. Letak sambal belacan sikit (yang ni pepandai la buat yerk)
7. Letak kuah
8. Makan
Taraaa..Sila abaikan kecomotan pinggan. perah limau sikit baru terangkat.

Senang kan!!!Hehehe. Banyak gila saya makan. Akhirnya tercapai jugak tekak yang teringin nak makan laksa sarawak. Rasa tetap macam rasa kat kedai..Erkkkkkk. :p

Sofea punya version takde kuah. Sungguhla tak ikut mama, tak makan pedas ini budak!!

2 comments:

PurPLe LaDy AiFA said...

dapnyeeeeeeeeee. tetibe teringin. hahaha

mshazadoes said...

wah..nasib baik aku lum teringin nk mkn laksa mek oiii..hihihihi