Monday, March 18, 2013

18 months Sofea

Assalamualaikum..

Alhamdullillah cek mek saya sudah 18 months!!!Tengok anak membesar depan mata macam magic jugak rasa kengkadang. Bila tengok baby yang baru lahir dulu, alahai keciknya rasa cam tak percaya Sofea penah sekecik camtu (walaupon sekarang berat pon atas border hoho).

Apa yang dia pandai(soklan stendet), sama la kot macam yang aku dah citer before ni. Tapi ada satu perangai latest dia, suka meneman walaupon nak main kat sebelah je!!Orang tengah baring ni contohnya dia nak pegi kat sebelah je almari, dia nak mintak pimpin tangan dia pastu ngekor dia pegi. Padahal before ni bole je sesuka hati dia nak jalan2 mana2 sampai kita pulak yang tak leh lepas pandang. Maybe tu campur perangai dia nak dapat adik kot. Makin manjo. Takpela sian pulak dia. Mak mertua dah cakap kena manjakan dia betul2 sebab dia kecik lagi nak dapat adik. hehe..baikla mama..

Ini tarian ballet papa ajar sebab nak soh anak dara elegent sket katanya
Makan sendiri tapi sekerat biasala jatuh atas baju

Berat dia atas border..gulp. Aii tatau la nak bagi makan apa dah. Makan banyak dah, tapi berat takmao nak naik banyak..Acaner tu. 18 bulan. 7.4kg adoii. Tinggi standard naik normal. 75cm kot sekarang. Nurse nasib bebaik sume, kalo idak mesti kitorg dah kene bebel kan!! Tapi tengok perkembangan dia ok je. Errmm..takpela asalkan Sofea sihat walafiat dah syukur (Tapi nak jugak naikkan berat dia hoho). Sofea suka makan macaroni&cheese..maybe kena bagi dia makan cheese bebanyak kot.hoho. Kang bagi makanan berlemak sangat, tinggi kolestrol pulok. Oh tidak2. haha..ngado kan.

Tadi kena jab ohmai menangis time kena pegang. 3 orang kena pegang..papa dia & nurse 2 orang. Nurse tak kasi aku pegang sebab pregnant. Tatau la nape maybe takut tercucuk ibu mengadung. Yeke hehe. Balik terus upah milk choc dutch lady ngn roti choc gardenia. Al kisah tak bawak botol susu kan. Anak tu tengah lapar, kena cucuk pulak. Mengamuk la dia.

papa cuba memujuk..tunggu giliran nak kena inject..

Sekian kisah Sofea 18 bulan. Nanti 2 tahun kita amik ubat alcacing fulak yerkk. Semoga Sofea membesar dengan sihat & jadi anak yang solehah..amin :)

2 comments:

Peri PiA said...

Alhamdulillah

wah mek sofia suke mac & cheese :)

Ibu Ilyanie(s) said...

cabaran nak bagi makan anak2 skrg nih.. diorg nak yg sedap2 je.. :D.

jemput jenguk blog...
http://puterihannan.blogspot.com/2013/01/kelaparan-tersembunyi-hidden-hunger.html
happy reading!!