Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, October 30, 2012

Raya Aidiladha + Sofea 13 months

Assalamualaikum..

Sekarang entry dah campur cerita terus sebab tukang tulis ni pemalas!!haha..

Raya Aidiladha this year sambut kat Kelate sebab raya aidilfitri dah balik Sabah. Kami guna system gilir2. 

Tahun ni raya tak berapa nak meriah sebab semua tak balik kecuali me ngan adik bongsu. Kalau arwah adik sorang lagi ada, mesti meriah sikit huhu.

Gambar raya..malas nak upload..upload mana sempat je ni...

sofea with youngest cousin..nampakla sofea besar haha..

beraya umah abg sulong

shopping kat wakaf che yeh

tempat mama & papa amik gamba kawen dulu..haha

air sejuk gilosss..mandi pakai baju tido..haha
Balik 3 hari tapi macam2 aktiviti. Malas nak citer pasal jam time nak balik penang sebab orang nak balik KL pon ikut Gerik...

Okay citer pasal cek mek Sofea yg dah 13 bulan lebih2 sikit. Baru start bertatih sikit2..tok aboh dia cakap "lembek lutut" hehe. Kena puji banyak2 baru dia rajin jalan, kalau tak dia macam lupa hehe.

Dah start campur fm. Beginila nasib Sofea dapat mak pemalas...hehe. Tapi kalau ada ngan Sofea still direct bf. Tapi macam makin kurang je susu..ni la akibat tak pump kannnn..Tak tercapai niat suciku nak fully bf sampai 2 years..papepun sampai 1 yr pon syukur alhamdullilah.

Makanan fav dia sekarang ni nasi ayam. Terpaksala mak pak dia makan nasi ayam jugak every weekend. Sekarang saya dah terer masak nasi ayam tau!!!haha. Spagetti pon dia suka. Nasi putih...asyik no no no je sambil geleng kepala. Kalau nasi putih wajib ada sup ayam. Memang anak papa. epal pon dia suka. Nak bagi makan sayur punyala susah...ermmm camno???

Dah bole main2 ngan papa jerk. Kalau dulu nak mama dok depan mata je. Sekarang dah okey. Bole memasak dengan tenang tanpa dengar raungan Sofea lagik. Kalau dulu, terpaksa biar dia nangis or papa angkat dia dok dapur sekali. Kalau Sofea leh tolong mama masak takpela jugak kan haha.

Makin terserlah suka dia kat kucing. Meow2 kalo jumpa kucing. Risau kena cekau je. Ngan bell dah kena cekau 2 kali, tapi dia tetap tak takut.

Selalu panggil papa "dada" haha...

Pantang orang order air kat kedai..dia yang nak capai dulu. Baby seat tu kat kedai, dok 5 saat je bolela. Nanti mulala berdiri nak turun..lol

Tidur malam still awal. Paling lewat pon pukul 10. Bangun subuh tetap sama.

Lagu fav..gangnam style. tengah lalok2 nak tidur tu pon kalo ada lagu gangnam style terus bangun menari..haha..

Gelak dah macam menurun je..adoiii..suke senyum n gelak tp kalo orang tak kenal, seriyesnya muka.

Dah pandai tunjuk mana gigi, mata n hidung bila kita tanya.

Dah pandai salam cium tangan n cium pipi bila kita cakap "amin"

Perkataan paling expert sekarang nak...geleng kepala sampai pejam mata kalo tak nak(yg ni lucu)

Okaylaaa..setakat ni je la update..Nanti I citer lagi....

daaaaaaaaa