Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, July 17, 2012

Sofea 10 Months Old!!!

Assalamualaikum.

Anak mama 10 months old today!!

Hello, saya nak berjalan tapi tak pandai lagik :p
Alhamdullilah, apa yang kami harapkan anak kami cek mek Sofea membesar dengan sihat walafiat, dapat jaga Sofea dengan sebaik mungkin dan jadi insan yang berguna di dunia dan akhirat..Insyaallah.

Perkembangan alhamdullilah takdela cepat sangat, takdela lewat sangat. Sekarang ni suke memanjat sana sini. Sume barang2 yang rasanya akan membahayakan kena letak jauh2/tinggi. Sume nak digapai masok mulut aiyoyoyo..

Tapi for me, tak berapa nak kisah sangat. Yang paling saya kesah adalah kesihatan dia. Perkembangan no 2. Kalau dia sakit, saya jugak yang susah hati.

Pemakanan dia pulak masih lagi fully bf + makan apa sahaja. Saya ni kategori mak yang bagi apa sahaja kot. hehe..Sume saya makan, saya bagi budak ni makan. Kasi dia rasa je hehehe. Alhamdullilah budak ini masih taste melayu suka makan nasik. Senang keje mama. Sekarang ni dah tak buat bubur. Sofea pon tak berapa suka kalo bubur yang hancur lembek tu. Nasi yang kami makan tu, lepas masak je panas2 berasap tu saya lenyek2. Pastu lauk pon kasi yang lauk kami makan. Ikan ke ayam ke kasi lauk untuk Sofea. Selalunya buat sup ayam paling senang campur sekali ngan sayur. Before letak garam leh asingkan bahagian untuk Sofea. Tapi Sofea paling suka ikan (orang Sabah la katakan). Selalunya ikan goreng kami cubit sikit untuk Sofea. Punyala pemalas kan mama dia nak masak lain haha. Kengkadang je kalo rajin mama dia buat puree kentang ke, buah2an ke buat makan petang hehe.

Gigi saya 6  batang, saya suka menggigit!!!
Budak ni kecik molek je. Itu saya tak risau sangat asalkan dia sentiasa ceria dan sihat. Fizikal dia kecik ikut papa dia la kot (ehh mama dia pon kecik apa haha)..Tapi tang perut dia tu aiiii, boncit tauuu lagik2 kalo lepas makan haha)

Percakapan dia lak aduhai makin banyak dah ayat baru kami keluar dengan tone yang kelakar gak kalo dengar. Gelak pulak mengkekeh2 lagik2 kalo papa buat lawak. Start cakap mamamamamam memang dah lama rasanya since 4 mths or earlier tak ingat. Tapi tatau dia tuju tang mana. Sekarang pon kalo dia nangis nak susu mulala mamamamamamam. papa pon suda pandai.. Selain tu, hobi dia bercakap dengan kucing kami si Bell, makin bell mengiawww makin banyak dia bercakap. Datuk nenek dia sejak kecik lagi memang panggil dia cek mek murai. Lagi satu dah pandai cakap sendiri dengan mainan dia. heheh...comel betul gelagat budak ni...

Alhamdullilah...berjaya kami menunaikan amanah Allah S.W.T ni selama 10 bulan. Semoga kami dapat mendidik amanah ini sampai mata kami tertutup selamanya..amin :)

Sofea jalan2 India ( Part 3)

Assalamualaikum..bape banyak part daaa citer yang sudah basi ni. Tapi tak kirala nak jugak share. Kot2 bolela jadi panduan kat korang yerk sape2 yang nak pi melancong India.

Sambungan dari Mumbai. Lepas berpenat jalan satu hari kat Mumbai, kami balik hotel dan rest. Keesokannya kami kena naik train ke Jodhpur. Overnight dalam train yerk. First experience Sofea naik train ( KTM pon dia lom naik padahal haha).

Pepagi tu mintak tolong hotel receptionist call cab.

