Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Friday, November 16, 2012

Apa ada Masalah ngan NIP ?????

Assalamualaikum.

Haa tetiba nak berceloteh pasal NIP (Nursing In Public). Nape nak buat topic ni. Sebab ada terbaca kat blog sorang ni pasal dia tak sokong NIP & surprisingly ramai jugak penyokong. Lol. tak sangka pulak NIP pon bole jadi isu. Ingatkan zaman sekarang ni orang dah boleh terima dah NIP ni...Tapi...tak sangka.

Saya salah seorang yang sokong NIP!! Tapi kena paham. Kenapa ibu2 nak NIP. Ingat sesaje je ke ibu2 nak NIP. Of coz la kalo ada pilihan nursing room ke/tempat yang tersorok ke itu 1st priority. NIP ni selalunya ibu2 buat kalo terdesak/terpaksa. Contohnya mall yang takde nursing room, naik flight/bus/ferry etc & tempat2 awam lain yang tak sediakan nursing room. Tempat awam ni luas..

Teringat kata2 ayah saya "buat apa nak malu, kasi anak makan..dapat pahala..orang yang cakap tak malu ke bf anak yang patut malu".

Dan of coz jugakla NIP dengan aurat yang terjaga. Selalunya ibu2 yang NIP ni dah sedia siap2 nursing cover/tudung bebesar. Macam saya pakai tudung besar rm10. Takde ibu la yang sesaja nak tayang aset dia. Maybe ada "segelintir" yang NIP tapi ternampak apa yang tak patut orang nampak. Tak semua orang perfect.

Macam saya suka travel & bf anak. Experience kalau dalam flight, memula cari tempat kosong, takde jugak terpaksa soh husband cover. Cover sekali ngan tudung besar. Anak dah lapar bukannye dia reti kita ni kat mana2 sesuai ke tidak nak susukan dia. Kat dalam train kat India, terpaksa jugak NIP sebab takde tempat yang proper lain untuk NIP. Ada lagi situasi paling mencabar time kat padang pasir. Anak menangis nak susu. Camana tu. Nasib dapat family yang sangat baik dan menyokong susu ibu. Semua tolong keliling saya. Tolong cover. Saya dok bersila kasi susu. No choice. Banyak lagila situasi kalau nak cakap panjang berjela pulok.

Orang yang tak selesa kalau tengok, tak payah la tengok. Itu untuk menghormati ibu menyusu jugak. Paling sedih yang ibu2 pon ada yang tak sokong NIP. Kalau kita taknak NIP takpe, tapi jangan condem orang lain. Lain orang lain situasi dia. Mungkin waktu kita belum tiba...Ohh emo kan.

Kesimpulannya nampaknya kesedaran bf ni masih lom menyeluruh lagi. Nak dok rumah je? Ni lagi satu cara yang tak relevan. Kengkadang orang yang takde experience jaga anak leh komen lebih2 tu yang tatahan. Bila dah alami situasi tu baru paham. Itu biasa...

Last sekali syukur sangat dapat suami yang memahami dan sokong. My parents pon sangat menyokong bf or kalo terpaksa NIP. Ibu2 yang terpaksa NIP jangan risau selagi husband sokong dan setuju..Okeys..

Sekian celoteh hari Jumaat saya (Lama dah tak celoteh)

2 comments:

Aty Fared said...

Sokong ayah awk ckp...:-) betul lah..tak semua tmpt ade nursing room...

mshazadoes said...

gluppp !! coming soon aku akn merasai cm ne ko rasa zati..ngeh!