Monday, April 1, 2013

12 weeks checkup

Assalamualaikum..

Last Saturday baru je pegi checkup 12 weeks. Patutnya appointment nxt week tapi next week plan nak balik kg. Gwe rindukan kampung halaman tercinta haha.

OK berbalik pada checkup tu. Sebelum tu dak bekpes siap2. Beli meehun goreng tapi tekak takmao masuk. Last2 Sofea yang abiskan. Budak ini banyak lak makan sekarang. Beli lak sandwich telur baru leh masuk tekak. Sekeping je pon makan. Jumpa gynae dalam 930am. Memula cam besala kena timbang. Last checkup 8 weeks my berat kan 49 kg. Sekali timbang berat 48kg...Aduyaii. Usaha nak naikkan berat sebelum ni tak berjaya rupanya. Punyala siap breakfast dah sebelum tu lol. Masa pregnant kan Sofea dulu tak pernah pulok berat ni turun. Cincin kawen yang ketat tu pon dah makin longgar oiii. Siap tercabut lagi time mandi nasib tak masuk lubang jamban hukhuk.

Tapi gynae yang sentiasa relax tu tetap relax  je. Dia kata biasa la tu awal2 ni..Pasni awak naik gemokk tau hehe. Lawak je doc.

Citer pasal baby pulak, everything alhamdullilah nampak ok. Baby sangat active hokey sebab baru lepas bekpes. Berguling sana sini. Alhamdullilah bole nampak dah jari jemari  & kaki baby. Semua dah lengkap just kulit dia je la masih lutsinar kan :) . Gynae offer nak buat 3D/4D siap nak bagi CD. Kami iye je la kan walaupon  tahu stage sekarang tak berapa best sangat buat 3D. Tapi ok je la. Tambah rm10 je pon ok la tu :).

GENDER baby dah nampak actually tapi gynae tak berani nak kompem 100%. Seronok bila dah tahu gender adalah sebab leh shopping kan. Tapi now takdela nak menyoping pon kan sebab awal lagi.

Jom kita tengok picca dia. Video kita tak sharing la dulu hehe :p ..

Capture gambo cam tak nampak sangat tapi kalo tengok live memang nampak..Besar kekuasaan Allah :)

Semoga baby sentiasa sihat dan membesar dengan sempurna dalam pewut & dipermudahkan keluar melihat dunia nanti..Amin :)

No comments: