Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Friday, November 23, 2012

Anak Mengamuk..Grrr

Assalamualaikum..salam hari jumaat..

makan budak!!!!
Oooo..budak ini sudah pandai mengamuk bila orang tak bagi apa yang dia nak. Siap meraung sampai tertunduk kepala. Tapi bila tak dilayan dia senyap la. Jap je dia meraung. Orang ni tak bagi sebab benda tu membahayakan. Kalo tak bahaya mama bagi je wahai anak.. Risau pulak kalo dah besar sikit buat perangai guling2 tengah jalan..ermmmm..

kla..esok cuti..yay..bye

Tuesday, November 20, 2012

Ini kisah mama Sofea...lol

Assalamualaikum. Saje nak membebel lagi....

Almost 3 months kat company baru ni. Alhamdullilah semuanya ok2 je. Sekarang kerja a bit slow sebab dah nak siap. Nak tapeout dah. Next project maybe start 1 mth lagi. Jadi sementara tu boss kata belajar pnr. gapodio la I cakap ni kan. takpela tak paham pon takpe sebab ni namanya membebel. 

Last week someone frm intel ada call. Asking I tengah cari keje ke idak. Dia kata dia terjumpa my resume kat jobstreet yang ntah bilala last update tu kan. Memang tak up to date pong resume tu hoho. Memandangkan I baru je start kereja kan, takkan nak jump lagi..no no no. Baik2 I tolak n bagitau yang sebenar2nya. I baru nak plan kerja kat sini for at least 5 years tauuuu.. :). Bukan rezeki company tu dapat I..lol hahaahaa...

Sorang lagi my colleague nak resign pulak. Jadi sesapa berminat nak keje meh2 sini resume hehe.

Okayla..Takat ni dulula kita menceceh..sekian..

p/s: nak tgk breaking dawn part 2!!!!

Friday, November 16, 2012

Apa ada Masalah ngan NIP ?????

Assalamualaikum.

Haa tetiba nak berceloteh pasal NIP (Nursing In Public). Nape nak buat topic ni. Sebab ada terbaca kat blog sorang ni pasal dia tak sokong NIP & surprisingly ramai jugak penyokong. Lol. tak sangka pulak NIP pon bole jadi isu. Ingatkan zaman sekarang ni orang dah boleh terima dah NIP ni...Tapi...tak sangka.

Saya salah seorang yang sokong NIP!! Tapi kena paham. Kenapa ibu2 nak NIP. Ingat sesaje je ke ibu2 nak NIP. Of coz la kalo ada pilihan nursing room ke/tempat yang tersorok ke itu 1st priority. NIP ni selalunya ibu2 buat kalo terdesak/terpaksa. Contohnya mall yang takde nursing room, naik flight/bus/ferry etc & tempat2 awam lain yang tak sediakan nursing room. Tempat awam ni luas..

Teringat kata2 ayah saya "buat apa nak malu, kasi anak makan..dapat pahala..orang yang cakap tak malu ke bf anak yang patut malu".

Dan of coz jugakla NIP dengan aurat yang terjaga. Selalunya ibu2 yang NIP ni dah sedia siap2 nursing cover/tudung bebesar. Macam saya pakai tudung besar rm10. Takde ibu la yang sesaja nak tayang aset dia. Maybe ada "segelintir" yang NIP tapi ternampak apa yang tak patut orang nampak. Tak semua orang perfect.

Macam saya suka travel & bf anak. Experience kalau dalam flight, memula cari tempat kosong, takde jugak terpaksa soh husband cover. Cover sekali ngan tudung besar. Anak dah lapar bukannye dia reti kita ni kat mana2 sesuai ke tidak nak susukan dia. Kat dalam train kat India, terpaksa jugak NIP sebab takde tempat yang proper lain untuk NIP. Ada lagi situasi paling mencabar time kat padang pasir. Anak menangis nak susu. Camana tu. Nasib dapat family yang sangat baik dan menyokong susu ibu. Semua tolong keliling saya. Tolong cover. Saya dok bersila kasi susu. No choice. Banyak lagila situasi kalau nak cakap panjang berjela pulok.

Orang yang tak selesa kalau tengok, tak payah la tengok. Itu untuk menghormati ibu menyusu jugak. Paling sedih yang ibu2 pon ada yang tak sokong NIP. Kalau kita taknak NIP takpe, tapi jangan condem orang lain. Lain orang lain situasi dia. Mungkin waktu kita belum tiba...Ohh emo kan.

Kesimpulannya nampaknya kesedaran bf ni masih lom menyeluruh lagi. Nak dok rumah je? Ni lagi satu cara yang tak relevan. Kengkadang orang yang takde experience jaga anak leh komen lebih2 tu yang tatahan. Bila dah alami situasi tu baru paham. Itu biasa...

Last sekali syukur sangat dapat suami yang memahami dan sokong. My parents pon sangat menyokong bf or kalo terpaksa NIP. Ibu2 yang terpaksa NIP jangan risau selagi husband sokong dan setuju..Okeys..

Sekian celoteh hari Jumaat saya (Lama dah tak celoteh)

Sofea Jalan2 Zoo Taiping

Assalamualaikum.

Nak citer time cuti deepavali ritu. Korang pergi mana? Kami sebenarnya takde plan ke mana2 pon. Tapi macam boring je kan dok umah. Harap maklum mama Sofea ni memang tak leh dok umah lama2 sangat. Mulala rasa sengal2 badan tu. hehe.. Since kami tengok Sofea ni sangatla pencinta haiwan. Tengok kucing muka excited siap nak cium2, tengok burung terbang melonjak2 gembira, tengok ikan kat kolam tergelak2 dia so we decide nak bawak Sofea pergi Zoo. Zoo yang paling dekat ngan Penang dah agak OK cumala Zoo Taiping. Jadi Zoo Taiping la kami pergi. Bawak slow2 pon sejam je dah sampai. Traffic pon clear je kan. Plan nak gerak pukul 7 tapi terlambat bangun lak. Kul 8am baru gerak. Selalunya kami takde masalah nak bangun pepagi..Sejak jadi mak, bangun pagi ikut timing anak. Ni sebab Sofea ler bangun lewat hoho :p .huhh..takpela lewat sejam je dari plan.

Dalam 930am camtu kami dah masuk dalam Zoo. Jom layanz gambar.. kali ni gamba banyak harap bersabar hehe..

Zoo Taiping..


dok atas buaya batu berani laaa..
syok melepakss
Ready jommm tengok haiwan2..
Semua sibuk buat hal sendiri
mama..mama tengok tu (orang tengok buaya, dia excited tengok ikan dalam air tu lol)
iyahhh berjalan naik bukit letih wooo
apalaa cek mek ni pikir..
rusa2 makan time
harimau bintang auuu takot!!
Akhirnya after makan bekal nasi lemak sume tertidur..
Sempat singgah taman tasik jap amik gambo..Sofea dah penat
yeahh dah bangun tidur
hello world!!!!
Wajib makan kalo pi taiping...MEE UDANG!!

Okaylaaa..Itu citer kami time cuti deepavali. Yang penting Sofea happy & dapat belajar benda baru...Okeyhs...till nxt story...daaa :)

Wednesday, November 14, 2012

Sofea 14mts old

Assalamualikum..

Sabtu depan anak kecik saya yang dah makin besar dah berumur 14mths. Pejam celik je..Alhamdullilah..Allah S.W.T permudahkan semuanya. Cabaran demam, sakit, jatuh sini sana, takmao tidur malam rasanya semua mak2 akan alami. Menjaga amanah Allah S.W.T ni bukannye mudah. Tapi bila tengok keletah dia day by day tu buat kita rasa mudah...alhamdullilah..

Budak Sofea ni dah pandai apa yerk. Paling major adalah jalan terkedek2. walaupun tak berapa nak master lagi tapi bolela jalan kedek2 aduhh geram tengok. Walaupun tak berapa pandai lagi, tapi takmao orang pegang tangan. Kalo orang pegang ditepis2 macam dah terer sangat berjalan. Dia takmo pegang, kita layan je la tapi kena extra carefull takut jatuh tergolek dokkk. jatuh atas toto okla lagi. kalo jatuh atas jalan tar tu kang mak dia sekali nanes.

Dah paham sikit2 apa yang kita kata. Bila "ukuk dah pandai cakap ukuk pastu tunggu depan pintu toilet. haha kelakar. maybe dah bole start potty training ni. dah paham dah kalo cakap pegi kat papa. 

vocab pon dah bertambah. semangat nak cakap tapi kesian mama ngan papa dia tak paham hehe. Sangatla pencinta haiwan. Muka excited tiap kali tengok anak2 bell yang cumel. Menari2 jangan cakapla. asal dengar lagu rancak sikit excited nak menari.

sifat2 mengamuk bila tak dapat sesuatu yang dia nak tu makin kuat pulak. tapi selalu mama & papa tak layan huhu kesian...

ooo..suka tengok UPIN & IPIN sekarang ni. dah pandai tengok teebeeee..

makin banyak makan. makin suka makan. mama sukaaaa :) fav dia setakat ni spagetti, macaroni, nasi with sup tak kira sup apa, carrot, potato, roti, biskut, coklat..haaa..sume yang manis2 memangla fav kanak2 huhu. gigi pon nak berkarat dah. nak buat camana dapat mama asyik lupa nak soh anak gosok gigi. lol..yang sejuk2 mama tak kasi dah sebab asal makan yang sejuk, selsema pulak. so, harap maaf ye anak mama eskem memang sah2 mama dah tak kasik dah..hehe..kesiannn. suke makan sendiri pastu suapkan orang makan. perkataan "nak" tu memang master la budak ini.

makin selalu buat lawak la pulak. haha..ikut sape la suka buat lawak. tapi kalo gelak mama suka tengok :).