Suasana kat Mumbai Railway Station
 Pekerja2 train
 
 With my sista
My hasben n aboh

My sista beli buku ni murah je...10 rupee kot tak silap (dalam train)
Train benti, kami siap turun carik cai ohh cai (teh susu)
Sofea dalam train alhamdullilah tak meragam. Risau la dia meragam. Aku pulak memang dah ada experience naik train gini time backpacking China. Jadinya sudah expect la keadaan macamana. My hasben je la macam new experience for him.

Kami ke Jodhpur...........AKA BLUE CITY
Tengok2..BLUE kan
Paling suka tempat tinggal kat Jodpur.Mandore Guesthouse. Sangat cantik okeyss.

My familia
Unik Guesthouse ni. ( Baju tu beli kat Mumbai RM10 hehe)
Ni bilik kami..suke sangat.
Lepas sampai, check in, siap2 mandi segala terus kami keluar jalan2 tempat pelancongan kat Jodpur. 

BTW, inila kami punya kenderaan...

 
1.  Umaid Bhawan Palace


2. Mehrangarh Fort
Rasanya Fort paling besar. Letih tau dok nak round ini fort
3. Jaswant Thada
4. Jalan2 kat Bandar
Siap naik tut tut lagik yerk (kat India panggil auto)

Itu first experiece Sofea naik auto..mama ngan papa dia jugak hehe. Kena naik tut tut sebab kami punya kete takleh nak masuk jalan tu. Naik tut tut semata2 nak pegi kedai makan muslim yang ada nasi beriyani paling kawww punya..

Antara the best nasi briyani ever!! (Tapi dok ingat nama kedai huhu)
  
Lagik satu jalan2 kat bandar sopink kasut kulit unta yang murah sangat2. My hasben untuk dia saje 5 pasang kasut yerk. Punyala dia suke sebab katanya murah sesangat. Kalo kat malaysia ni kulit unta mao beratus2. My recommendation kalo pegi Jodhpur silala borong kasut kulit unta ni sebab kat situ la paling banyak choice n murah!!!

Berakhirnya journey kami kat Jodhpur..kami akan ke Jaisalmer pulak..Lebih kurang 270km perjalanan from Jodhpur. Kami naik kenderaan kami macam gambo kat atas tu. Kita pegi Jaisalmer carik padang pasir dan naik unta..tempat yang paling saya suka!!!!

....bersambung lagik... :p



Friday, July 13, 2012

Sofea in India (Part 2)

Assalamualaikum..

kat mana yerk...Sampai Mumbai eh. Sampai2 rasa macam kat dalam movie citer hindustan lak. Naik cab yang cenggini rupa..

Macam dalam mubi kan hehe

Kawasan kat airport Mumbai sangatla jem walaupon sampai dah tengah malam. Sebab ada construction time ni.

Kami dok kat sini laaa.

Kat Mumbai kami stay for 2 night. Malam pertama tu sampai untuk tidoo je la kan. Siangnye kuar bersiar2. Kami dah booked kete sekali dengan driver. Senang bagitau je driver nak pergi mana2. Antara tempat yang kami pergi kat Mumbai...

1. billionare house, mukesh ambani.(Wajib)

 Umah dah macam opis. Guard kat luar saje nak dekat 10 orang..gilosss.

2. Gandhi's Residence

Aduhai sangat sempoi tempat dia tinggal

3. Taj Hotel



Tu ler hotel yang tragedy Mumbai attact 2008 tu..mahal tu nak dok hotel tu..amik gambo je mampu


4. Gate of India

5. Kebun bunga (tak ingat nama tempat)

Ala2 macam kalo citer hindustan tu guling2..

6.Shopping

Salah satu pasar kat Mumbai. Memborong kain baju yang murah wokeyhhh. (Sofea dah penat tu)

7. Makan nasi briyani ( ari2 briyani maaaa)
8. Umah2 retis (Shah Rukh Khan, Amir Khan, etc...banyak lagi). Sume rumah besar gilosssss..

dan akhir sekali.................

Jalan2 kat luar hotel..wakakakak...orang yang tak berbaju tu tengah tunggu baju dia di iron. berapa ekk sekali iron lupa la pulok.. Macam2..

p/s: my aboh dolu belajar kat India. Jadi kami ni kalo apa yang aboh makan, kami berani je nak makan hehe...aboh cakap macam balik kg yang lama dia tak balik. Sume dia nak makan. sonok betul.

Bersambung lagi lepas ni ke Jodhpur syurga barangan kulit unta :)



Wednesday, July 11, 2012

5 months Sofea in India!!!! ( Part 1)

Assalamualaikum.

Mao Cerita pasal cerita yang dah basi. Tapi takpela nak cerita jugak hoho. Sebab before ni kan bizi je manjang kan. Sekarang ni tak bizi manjang lehla nak mengupdate pasal cek mek murai tu.

Plan nak ke India ni since last year actually. Macam biasa kami sisters memang suke membeli tiket airasia yang tengah promo. Beli dulu, pape pikir kendian. Sebab murah bangat kan. lebih kuran rm100 je return. Pergi ke Mumbai, pastu balik dari Delhi. Kami selalu pikir, beli je..kalo tak jadi pergi ruginya sikit, tapi kalo jadi pergi, untungnya banyakkk..ye dakkk.

Memula off course kena buatkan passport untuk Sofea. Kami laki bini memang dah ada (cop kat passport je tak banyak hahah). Memula tu google2 la jugak kan camana nak buat passport for infant. Dolu2 ingat lagik, kami sume memang takyah buat passport. Tempek muka je kat passport mak. Rupanya sekarang ni, baby baru lahir pon kena buat pasport maaa. Tapi kalo umur dia 2 years, bole tuka gambar.

taraaaa..satu gambar for passport. 1 gambar for Visa.

Nak buat Visa pon citer agak kelakar walaupon takdela kelakar sangat. Saya dah ready siap amik cuti half day ok sebab saya pikir mesti ramai punya ni nak buat Visa. Sebab kat Penang kan ramai Indian, mesti ramai nak gi India ni. Pasalnya my sis citer, kalo dia buat Visa kat KL, memang kena amik no. Sekali pegi2, takyah amik no OK!!!Pergi2 terus ke kaunter (takdak orang lain pon!!). Sia2 mengambil cuti half day. Ermm..Takpela asalkan sudah setel sume. Kalo melancong oversea ni yang paling risau passport, visa n time dekat kastam (paling risau). yang lelain takpe leh beli. spender tinggal leh beli. huhu..
..........................

Sampai ari yang ditunggu (siyes tarikh tak ingat haha).

Trip ke India ni bolela dikatakan family trip. Jadi, takdela backpackers style sangatla kan. Dengan bawak baby lagik kan. Yang pergi me, hasben, anakku Sofea, akak, my BIL, adik, ming n aboh. The plan( macam besa my sis dah buat plan awal lagi), from KL-Mumbai-Jodhpur-Jaisalmer-Agra-Delhi-KL. Trip lebih kurang 2 weeks gitu.

Yang bestnya, AA cancel trip to Mumbai tu tapi dia replace bagi MAS flight. Jadinya macam dapat nak free ok sebab ticket tu actually harga dia kami beli rm30 lebih kurang. Ticket Sofea lagi mahal rm70 haha. Jakun la kejap kan sebab lama gilos tak naik MAS. Rasanya last naik MAS time study kat Sarawak dolu2 je.
Alhamdullilah budak ini sangat behave. Tidoo saje

Akhirnya sampai Mumbai dah lewat malam..............Ramai gilest orang ye.
Hello Mumbai!!!

Bermulala perjalanan kami yang sangat best di India. Lepas ni bersambung lagik yerkkk!!!

........................
P/s: Ada kawan citer dia menyesal pergi sana, for me travelling is about respect others culture. Barula kita enjoy our trip. Jangan expect sume macam kat Malaysia. kita ni membesar kat sini of coz ler kita kata tempat kita the best (walaupon memang kan hehe).

