Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 18, 2012

Sofea Jalan2 India (Part 4)

Assalamualaikum..

Sebelum saya teruskan, oleh kerana encik penyu minta pencerahan pasal details flight kena transit or not sebagainya, jadi saya nak cerahkan dulu la yerk..

Tiket KL-Mumbai actually AA sudah batalkan semua sekali, tapi kami dah beli awal jadik bukan salah kami. AA bagi replacement flight MAS. Tiket kami beli 1 way sorang adalah RM20+ sahaja. Jadiknya macam naik MAS free pon ada. So, kesimpulannye sekarang ni kalo nak direct to Mumbai memang kena naik MAS sahaja ye harap maklum. Penerbangan lebih kurang 5 jam.

Tiket balik pulak Delhi-KL, AA cuma kurangkan sahaja penerbangan, jadi kami just kena tuka time sahaja. Harga tiket rm70 sahaja. Perjalan dalam 6 jam gitu...

Mostly cara kami bergerak, kami buat itinerary sendiri, sewa car with driver. Tapi tanya jugak la driver tu tempat2 menarik yang boleh dia bawak. Lagik satu tiket train, hotel, sewa kete tu dibuat/dibeli/ditempah kat Malaysia siap2 guna internet la kan (my akak memang rerajin buat sume ni hehe)

..........................................................

Okey bersambung balik. From Jodhpur to Jaisalmer. Kami memang sewa tempo traveller macam gambar kat entry before ni dengan driver sekali. Tempo traveller ni bole muat dalam 14 orang. Memang murah la kalo pegi reramai kongsi. Kami sewa 3 hari dalam rm1200 camtula. Kira kami 7 orang sorang dalam rm200. Kalo ramai lagi la murah kan. Kali ni pergi Jaisalmer guna jalan darat lebih kurang 270km, 4 jam. Lama sebab tak boleh nak bawak lelaju yerk sebab keadaan jalan dan banyak sangat masuk pekan2 kecik. kenala slow kan kalo masuk pekan dengan bermacam2 binatang peliharaan tepi jalan hehe..


Inside tempo traveller

Sempat benti tepi jalan tengok carpet, tapi takde bajet..kalo tak memang dah rembat. Sejuk ni tau

Singgah makan





Actually kat India ni memang tak susah makan. Kalo bukan kedai muslim pon, kebanyakan durang vege. Jadik bolela makan yerk. Lagi bagus kata my aboh la kalo tak jumpa kedai muslim, pergi kedai sikh. Bersih dan kompem vege dan selalunya durang masak depan. 

Akhirnya lepas makan, tidur, bangun..sampaila ke Jaisalmer. Kami check in Mystic Jaisalmer Hotel. Sampai2 terus ke roof top hotel tu. Aduhai sangat sejuk. Paling sejuk sekali tau antara tempat yang kami pegi.

Sofea dah lenguh2, syok dapat baring

Hello..sejuknyaaa  
 
Kami sampai dah agak petang. Mandi2 dan rehat jap. Terus keluar jalan2 kat pekan dia. Dekat je ngan pekan, so just jalan kaki je tengok pemandangan.

Jaisalmer  
Keesokkannya pepagi kita dah keluar. Naik tempo traveller kami la kan. Round dulu tempat bersejarah kat Jaisalmer before terus ke padang pasir. Barang2 sume tumpang tinggal kat Mystic hotel dulu.

Kebetulan hari itu ada holy celebration. Habis kami kena sembur warna warni kehidupan tu. Orang dah cakap tak mao, durang sembur jugak..aduhaiii..dengan baju Sofea pon kena.

Rombongan cik kiah bersama tempo traveller kami sewa.. :p



Lepas jenjalan bandar (banyak lagi gambo tapi kita skip hehe), kami terus pegi padang pasir lak. Lebih kurang kul 2pm camtu sampaila padang pasir yang dinantikan ( sejam lebih from jaisalmer town). Kami amik package yang hotel sediakan. Package ni include camel ride, bermalam kat padang pasir termasuk makan ( makan malam, breakfast). Dalam RM200+ sorang sahaja.

