Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, July 30, 2012

Sofea balik kg 1 ramadhan (arini 10 ramadhan)

Assalamualaikum...

Pejam celik dah 10 ramadhan yerk umat islam menunaikan puasa. Alhamdullilah walaupun masih fully bf kan Sofea, pump lagik kat office, semuanya Allah permudahkan. Maybe sebab sekarang takde kerja (menunggu saat2 terakhir kat opis je), pastu sesuka suka balik pukul bape pon, jadi takdela letih sangat :) .

As usual, kalo 1 ramadhan, kami family berusaha kumpul bersama (skema dok ayat). Lagipun ramadhan kali ni jatuh pada hari Sabtu. Jadiknya aku sefamily, akak n bil, adek berpakat balik kg. Aku tambah lagik cuti 2 hari Isnin Selasa sesaja.

1 ramadhan just bershopping makanan kat param Machang..

Pilih2 tunjuk2 mana yang berkenan jerkkk


2 ramadhan, kami berbuka di Restoren Selera Tepi Sungai, Tanah Merah. pemes emes tau ini restaurant. Sumenya dijamin sedap dabel triple licious..

Segala macam kueh mueh pon ada tau
Not so complete En Mat Yacob's family


Sangatla rekemen yerk kedai ni. Dinasihatkan supaya buat tempahan dulu kalo idak penuh meja. Harga pon murah wokeyhhh.

3 ramadhan makan kat umah masakan mak yang penuh kasih sayang (paling best!!!! tapi gambo takde)..

4 ramadhan sudah balik Penang huhuhu....

Keletihan walaupun bukan dia yang drive!!! :p
Okayla...sampai di sini dulu..Sofea baru nak tunjukkan aksi sebenar dia, kena balik Penang pulak. Sian dia..huhu..takpe nanti dah besar, dia paham la tu :).

Thursday, July 19, 2012

Sofea Jalan2 India (Part 5)

Akhirnya...kita tiba part 5..TAJ MAHAL!!!! orang kata kalo pergi India, tak pergi Taj Mahal baik takyah pergi India la ye.

From previous entry, kami bertolak balik dari Jaisalmer ke Jodhpur untuk amik train Jodhpur-Agra. Before pergi railway station sempat lagik naik tut tut untuk makan briyani yang memula kitorang makan tu.

Train bole la pulak delay. Melanggut la tunggu kat railway station tu ye. Sampai je Agra check in Nirvana Guesthouse.Rest sebab esoknya mao tengok TAJ MAHAL!!!!

Best kat sini..rasa cam kat rumah

TAJ MAHAL punya fee 500 rupee ye untuk foreigner. Tapi kalo orang sana 10 rupee sahaja. Gila jauhnya beza harga kan. Tapi takpe..bayar sebab sangat berbaloi2. Bila lagi nak sampai ye.

Sampai2 sangat kagum, terpegun, gembira aduhai semua perasaan adala kan. Tak tau dah nak cakap macamana perasaan. Nama pon 7 wonders. Ni sama kes macam pergi Great Wall dulu. Tak leh nak cakap la feeling dia camana titik.

Jom saya share gambar..

Sangat cantik

Payung itu sibuk je kan...
Nak jugak feeling remaja lompat si katak lompat (p/s: sian local Indian people kena q punyala panjang..tapi takpela durang bayar 10 rupee je huhu)

Saya Sofea. Saya 5 bulan time ni. Saya dah pegi padang pasir. Saya jugak dah sampai kat TAJ MAHAL!!!!!
Familia
My husband..solat kat masjid kat tepi TAJ MAHAL. Amikla wuduk siap2 yerk sebab kat situ takde air. Tapi aboh bertayamum je guna pasir kat dinding tu hee :) Saya tak solat kat sini sebab temam ming pergi toilet.
Baikla...sampai di sini saja cerita pasal TAJ MAHAL ..Lepas ni kita bertolak ke Delhi by train also. Ada cerita yang tak berapa best kat Delhi nanti kita citer yerkkk..

p/s: pikir balik, sebesar2 dan secantik2 TAJ MAHAL tu, dalam tu ada satu kubur..kubur mumtaz mahal jerk..aduhai memang macam2 orang dulu2 ni yerk

Okeyla..bersambung lagi :)

Wednesday, July 18, 2012

Sofea Jalan2 India (Part 4)

Assalamualaikum..

Sebelum saya teruskan, oleh kerana encik penyu minta pencerahan pasal details flight kena transit or not sebagainya, jadi saya nak cerahkan dulu la yerk..

Tiket KL-Mumbai actually AA sudah batalkan semua sekali, tapi kami dah beli awal jadik bukan salah kami. AA bagi replacement flight MAS. Tiket kami beli 1 way sorang adalah RM20+ sahaja. Jadiknya macam naik MAS free pon ada. So, kesimpulannye sekarang ni kalo nak direct to Mumbai memang kena naik MAS sahaja ye harap maklum. Penerbangan lebih kurang 5 jam.

Tiket balik pulak Delhi-KL, AA cuma kurangkan sahaja penerbangan, jadi kami just kena tuka time sahaja. Harga tiket rm70 sahaja. Perjalan dalam 6 jam gitu...

Mostly cara kami bergerak, kami buat itinerary sendiri, sewa car with driver. Tapi tanya jugak la driver tu tempat2 menarik yang boleh dia bawak. Lagik satu tiket train, hotel, sewa kete tu dibuat/dibeli/ditempah kat Malaysia siap2 guna internet la kan (my akak memang rerajin buat sume ni hehe)

..........................................................

Okey bersambung balik. From Jodhpur to Jaisalmer. Kami memang sewa tempo traveller macam gambar kat entry before ni dengan driver sekali. Tempo traveller ni bole muat dalam 14 orang. Memang murah la kalo pegi reramai kongsi. Kami sewa 3 hari dalam rm1200 camtula. Kira kami 7 orang sorang dalam rm200. Kalo ramai lagi la murah kan. Kali ni pergi Jaisalmer guna jalan darat lebih kurang 270km, 4 jam. Lama sebab tak boleh nak bawak lelaju yerk sebab keadaan jalan dan banyak sangat masuk pekan2 kecik. kenala slow kan kalo masuk pekan dengan bermacam2 binatang peliharaan tepi jalan hehe..


Inside tempo traveller

Sempat benti tepi jalan tengok carpet, tapi takde bajet..kalo tak memang dah rembat. Sejuk ni tau

Singgah makan





Actually kat India ni memang tak susah makan. Kalo bukan kedai muslim pon, kebanyakan durang vege. Jadik bolela makan yerk. Lagi bagus kata my aboh la kalo tak jumpa kedai muslim, pergi kedai sikh. Bersih dan kompem vege dan selalunya durang masak depan. 

Akhirnya lepas makan, tidur, bangun..sampaila ke Jaisalmer. Kami check in Mystic Jaisalmer Hotel. Sampai2 terus ke roof top hotel tu. Aduhai sangat sejuk. Paling sejuk sekali tau antara tempat yang kami pegi.

Sofea dah lenguh2, syok dapat baring

Hello..sejuknyaaa  
 
Kami sampai dah agak petang. Mandi2 dan rehat jap. Terus keluar jalan2 kat pekan dia. Dekat je ngan pekan, so just jalan kaki je tengok pemandangan.

Jaisalmer  
Keesokkannya pepagi kita dah keluar. Naik tempo traveller kami la kan. Round dulu tempat bersejarah kat Jaisalmer before terus ke padang pasir. Barang2 sume tumpang tinggal kat Mystic hotel dulu.

Kebetulan hari itu ada holy celebration. Habis kami kena sembur warna warni kehidupan tu. Orang dah cakap tak mao, durang sembur jugak..aduhaiii..dengan baju Sofea pon kena.

