Wednesday, July 17, 2013

Salam Ramadhan + Balik Kg

Assalamualaikum.

Harini dah 8 ramadhan baru nak ucap selamat yerk. Agak terlambat disitu tapi tak kisah la..Nak wish jugak salam ramadhan. Buat ibu2 yang mengandung macam saya di bulan ramadhan ni semoga kita bertabah & dapat tunaikan puasa. Kalau tak dapat pon takpe jangan down nanti kita ganti balik okey :) . Bagi ibu2 yang menyusukan anak time ramadhan ni selamat bertabah jugak. Saya pon penah rasa pump susu time ramadhan. Letihnya alahai sama je letih or lagi letih dari time pregnant. Rasa haus sangat tapi alhamdullilah berjaya tempuhi dengan izin Allah S.W.T.

8 ramadhan tapi saya berpuasa 7 hari. 1 hari ponteng time balik dari Kelate. Tak larat. Time balik dari Penang ke Kelate leh la pulok puasa kan. Hehe. Takpela syukur juga dapat tunaikan puasa :). Last weekend balik kg. Kalau bole hari2 nak balik kg buka puasa kat rumah. Masakan ming la paling best. Balik buka kat kg selera bertambah2.

Sofea demam pulak hari Jumaat. Sabtu pagi dah bertolak balik Kelantan.

Berhenti rehat kat titiwangsa. Budok ni demam
Akak, abang ipar, adik, abang sulung & family semua buka puasa kat rumah ari Sabtu. Menu adalah kerabu jantung, ikan bawal masak merah, lala goreng kunyit, ikan sebelah goreng, ikan tatau nama masak pedas gulai tempoyak. Aduhai pandai gambar tak amik gelojoh nak makan. Yang pasti memang paling best la. Ming siap buat air soya lagik!!

Ahad kami buka kat KB sebab anta my sister balik KL naik flight.

Isnin dah bertolak balik Penang. Waaa..Sekali je merasa buka puasa ming masak. Takpe nanti balik raya ni kitorang balik awal. 5 hari leh puasa kat rumah yahooo :).

Budok ni jakun jumpa tanah lepas sahur ajak keluar rumah..Lol
Salam ramadhan sekali lagi..Kurangkan kontroversi...

1 comment:

aNiS tHe BumbleBee said...

yeay! ko blk kg awal gak eh.harap2lah laahh xjem kan.