Me, Sofea n ming naik camel cart



Lelain naik camel la..jeles tul masa ni..time ni ada pokok2 lagik sebab tak sampai tengah lagi

Tapi I pon dapat naik laaaaaaaa :p



Ada drama sikit sebenarnya. Lepas kami naik unta (me naik camel cart with sofea n mom), kami stop kat tengah jalan. Durang tanya nak tunggu sunset ke tak. Masa tu ada angin dan pepasir berterbangan. Masuk mata Sofea kot, jadi dia dah menangis. Ingatkan dia lapar susu. Saya pulak pegi duduk nak bf Sofea. Rupanya makin teruk. Sebenarnya kalo duduk tu lagi senang pasir nak masuk mata. Manala kita tau kan takdok experience. Jadinya saya, ming ngan Sofea ngan papa sekali tak stay. Naik camel cart terus ke daratan (jalan). Tapi lepas tu, saya ngan husbang jenjalan kat bawah. Tak puas hati. Banyak je unta2 tepi jalan tu kalo kita nak naik. Sangat murah tau. dalam 100 rupee je sekali round . RM6 la lebih kurang. Kalo kena kelentong mungkin mahal lagik.Kami pon naik la..Yang 1st ride tadi free je. Ehh bukan Free..masuk dalam package kami.

Pilih je la mana satu korang nak naik
Lelompat..
Lepas sunset tu, kami menuju ke tempat ketiduran. Malam menjelma, kesejukan mulala menggigit tauuu..sangat sejuk. Nama je padang pasir tapi sejuknya mengalahkan kat salji la pulok.

Best tul dia dapat golek2..dalam camp
tu la hotel kami kat belakang tu hahah..kami amik 3 camp

Boleh pilih actually nak dok kat banggunan batu macam kat belah kiri tu (nampak sikit tu) or camp. Of coz la kami pilih camp. Kalo dok dalam banggunan batu tu anytime pon bole kan...

Pepagi yang sejuk gila tau (tapi selambe je Indian people kat belakang tu pakai t-shirt je)
Before bertolak balik, breakfast puree kat luar. Layanan tip top
Lepas tu terus kami bertolak balik mystic hotel. Tuan punya hotel kasi kami refresh kat hotel tu. Mandi2, bersihkan diri. Lepas tu terus kami bertolak balik ke Jodhpur sebab kami kena naik train from Jodhpur-Agra. Kita tengok Taj Mahal pulak pasni..Hehehehe...Sekian kisah yang tak boleh saya lupakan di Jaisalmer. Kalau tanya mana tempat paling best dan takleh dilupakan sepanjang melancong kat sana, I definitely will say bermalam kat padang pasir at Jaisalmer :).

Okla bersambung lagi lepas ni kita ke Taj Mahal pulak. :)

9 comments:

saiful said...

seb baik pi time sejuk...kalau tak......adeiiii

babybugmum said...

iyela..kalo panas lagik tak mao keluar

Halimaton Hanafee said...

haish nanti nak bwk baby g oversea jugak..mintak2 tk meragam lah mcm sofea ni..huhu

babybugmum said...

hehe..bawak jgk x bawak..yg penting kena prepare apa yg patut :)

Jocelyn Lum said...

pengalaman yang baek, suka semo pictures:)

aNiS tHe BumbleBee said...

wuhuuu! aku mmg ternanti2 taj mahal punya entry!cepat2 update!

ezzati said...

jocelyn..thanks..hehe

ezzati said...

anis..tunggu jap lg aku update

nurul huda jumri said...

Ooo..mesti kt padang pasir ni la hindustan slalu blakon nyanyi2 tu kan?? nape ko tk posing2 ala2 karina kapoor?? hihi...