Lagi apa yerkk...itu je la kot...
hyehye #sofea #cottononkids #cottonon #zoo #taiping
Alhamdullilah..syukur dikurniakan Nur Sofea Eiryna. We love you sangat okeyhhhh.. memuah :)

Thursday, November 8, 2012

Holiday

Ohhh..Saya dah lemau ni. Bila dah lemau saya nak berjalan jalan jalan jalan. Insyaallah end of this year kita pergi melancong. Not so near but not so far jugak. Time for family& love~~~~~. Bila kita pernah kehilangan orang tersayang, kita akan appreciate keluarga terdekat lebih lebih lagi. Inilah kita manusia kan...ermmm..Inilah saya :'( . Miss my late brother actually. Hope can melawat kubur dia nanti. Lama tak melawat. Mak ayah saya kata antara ubat melepas rindu, pergi melawat kubur. Berkesan untuk ming & aboh. Kalau durang rasa sedih sangat, lepas melawat kubur, rasa lega sikit. Kalau saya dok KL senang la nak melawat. Ini jauh benau huhu. Dapat sedekah yassin & al fatihah dari jauh je.

Ohhh apalah saya membebel. Takde keje actually. Keje sume dah hampir nak siap. Just final touch up. Walaupun delay which bukan salah kitorang kan. Jadi sekarang relax relax relax. I loves my job here!!! No pressure, no gangguan mental whatsoever dari boss..kawan pon bebaik sume. Sesuai sungguh kot pencen kat sini...Kalau company tak jatuh bangkrup...Siyes malas dah nak melompat si katak lompat ni..enuff la kot. Kalau company bangkrup maybe saya dok rumah jadi suri rumah la pulak..hehe..

Bebel lagik..Okla...tak sabar actually nak berjalan jalan jalan kat negara orang...okey..byebye..

Monday, November 5, 2012

Jatuh dan jatuh lagik + New recipe

Hyehye..

Cek Mek la tu jatuh. Rasa cam mak yang looser sangat bila anak jatuh katil/jatuh la memana kena kat kepala. adoiii. Bukan salah anak. Budak tu manala tau pape kan sume dia nak explore. Sofea setakat ni pernah sekali jatuh katil. Jatuh ke depan jadi just benjol tang dahi. Tapi semalam jatuh dari sofa pulak gedebuk atas simen lak tu. benjol kepala siap ada calar balar dahi. Macam2 cabaran. Kengkadang kita dah jaga2 pon benda leh jadik jugak. Apa yang bole buat, cuba meminimumkan risiko benda2 ni jadi.

Okeyla harap anak takdela jatuh2 gedebuk lagi. Harini macam datang idea nak masak macaroni. Saje beli macaroni sekali Sofea tu suka pulak. Maybe size dia senang pegang. Sofea suka makan tapi makan macaroni pakai tangan(ko adooo?? haha). Kalau bagi sudu, dia kaut2 makanan bukan dapat pon pastu makanan dicurah berterabur adala, Kalau disuap, dipaksa makan no no no la sambil geleng kepala. Nak makan pon susah ini budak.Cheese dia tak minat jadi takdela nak buat macaroni & cheese yerk. Tapi macaroni makan ngan kuah spagetti dia minat la. Petang ni pikir nak masak macaroni ni dengan udang pulak la. I suka masak guna barang apa sahaja yang ada dalam peti sejuk tu..Ye saya suka masak cuma saya ni "PEMALAS". Jom nak share petang ni punya recipe (belum buat..ntah2 tak buat lol..:p) untuk si budak Sofea..

1. bawang besar kuning yang manis (potong dadu)
2. udang dikupas kulit (kulit kasi bersih rebus buat stock)
3. sayur sesuka hati kasi kaler cantik (carrot, cauliflower, broccoli etc.)
4. macaroni

cara masak:
panaskan kuali dengan olive oil. masukkan bawang, udang, sayur campak2, masuk macaroni yang dah direbus sampai lembut. goreng goreng teng tong teng..siap bole dimakan begitu saja or taburkan sikit cheese. jangan lupa masukkan sikit salt+pepper. tadaaaaa..

sekian...

Lepas ni kalau Sofea boring kena pikir masakan lain pulak. Nasi ayam macam dia ikut mood pulak takmao makan dah..lol