Rombongan cik kiah bersama tempo traveller kami sewa.. :p



Lepas jenjalan bandar (banyak lagi gambo tapi kita skip hehe), kami terus pegi padang pasir lak. Lebih kurang kul 2pm camtu sampaila padang pasir yang dinantikan ( sejam lebih from jaisalmer town). Kami amik package yang hotel sediakan. Package ni include camel ride, bermalam kat padang pasir termasuk makan ( makan malam, breakfast). Dalam RM200+ sorang sahaja.

Me, Sofea n ming naik camel cart



Lelain naik camel la..jeles tul masa ni..time ni ada pokok2 lagik sebab tak sampai tengah lagi

Tapi I pon dapat naik laaaaaaaa :p



Ada drama sikit sebenarnya. Lepas kami naik unta (me naik camel cart with sofea n mom), kami stop kat tengah jalan. Durang tanya nak tunggu sunset ke tak. Masa tu ada angin dan pepasir berterbangan. Masuk mata Sofea kot, jadi dia dah menangis. Ingatkan dia lapar susu. Saya pulak pegi duduk nak bf Sofea. Rupanya makin teruk. Sebenarnya kalo duduk tu lagi senang pasir nak masuk mata. Manala kita tau kan takdok experience. Jadinya saya, ming ngan Sofea ngan papa sekali tak stay. Naik camel cart terus ke daratan (jalan). Tapi lepas tu, saya ngan husbang jenjalan kat bawah. Tak puas hati. Banyak je unta2 tepi jalan tu kalo kita nak naik. Sangat murah tau. dalam 100 rupee je sekali round . RM6 la lebih kurang. Kalo kena kelentong mungkin mahal lagik.Kami pon naik la..Yang 1st ride tadi free je. Ehh bukan Free..masuk dalam package kami.

Pilih je la mana satu korang nak naik
Lelompat..
Lepas sunset tu, kami menuju ke tempat ketiduran. Malam menjelma, kesejukan mulala menggigit tauuu..sangat sejuk. Nama je padang pasir tapi sejuknya mengalahkan kat salji la pulok.

Best tul dia dapat golek2..dalam camp
tu la hotel kami kat belakang tu hahah..kami amik 3 camp

Boleh pilih actually nak dok kat banggunan batu macam kat belah kiri tu (nampak sikit tu) or camp. Of coz la kami pilih camp. Kalo dok dalam banggunan batu tu anytime pon bole kan...

Pepagi yang sejuk gila tau (tapi selambe je Indian people kat belakang tu pakai t-shirt je)
Before bertolak balik, breakfast puree kat luar. Layanan tip top
Lepas tu terus kami bertolak balik mystic hotel. Tuan punya hotel kasi kami refresh kat hotel tu. Mandi2, bersihkan diri. Lepas tu terus kami bertolak balik ke Jodhpur sebab kami kena naik train from Jodhpur-Agra. Kita tengok Taj Mahal pulak pasni..Hehehehe...Sekian kisah yang tak boleh saya lupakan di Jaisalmer. Kalau tanya mana tempat paling best dan takleh dilupakan sepanjang melancong kat sana, I definitely will say bermalam kat padang pasir at Jaisalmer :).

Okla bersambung lagi lepas ni kita ke Taj Mahal pulak. :)

Tuesday, July 17, 2012

Sofea 10 Months Old!!!

Assalamualaikum.

Anak mama 10 months old today!!

Hello, saya nak berjalan tapi tak pandai lagik :p
Alhamdullilah, apa yang kami harapkan anak kami cek mek Sofea membesar dengan sihat walafiat, dapat jaga Sofea dengan sebaik mungkin dan jadi insan yang berguna di dunia dan akhirat..Insyaallah.

Perkembangan alhamdullilah takdela cepat sangat, takdela lewat sangat. Sekarang ni suke memanjat sana sini. Sume barang2 yang rasanya akan membahayakan kena letak jauh2/tinggi. Sume nak digapai masok mulut aiyoyoyo..

