Tuesday, July 17, 2012

Sofea 10 Months Old!!!

Assalamualaikum.

Anak mama 10 months old today!!

Hello, saya nak berjalan tapi tak pandai lagik :p
Alhamdullilah, apa yang kami harapkan anak kami cek mek Sofea membesar dengan sihat walafiat, dapat jaga Sofea dengan sebaik mungkin dan jadi insan yang berguna di dunia dan akhirat..Insyaallah.

Perkembangan alhamdullilah takdela cepat sangat, takdela lewat sangat. Sekarang ni suke memanjat sana sini. Sume barang2 yang rasanya akan membahayakan kena letak jauh2/tinggi. Sume nak digapai masok mulut aiyoyoyo..

Tapi for me, tak berapa nak kisah sangat. Yang paling saya kesah adalah kesihatan dia. Perkembangan no 2. Kalau dia sakit, saya jugak yang susah hati.

Pemakanan dia pulak masih lagi fully bf + makan apa sahaja. Saya ni kategori mak yang bagi apa sahaja kot. hehe..Sume saya makan, saya bagi budak ni makan. Kasi dia rasa je hehehe. Alhamdullilah budak ini masih taste melayu suka makan nasik. Senang keje mama. Sekarang ni dah tak buat bubur. Sofea pon tak berapa suka kalo bubur yang hancur lembek tu. Nasi yang kami makan tu, lepas masak je panas2 berasap tu saya lenyek2. Pastu lauk pon kasi yang lauk kami makan. Ikan ke ayam ke kasi lauk untuk Sofea. Selalunya buat sup ayam paling senang campur sekali ngan sayur. Before letak garam leh asingkan bahagian untuk Sofea. Tapi Sofea paling suka ikan (orang Sabah la katakan). Selalunya ikan goreng kami cubit sikit untuk Sofea. Punyala pemalas kan mama dia nak masak lain haha. Kengkadang je kalo rajin mama dia buat puree kentang ke, buah2an ke buat makan petang hehe.

Gigi saya 6  batang, saya suka menggigit!!!
Budak ni kecik molek je. Itu saya tak risau sangat asalkan dia sentiasa ceria dan sihat. Fizikal dia kecik ikut papa dia la kot (ehh mama dia pon kecik apa haha)..Tapi tang perut dia tu aiiii, boncit tauuu lagik2 kalo lepas makan haha)

Percakapan dia lak aduhai makin banyak dah ayat baru kami keluar dengan tone yang kelakar gak kalo dengar. Gelak pulak mengkekeh2 lagik2 kalo papa buat lawak. Start cakap mamamamamam memang dah lama rasanya since 4 mths or earlier tak ingat. Tapi tatau dia tuju tang mana. Sekarang pon kalo dia nangis nak susu mulala mamamamamamam. papa pon suda pandai.. Selain tu, hobi dia bercakap dengan kucing kami si Bell, makin bell mengiawww makin banyak dia bercakap. Datuk nenek dia sejak kecik lagi memang panggil dia cek mek murai. Lagi satu dah pandai cakap sendiri dengan mainan dia. heheh...comel betul gelagat budak ni...

Alhamdullilah...berjaya kami menunaikan amanah Allah S.W.T ni selama 10 bulan. Semoga kami dapat mendidik amanah ini sampai mata kami tertutup selamanya..amin :)

8 comments:

Peri PiA said...

Amin

mek copia dah beshar..muahh

saiful said...

che memeng papa...comeyyy!!!

saza said...

pia...thanks :)

saza said...

pia...thanks :)

baby lydia said...

kejap jek dh mmbesar kn zati..pejam celik dh 10months..alhamdulilah..hrp cik mek sofea..sihat dan jd orng yg bguna kelak..

cik selamah kundang said...

pakai skirt sampai labuh tu hah.alim tul anak ko.hehe.bila sofea nk dpt adik?

saza said...

baya...amin:)

saza said...

muney..
besa2 ce tgk mak dia.. :p ..anytime je dia kata haha