Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 5, 2013

Bukit Merah

Assalamualaikum..

I takdok keje dah 2 hari..hoho. Best tu memang la best takde keje. Tapi penat nak berlakon bizi bila boss lalu. Errr..haha.
.............................

Last weekend cuti 3 hari. Sebab cuti agong hari Sabtu. Isnin replacement. Last minute plan nak ke Bukit Merah. Kita balik ari je la sebab katanya last minute kan.

Walaupon last minute plan sempat pulak masak bekal. My hasben masak nasi lemak yang memang kepakaran dia. Nasi dia masak kompem cun je. Kalo saya masak aiyak kompem lembek la, tak masak la. Masih lagi fail nak masak nasi lemak. Saya masak fettuccine (eh betulke eja) untuk cek mek Sofea yang berselera Italy tu kan.

Pukul 10 gitu jugak baru nak gerak dari rumah. Dari rumah ke Bukit Merah ni takdela jauh sangat 40-50km je kot. Kul 11 dah sampai. Fenuh sudah kete. Sampai2 beli tiket dulu. RM46 untuk waterpark+ecopark. 90cm ke bawah FREE jadi Sofea adalah masuk FREE :p.

Kami berjaya pulak seludup masuk nasi lemak+fettuccine tu walaupon bag kena geledah!! Caranya kat atas letak barang2 Sofea, towel, botol susu, botol air panas. Lepas tu pegang kopok super ring yang tinggal ciput je pon sambil mengunyah. Time orang tu tengah nak geledah bag my hasben tetiba tanya " ni jajan ni leh bawa masuk tak..tinggal sikit je ni" ..terus orang tu kata..bolela pastu buang ye. Terus dia stop geledah bag & kasi masuk. Heee...taktik berjaya!!!!

Ready...opss abaikan perut sofea yang tak selim..kantoi nenek nampak

Sofea adalah super duper suka air. Jadi memang seronok sangat. Memang kali ni tujuan adalah untuk kasi Sofea main & happy2 je. Mama & papa ni takpela dulu time bujang dah merasa terjun tiruk boomerang segala tu. Jom layans gambo.


Sampai sudah...

Mana satu nak try dulu ni!

Memula naik ngan papa dulu. Pastu sdn bhd!!

Salah direction la anakku

yooooooo

Hyee..senyum sikit bole dok??

Happynyaaa
Pukul 1230 camtu kita stop makan bekal dulu. Carik port best bawah pokok atas rumput. Letak newspaper. Haha. Ada kami kisah asalkan dapat makan nasi lemak+fettuccine homemade :p

Lepas tu sambung mandi lagik! Kul 230pm baru kita stop. Kalo Sofea dah besar sikit, mesti dia tak kasi balik punya.

Siap2 salin baju segala & solat & bagi Sofea susu. Sanggup tu tak tido. Patut kul 12 dia tido.

Baby room. Siap ada baby cot kat sini. Bagus2.
Dah siap2 sume, sambung makan bekal lagi yang belen. Kita takleh membazir :p .

Lepas tu baru pegi masuk ecopark. Sofea adalah suka binatang. Air+binatang. Dua2 Sofea suka. So, kali ni kira trip untuk Sofea mama pilih waterpark+ecopark.

Excited tau budak ni.

Jomla posing sikit. Perut Aiii dah muncit.

Tunggu animal show pukul 430pm.

Sofea ni dah ngantuk tapi ditahan jugak mata tu.

Clap clap clap. Sofea sangat suka!

Feeding rabbit comel time

Animal lovers yang tak takut langsung. Mama yang takut rabbit gigit. hehe

Kambing pon dia nak peluk..hoooo
Dalam 530pm kami dah keluar. Solat Asar dulu. Silala solat kat surau yang kat luar. yang sebelah restarant dekat dengan laketown resort tu. Langsung takde orang & ada air cond lagik .Nyaman. Sempat baringkan diri jap sebab dah rasa cam lenguh sangat badan.

Lepas tu terus kami bertolak balik ke rumah. Before maghrib dah sampai...

Al tamat lah citer kali ni. Happy sebab Sofea happy :). Misi tercapai!

1 comment:

mshazadoes said...

suke mek ni dapat main air..
Bukit Merah..bila lah aku bole sampai sana kan??