Tapi for me, tak berapa nak kisah sangat. Yang paling saya kesah adalah kesihatan dia. Perkembangan no 2. Kalau dia sakit, saya jugak yang susah hati.

Pemakanan dia pulak masih lagi fully bf + makan apa sahaja. Saya ni kategori mak yang bagi apa sahaja kot. hehe..Sume saya makan, saya bagi budak ni makan. Kasi dia rasa je hehehe. Alhamdullilah budak ini masih taste melayu suka makan nasik. Senang keje mama. Sekarang ni dah tak buat bubur. Sofea pon tak berapa suka kalo bubur yang hancur lembek tu. Nasi yang kami makan tu, lepas masak je panas2 berasap tu saya lenyek2. Pastu lauk pon kasi yang lauk kami makan. Ikan ke ayam ke kasi lauk untuk Sofea. Selalunya buat sup ayam paling senang campur sekali ngan sayur. Before letak garam leh asingkan bahagian untuk Sofea. Tapi Sofea paling suka ikan (orang Sabah la katakan). Selalunya ikan goreng kami cubit sikit untuk Sofea. Punyala pemalas kan mama dia nak masak lain haha. Kengkadang je kalo rajin mama dia buat puree kentang ke, buah2an ke buat makan petang hehe.

Gigi saya 6  batang, saya suka menggigit!!!
Budak ni kecik molek je. Itu saya tak risau sangat asalkan dia sentiasa ceria dan sihat. Fizikal dia kecik ikut papa dia la kot (ehh mama dia pon kecik apa haha)..Tapi tang perut dia tu aiiii, boncit tauuu lagik2 kalo lepas makan haha)

Percakapan dia lak aduhai makin banyak dah ayat baru kami keluar dengan tone yang kelakar gak kalo dengar. Gelak pulak mengkekeh2 lagik2 kalo papa buat lawak. Start cakap mamamamamam memang dah lama rasanya since 4 mths or earlier tak ingat. Tapi tatau dia tuju tang mana. Sekarang pon kalo dia nangis nak susu mulala mamamamamamam. papa pon suda pandai.. Selain tu, hobi dia bercakap dengan kucing kami si Bell, makin bell mengiawww makin banyak dia bercakap. Datuk nenek dia sejak kecik lagi memang panggil dia cek mek murai. Lagi satu dah pandai cakap sendiri dengan mainan dia. heheh...comel betul gelagat budak ni...

Alhamdullilah...berjaya kami menunaikan amanah Allah S.W.T ni selama 10 bulan. Semoga kami dapat mendidik amanah ini sampai mata kami tertutup selamanya..amin :)

Sofea jalan2 India ( Part 3)

Assalamualaikum..bape banyak part daaa citer yang sudah basi ni. Tapi tak kirala nak jugak share. Kot2 bolela jadi panduan kat korang yerk sape2 yang nak pi melancong India.

Sambungan dari Mumbai. Lepas berpenat jalan satu hari kat Mumbai, kami balik hotel dan rest. Keesokannya kami kena naik train ke Jodhpur. Overnight dalam train yerk. First experience Sofea naik train ( KTM pon dia lom naik padahal haha).

Pepagi tu mintak tolong hotel receptionist call cab.

Suasana kat Mumbai Railway Station
 Pekerja2 train
 
 With my sista
My hasben n aboh

My sista beli buku ni murah je...10 rupee kot tak silap (dalam train)
Train benti, kami siap turun carik cai ohh cai (teh susu)
Sofea dalam train alhamdullilah tak meragam. Risau la dia meragam. Aku pulak memang dah ada experience naik train gini time backpacking China. Jadinya sudah expect la keadaan macamana. My hasben je la macam new experience for him.

Kami ke Jodhpur...........AKA BLUE CITY
Tengok2..BLUE kan
Paling suka tempat tinggal kat Jodpur.Mandore Guesthouse. Sangat cantik okeyss.