Monday, July 9, 2012

Hello..Saya di Office..Sofea 10 bulan

Hello..Aii sudah bersarang2 ini belog. sekali bukak sume pon dah lain. Jakun okey. Nampak sangat lama tak update. Saya dah tak di outsource sudah . Sume kontrak sudah abis. Jadi balik la bertapa kat opis ni. Mungkin akan bertapa selama 2 bulan sebab saya dah tender resign letter. Takkan la ada company nak amik saya lak kan keje 2 bulan je. So...merdeka kejap before start keje di company baru yang tataula macamana keadaannya nanti. hope semuanya ok..amin.. 

 Cek Mek Sofea pon dah nak 10 bulan. Makin active dan asyik nak main. Mata ni takleh nak pandang tempat lain. kalo tak tup2 sekejap je dah ke mana2. Ada sekali terkalih pandang jap je, dah sampai kat makanan kucing. Berapa saat lewat maybe dia dah masukkan makanan tu dalam mulut dia..dah ada kat tangan dia dah pon...aduiss..kalo dipegang kejap je meronta2. tak suka kena pegang. aduhai anak.
gigi 6 batang..hehe

Masih lagi giat pump susu. Tataula bole ke idak capai matlamat ni. Setakat ni kita set setahun dulu yerk..Amin...tapi kalo termengandung, kenala stop kejap..huhu..leh gitu :p ..amin jugak...

Okla..sampai di lain siaran yang ntah bila lak kan..adios

Friday, March 23, 2012

my 6 monts breasfeeding journey

alhamdullilah..cek mek murai sofea kami dah 6 bulan....

masih bf setakat ni. susu tak putus lagi alhamdullilah. masih jugak rajin pumping. bz macamana pon saya akan cuba pumping jugak at least 2 kali kt opis

makin lama, saya makin enjoy bf. pump pon dah makin serasi, so hasil pon makin bertambah alhamdullilah.

setakat ni saya tak nampak apa yang susah. senang lagi ada. lebih2 lagi nak travel, tak yah angkut segala mak nenek air panas ke, botol susu segala. saya pon dah tak kekok NIP. cover je ngn kain...
 g
sekarang, saya dah introduce sofea ngn solid food. taska dia bagi makan bubur nasi..banyak dia makan..cikgu dia cakap..hehe..tgk comot kot mkn huhu..

pasni masuk phase 2..target sampai setahun dulu. moga tercapai n moga saya rajin..hehe..n moga Allah kurniakan rezeki utk anakku Sofea..amin...

ps yang penting semuanya kena buat dengan kasih sayang baru rasa tak terbeban :-)

Monday, January 23, 2012

Cek Mek SOfea 4 mths old

Assalamualaikum..

Dah berkarat kot blog ni hehe(takde mood nak memblog). Just nak update alkisah sang puteri kami yang dah berusia 4 mths.

Taraaa..Hyehye saya Sofea. Saya suke buat muke macam2.

Alhamdullilah my baby sihat walafiat. Masih lagi fully bf. Semoga hasrat nak bf selama 2 tahun berjaya..Amin :) .

Perkembangan dia sekarang? 3 mths pandai meniarap. Sekarang dah expert nerap. Tapi tak berapa expert nak pusing balik badan dia. Lama2 nerap, meraung lak (lenguh kot). Kenala papa n mama terbalikkan semula. Tak sampai 2 saat terbalikkan dia nak nerap balik. Adeihhh.

Berat lak 4.9kg. Tapi time timbang kat private dah 5kg lebih.Tak kisah sangat asalkan ada naik n Sofea sihat ceria happy selalu :) .

Kemahiran bercakap macam makin bertambah sebab dia reti buat bunyi baru yang macam meneran. Tak sakit tekak ke cek mek Sofea..hehe. Kadang2 kalau tak layan dia bercakap mulala nak meraung. Kami pura2 paham apa dia cakap hehe. Tok aboh dia cakap cek mek murai sebab banyak cakap. 

Sekolah. Ermm. Sudah tuka sekolah baru (nanti nak buat n3 khas).

Okla itu je la update as for now.  :)