My familia
Unik Guesthouse ni. ( Baju tu beli kat Mumbai RM10 hehe)
Ni bilik kami..suke sangat.
Lepas sampai, check in, siap2 mandi segala terus kami keluar jalan2 tempat pelancongan kat Jodpur. 

BTW, inila kami punya kenderaan...

 
1.  Umaid Bhawan Palace


2. Mehrangarh Fort
Rasanya Fort paling besar. Letih tau dok nak round ini fort
3. Jaswant Thada
4. Jalan2 kat Bandar
Siap naik tut tut lagik yerk (kat India panggil auto)

Itu first experiece Sofea naik auto..mama ngan papa dia jugak hehe. Kena naik tut tut sebab kami punya kete takleh nak masuk jalan tu. Naik tut tut semata2 nak pegi kedai makan muslim yang ada nasi beriyani paling kawww punya..

Antara the best nasi briyani ever!! (Tapi dok ingat nama kedai huhu)
  
Lagik satu jalan2 kat bandar sopink kasut kulit unta yang murah sangat2. My hasben untuk dia saje 5 pasang kasut yerk. Punyala dia suke sebab katanya murah sesangat. Kalo kat malaysia ni kulit unta mao beratus2. My recommendation kalo pegi Jodhpur silala borong kasut kulit unta ni sebab kat situ la paling banyak choice n murah!!!

Berakhirnya journey kami kat Jodhpur..kami akan ke Jaisalmer pulak..Lebih kurang 270km perjalanan from Jodhpur. Kami naik kenderaan kami macam gambo kat atas tu. Kita pegi Jaisalmer carik padang pasir dan naik unta..tempat yang paling saya suka!!!!

....bersambung lagik... :p



Friday, July 13, 2012

Sofea in India (Part 2)

Assalamualaikum..

kat mana yerk...Sampai Mumbai eh. Sampai2 rasa macam kat dalam movie citer hindustan lak. Naik cab yang cenggini rupa..

Macam dalam mubi kan hehe

Kawasan kat airport Mumbai sangatla jem walaupon sampai dah tengah malam. Sebab ada construction time ni.

Kami dok kat sini laaa.

Kat Mumbai kami stay for 2 night. Malam pertama tu sampai untuk tidoo je la kan. Siangnye kuar bersiar2. Kami dah booked kete sekali dengan driver. Senang bagitau je driver nak pergi mana2. Antara tempat yang kami pergi kat Mumbai...

1. billionare house, mukesh ambani.(Wajib)

 Umah dah macam opis. Guard kat luar saje nak dekat 10 orang..gilosss.

2. Gandhi's Residence

Aduhai sangat sempoi tempat dia tinggal

3. Taj Hotel



Tu ler hotel yang tragedy Mumbai attact 2008 tu..mahal tu nak dok hotel tu..amik gambo je mampu


4. Gate of India

5. Kebun bunga (tak ingat nama tempat)

Ala2 macam kalo citer hindustan tu guling2..

6.Shopping

Salah satu pasar kat Mumbai. Memborong kain baju yang murah wokeyhhh. (Sofea dah penat tu)

7. Makan nasi briyani ( ari2 briyani maaaa)
8. Umah2 retis (Shah Rukh Khan, Amir Khan, etc...banyak lagi). Sume rumah besar gilosssss..

dan akhir sekali.................

Jalan2 kat luar hotel..wakakakak...orang yang tak berbaju tu tengah tunggu baju dia di iron. berapa ekk sekali iron lupa la pulok.. Macam2..

p/s: my aboh dolu belajar kat India. Jadi kami ni kalo apa yang aboh makan, kami berani je nak makan hehe...aboh cakap macam balik kg yang lama dia tak balik. Sume dia nak makan. sonok betul.

Bersambung lagi lepas ni ke Jodhpur syurga barangan kulit unta :)